Mesti ramai yang akan atau sudah memulakan perjalan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab untuk pergi mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal dijalankan pada 19 November depan.
Tetapi ingat, dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada negara, ada perkara lain yang lebih mustahak perlu ada lakukan iaitu langkah keselamatan sebelum pulang ke kampung. Bukan apa, khuatir nanti, dah sampai kampung baru teringat rumah tak dikunci rapi.
Jadi, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan anda buat 10 perkara ni:
1) Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
2) Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
3) Jika ada “auto timer” lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.
Ads
4) Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.
5) Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.
6) Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.
Ads
7) Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
8) Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
9) Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.
Ads
10) Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti Nama, Alamat, Nombor telefon yang mudah dihubungi, Tarikh berlepas dan balik juga Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika? Kalau ada, memang stres dibuatnya. Betul tak?
Tetapi, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan.
Jadi, mari kita lihat bahan yang boleh anda guna untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika semudah ABC!
1.Panadol Soluble
Bahan pertama yang anda boleh gunakan adalah menggunakan ubat Panabol Solube seperti pada gambar yang tertera.
Apa yang cuma perlu lakukan adalah hidupkan seterika anda kemudian sapu sebiji ubat Panadol Soluble di atas kesan hangus pada permukaan besi seterika sehingga cair.
Kemudian, lapkan pada permukaan besi seterika anda dengan sehelai kain bersih dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan.
2.Daun Pisang
Selain itu, pelepah daun pisang juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika. Caranya, ambil beberapa keping pelepah daun pisang, kemudian gosokkan seterika yang telah dihidupkan ke atasnya dengan suhu sederhana panas.
3.Garam
Garam juga dipercayai berkesan untuk menghapuskan kesan hangus pada permukaan besi seterika anda. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu gosokkan permukaan besi seterika anda ke atas sekeping dulang yang ditabur dengan sekampit garam.
Ulang langkah ini beberapa kali dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan sehingga bersih.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dapur. Semua orang ada dapur bukan? Siapa je yang tidak ada dapur sebab dapur inilah tempat untuk kita memasak. Bila tak ada dapur, kita akan tak memasak. Bila tak memasak, kita akan tak makan. Bila tak makan, kita akan lapar. Bila lapar, kita merana dan jatuh sakit. Bila jatuh sakit, Innalillah. Hahahaha. Hari ini, saya akan menceritakan tentang dapur. Dapur ataupun dalam English dipanggil stove ini, ada dua jenis pada zaman sekarang, iaitu, dapur gas dan dapur elektrik. Tapi, apa perbezaannya? Mari saya ceritakan apa perbezaannya.
Baiklah, kita mulakan dengan penggunaan haba dan tahap memanasnya. Apa yang saya lihat sekarang ini adalah kecekapan memasak dalam perbezaan dapur gas dan elektrik ini. Menurut kajian yang saya baca, dapur elektrik mampu memberikan haba kepada makanan sebanyak 90% manakala dapur gas dapat memberi sehingga 55% sahaja haba. Jadi, menggunakan dapur elektrik adalah lebih berguna dan berfungsi sekiranya anda ingin memasak makanan yang banyak dalam masa yang cepat.
Selain dari itu, kos penggunaan juga ada perbandingannya. Apabila bercerita tentang kos pula, sudah tentu, mana-mana produk yang baik akan mahal. Untuk menggunakan dapur aruhan, anda mesti membeli dan mendapatkan mangkuk jenis aruhan, periuk dan juga kuali untuk menggalakkan penghantaran elektromagnet dengan lebih cekap. Dari apa yang saya tahu, Penggunaan dapur elektrik ini boleh disifatkan sebagai susah payah kerana ia tidak sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana dapur elektrik tidak dapat mengesan kuali kecil yang diletakkan di atasnya. Malahan, ia tidak memerlukan penggunaan periuk tertentu, tidak seperti dapur gas standard, dan kawalan penggunaannya lebih terbuka.
Jadi dengan itu, selesailah sudah saya menceritakan tentang perbezaan dapur gas dan dapur elektrik. Jikalau anda, anda memilih yang mana? Itu semua ditangan anda.
Menerusi segmen Ilham Impiana musim terbaharu kali ini yang bertemakan Inspirasi Selebriti kami telah mempersembahkan pengisian ‘House Tour’ kediaman para selebriti tanah air.
Untuk episod pertama bagi musim terbaharu segmen ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk menjelajah ke kediaman milik pengacara dan pelakon popular iaitu Ain Edruce.
Hasil tinjauan IMPIANA ke kediaman pengacara rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim kelima ini mendapati selebriti berkenaan memiliki sebuah kediaman jenis rumah berkembar dua tingkat yang sangat mewah. Apabila dilihat dari segi reka bentuk luaran rumah tersebut tampak kelihatan sangat moden dan terkini.
Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Ain memaklumkan bahawa dia telah memilih konsep dan tema moden tropikal Bali sebagai pilihan untuk rekaan dekorasi hiasan dalaman serta luaran rumah.
Jadi, mari kita lihat secara ringkas 3 ruang dalaman rumah Ain Edruce yang telah menjadi pilihan IMPIANA.
1.Piano
Pemilihan alat muzik Piano sebagai pelengkap dekorasi hiasan dalaman rumah adalah
2.Bilik Wardrobe
Jangan ada yang tidak tahu, Ain turut memiliki sebuah bilik khas yang telah dijadikan sebagai bilik ‘wardrobe’ buat dia serta suaminya. Bilik khas ini direka khas sebagai ruang penyimpanan kelengkapan seperti baju, seluar, kasut, beg tangan serta aksesori perhiasan diri.
Bagi ruang penyimpanan, Ain telah memilih susunan kabinet yang terbuka bertujuan bagi memberikan ruang dalam bilik ‘wardrobe’ ini tampak lebih menarik.
3.Aksesori Ruang Tangga
Apabila meninjau di sudut ruang tangga pula, tersergam indah foto potrait perkahwinan Ain bersama suami tercinta, Amirul Hafiz yang telah menaikkan lagi seri ruang tersebut. Pemilihan cermin tiga serangkai dengan kemasan bingkai rona emas memberikan lagi impak dekorasi hiasan dalaman rumah tampak elegan dan mewah.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Ain Edruce? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.