Kerja-kerja cuci rumah ini selalunya mak-mak la yang kena buat bukan, mula angin satu badan bila ada anak-anak dan suami yang kurang membantu dalam hal kerja dalam rumah. Kini terdapat macam-macam cara dan langkah yang boleh anda lakukan untuk dapatkan rumah yang sentiasa bersih dan teratur. Kena la bijak kalau rumah cantik sentiasa.
IMPIANA hendak memperkenalkan vakum robot yang terkini dan semakin hebat, pendek kata WAJIB ada dalam setiap kediaman. Ia cukup memudahkan kerja-kerja rumah anda. Terdapat dua rangkaian yang mempunyai kelebihan tersendiri. Rangkaian pertama iaitu DEEBOT T9 9 dalam 1 dan DEEBOT N8 PRO. Apa perbezaan kedua-dua vakum ini?

DEEBOT T9 9 Dalam 1

Rangkaian DEEBOT T9, yang terdiri daripada DEEBOT T9 dan DEEBOT T9+, iaitu model pembersih vakum robot pintar yang pertama dengan ciri mengelak halangan 9-dalam-1, selain menggabungkan fungsi memvakum dan mengelap dengan penyegar udara bergerak. Rangkaian DEEBOT T9 telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih yang lebih berkuasa dan lebih pintar berbanding model sebelumnya.

Rangkaian DEEBOT T9 dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan 9 ciri hebat, termasuk teknologi TrueDetect 3D 2.0 untuk mengesan dan mengelak halangan secara strategik dalam masa nyata; TrueMapping 2.0 untuk menavigasi dengan tepat; Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D, serta Sistem Mengelap Berayun Elektrik OZMO Pro 2.0 yang berkesan untuk menanggalkan kotoran degil dengan lebih cekap dan senyap, berbanding generasi sebelumnya.

Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D dan Teknologi Mengelak Halangan dan Menavigasi Dipertingkatkan

Mak, Kakak Tersenyum Tengok Lantai bersih Dengan Cara Ini
DEEBOT T9

Teknologi TrueDetect 3D 2.0 menggunakan algoritma terkini untuk mengesan berbagai jenis halangan dengan cepat untuk mengelaknya secara strategik. Rangkaian DEEBOT T9 boleh mengesan objek sekecil beberapa milimeter, yang mana adalah sepuluh kali ganda lebih tepat berbanding produk yang menggunakan teknologi tradisional inframerah dengan julat mengesan 70-350 milimeter. Rangkaian DEEBOT T9 juga boleh menavigasi dengan lancar dalam persekitaran dalaman dan pencahayaan yang berlainan, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Teknologi TrueDetect 3D 2.0 membolehkan pembersih vakum robot mengelakkannya daripada terlanggar, tersepit, atau terhenti, supaya pengguna tidak perlu sentiasa mengawasi dan membersihkan robot.

Penggunaan TrueDetect 3D 2.0 dan TrueMapping 2.0 dengan Peta 3D akan membuat kerja pembersihan automatik semakin cekap dan memberi pengguna lebih kefleksibelan. Kedudukan tepat pembersih vakum robot boleh dicari dengan cepat melalui Peta-peta 2D dan 3D. Pengguna juga boleh menguruskan seluruh tugas membersih dengan bertukar-tukar antara Peta-peta 2D dan 3D melalui Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu.

Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu menawarkan ciri penggunaan intuitif untuk memperbaiki pengalaman pengguna dan mengukuhkan penjenamaan ECOVACS.

Mak, Kakak Tersenyum Tengok Lantai bersih Dengan Cara Ini
DEEBOT T9

Aplikasi ini mudah untuk dinavigasi, dan menawarkan pengguna laluan membersih yang optimum. Antara muka aplikasi menyepadukan semua ciri utama bagi memudahkan akses kepada fungsi-fungsi penting. Pengguna boleh menetapkan jumlah air yang digunakan, kuasa sedut, masa membersih, dan laluan untuk bilik-bilik berlainan.
Rangkaian DEEBOT T9 adalah produk pertama dalam industri yang membersihkan lantai sambil menyegarkan udara. Penyegar udara ini bersambung kepada sistem bergerak DEEBOT, supaya pengguna boleh memvakum sambil menggunakan penyegar udara.

Ads

Pembersih udara ini mempunyai reka bentuk yang unik untuk melepaskan haruman terus ke lantai dan menghilangkan bau hapak dan haiwan peliharaan. Kipas di bahagian bawah penyegar udara pula berfungsi untuk meratakan sebaran haruman.
Penyegar udara menggunakan kapsul boleh ganti, yang boleh bertahan sehingga 60 hari, dan menawarkan tiga jenis haruman. Pengguna boleh menggunakan Aplikasi ECOVACS HOME untuk membuka atau menutup penyegar udara bagi memanjangkan jangka hayatnya.

DEEBOT N8 PRO

ECOVACS ROBOTICS hari ini melancarkan Rangkaian DEEBOT N8 PRO di Malaysia yang menawarkan pelanggan penyelesaian membersih yang berkesan, tanpa kawalan tangan. Sebagai ahli penting pertama dalam rangkaian ini –Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan teknologi mengesan dan mengelak halangan TrueDetect 3D serta teknologi pemetaan dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Ia turut dilengkapkan dengan Stesen Auto-Buang untuk mengurangkan keperluan membersih tong sampah robot, dan memudahkan kerja pembersihan bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk kediaman anda.

Teknologi TrueDetect 3D dapat mengesan objek dengan tepat bagi melancarkan kerja pembersihan

Mak, Kakak Tersenyum Tengok Lantai bersih Dengan Cara Ini
DEEBOT N8 PRO

ECOVACS menggunakan teknologi lampu berstruktur TrueDetect 3D dan algoritma mengimbas 3D, untuk membenarkan robot mengimbas persekitaran bilik dengan tepat, dan mengesan halangan yang amat kecil untuk mengelakkan robot daripada terlanggar, terhenti atau tersepit. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh mengelak dan membersihkan kawasan sekitar perabot serta objek-objek seperti kasut, tali wayar dan mainan kecil. Ia boleh mengimbas secara mendalam dan jauh untuk menghasilkan imej 3D bagi ruang dan objek sekecil saiz milimeter, dengan cepat dan tepat. Berbanding teknologi inframerah

tradisional, ia dapat mengesan objek 10X lebih tepat. Keupayaan robot untuk mengimbas permukaan gelap dengan baik membolehkannya mengecam perabot dan objek berwarna gelap dengan lebih tepat bagi mengelakkan pelanggaran, dan memastikan permaidani berwarna gelap tidak akan terlepas imbas.

Ads

Menggunakan Teknologi TrueMapping untuk Memeta Rumah dengan 2x Liputan dan 4x Ketepatan

Peta-peta lantai boleh dihasilkan dalam beberapa saat dengan teknologi memeta dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh menavigasi rumah dengan baik, memilih bilik dan lantai untuk dibersihkan, dan menetapkan laluan pembersihan yang optimum bagi peta lantai masing-masing.

Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan ciri pengesanan laser dToF untuk meningkatkan keupayaan mengecam jarak sebanyak dua kali ganda, dan pengecaman objek sebanyak empat kali ganda. Jarak pengesanan ditingkatkan kepada 10 meter, dengan keupayaan mengesan objek sekecil dua milimeter. Rangkaian N8 PRO menggunakan algoritma industri terkini untuk mengimbas, memeta dan merancang laluan membersih yang cekap dengan lebih pantas dan tepat, bagi memudahkan kerja membersih rumah yang lebih besar. Fungsi Batas Maya boleh dikawal menggunakan Aplikasi ECOVACS Home, di mana pengguna boleh menyekat robot daripada memasuki dan membersih kawasan spesifik yang ingin dijaga privasinya.

Prestasi membersih yang lebih berkuasa dengan kuasa sedutan 2600 Pa

Mak, Kakak Tersenyum Tengok Lantai bersih Dengan Cara Ini
DEEBOT N8 PRO

Sistem Penahan Tekanan Baharu kami berkesan untuk membekalkan tenaga dan tekanan vakum tinggi pada kadar bising minimum. Untuk memastikan pembersihan yang lebih berkesan, kuasa sedut bagi rangkaian DEEBOT N8 PRO telah dipertingkatkan kepada mod Max+ 2600 Pa. Berus Terapung 2.0 dilengkapkan dengan gantungan dan reka bentuk terkini untuk menangkap habuk yang tersepit antara rekahan-rekahan dalam. Berus terapung akan berayun secara menegak sahaja, untuk membersih dan menyedut dengan lebih berkesan, dan menangkap habuk atau zarah yang lebih besar.

Ads

Memvakum sambil mengelap dengan OZMO

Rangkaian DEEBOT N8 PRO dilengkapkan dengan pam air dan tangki air elektronik yang membolehkan anda mengelap sambil memvakum. Sistem Mengelap OZMO ECOVACS boleh membersih seluruh rumah dengan cekap tanpa perlu berhenti berulang-kali untuk mengisi tangki air. Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan sensor yang bertukar

secara automatik antara mengelap atau berhenti melembapkan kain, untuk memastikan proses pembersihan yang lebih selamat dan sekata. Tanpa pendakap kain, tangki air tidak akan cicir meskipun ia penuh. Pengguna boleh mengawasi pengeluaran air menggunakan aplikasi ECOVACS HOME.

Rangkaian DEEBOT N8 PRO ini juga datang bersama pad mop pakai buang yang baharu dan pembersih khas yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan membersihkan lantai. Teknologi Mengelap OZMO boleh menanggalkan 99.26% hingga 99% bakteria dan meninggalkan lantai anda dengan haruman semula jadi yang segar.

Kawalan Pintar untuk Membersih Dari Jarak Jauh

Rangkaian pembersihan automatik DEEBOT N8 PRO ini turut disokong oleh Aplikasi ECOVACS HOME. Pengguna boleh menggunakan telefon pintar atau peranti rumah pintar seperti Amazon Echo/Dot dan Google Home untuk memilih jadual pembersihan yang optimum bagi rumah mereka. Fungsi pemetaan baharu membolehkan pengguna menetapkan pelan membersih bagi setiap bilik, menggunakan berbilang kaedah membersih, dan menyimpan peta berbilang tingkat. Pengguna boleh mengawal robot, menjadualkan pelan membersih dan mengawasi status dari jauh.

Pembersihan Tanpa Kawalan Tangan dengan penggunaan Stesen Auto-Buang

Kebanyakan pembersih vakum konvensional di pasaran memerlukan anda membersihkan bekas sampah secara tangan, yang mana adalah agak leceh dan kotor. Aksesori Auto-Buang ini dilengkapkan dengan beg habuk pakai buang 2.5L dengan pemegang yang diperbuat daripada kertas asli, untuk mengurangkan kekerapan membersihkan bekas sampah sehingga 30 hari.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI