Pasti ramai yang kat luar sana sedang mencari ketuharkan, bulan puasa nak dekat raya pulak tu. Walaupun selama ini hanya membeli atau tempah sahaja biskut raya atau kek tapi berbeza dengan tahun ini.  Jika anda sedang dalam proses membeli oven baru dan sedikit keliru bagaimana untuk memilih oven yang terbaik untuk anda. Saya harapkan artikel ini dapat membantu anda.Sebelum anda membuat sebarang pembelian,terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan antaranya :
(a) Apa yang akan anda masak menggunakan oven ini?
Bagi saya,soalan ini adalah soalan yang paling utama perlu anda jawab dahulu,sebab tiada gunanya anda membeli oven mahal jika anda tidak menggunakan kesemua ciri yang ada pada oven tersebut. Mungkin anda ingin gunakan oven tu,hnya untuk mencairkan coklat masakan atau mentega? Atau anda hanya ingin gunakan oven tersebut untuk memanaskan kembali makanan anda? Jika ini jawapan anda,maka anda hanya perlukan oven yang mempunyai ciri asas sahaja. Memang terdapat beberapa model oven yang sesuai untuk kegunaan asas seperti diatas.
(b) Sejauh mana kemampuan oven tersebut?
Ok,ini juga soalan penting yang perlu anda jawab, pastikan anda mengukur dahulu kebesaran oven yang anda ingin beli.pastikan juga anda mengukur keluasan ruangan dalam oven tersebut. Keluasan bahagian dalam bergantung kepada keperlua memasak dan model yang ada.Secara kasarnya,pastikan terdapat ruanga sebesar 2.5 inchi di bahagian tepi dan 1.5 inchi di bahagian atas dan bawah oven. Selain itu,anda perlu tentukan jenis oven yang anda perlukan samada jenis yang berdiri sendiri atau jenis yang boleh di gabungkan sekali dengan cabinet dapur.
(c)Teknologi memasak
Bahagian terknologi oven ini agak teknikal bagi kebanyakan orang.Antara rungutan ramai baker diluar sana yang mempunyai oven,adalah oven yang mereka gunakan tidak memanas dengan sekata keseluruh bahagian oven dan ada di antara mereka yang mengatakan oven yang mereka gunakan memanas dalam tempoh yang sangat singkat.
Pembuat oven berusaha sebaik mungkin dalam menghasilkan model terbaru,tujuannya untuk tidak memastikan masalah haba tidak sekata tidak berlaku, seperti yang anda tahu,terdapat beberapa tekbologi pemanasan dalam oven di pasaran,ada yang menggunakan wap air,ada yang menggunakan inframerah dan menggunakan convection techology. Secara peribadi saya lebih suka menggunakan convection technology untuk oven yang saya gunakan sebab haba dapat disebarkan secara sekata keseluruh oven dengan baik, jadi masalah yang macam saya katakan diatas tidak akan timbul.
(d) Penggunaan Kuasa dan Kapasiti Oven
Penggunaa kuasa oleh oven yang anda gunakan sama pentingnya dengan ruang dalam oven tersebut. Oven yang mempunyai kuasa tinggi sudah tentu dapat memasak dengan lebih pantas.Akan tetapi penggunaan elektrik rumah turut akan meningkat dengan banyak. Kebanyakan oven yang terdapat di pasaran mempunyai sekurang-kurangnya 800watts,ini sesuai bagi kebanyak resepi masakan.Terdapat juga oven yang mempunyai kuasa sehingga 1200watts. Selain penggunaan kuasa sesuatu model oven,anda juga kena mengambil kira saiz keseluruhan oven tersebut.
Kebanyakan syarikat pengeluar akan memberikan saiz keselurhan oven,tapi tidak memberitahu tentang jumlah ruangan dalaman oven.
Jika anda inginkan saiz oven yang besar dengan kapasiti kuasa yang rendah,anda boleh pilih Trio Oven 120L
(e)Apakah ciri-ciri oven yang anda perlukan?
Jika anda hanya menggunakan oven tersebut untuk kegunaan harian,seperti memasak atau memanaskan makanan,anda hanya perlu oven dengan ciri yang asas
Tapi jika anda perlukan oven yang mempunyai untuk kegunaan yang lebih kompleks dan juga untuk kegunaan bisnes bakeri,anda boleh pertimbangkan oven dengan kemampunan yang lebih berbanding oven yang asas. Cuma satu yang perlu saya ingatkan adalah,pastikan anda membeli oven dengan ciri yang anda perlukan sahaja.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI