Mak Pesan Buat Rutin Kerja Rumah, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang. Ada benarnya pesanan ini. Perasaan tenang dapat diperolehi apabila memiliki kediaman yang bersih dan kemas.
Jangan bagi alasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Sebaliknya jadikan kerja mengemas ini sebagai rutin harian.
Nak rumah cantik tak semestinya kena dekorasi dan perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang dan cantik kalau sentiasa jadikan rutin buat kerja rumah ini.
Perkongsian daripada Pereka Dalaman, Anis Syuhada ini boleh dijadikan panduan.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
Ads
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai macam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
Ads
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
Ads
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
IMPIANA : Ada benarnya pesanan yang dikongsikan ini. Jadikan mengemas rumah sebagai rutin harian.Rumah biasa-biasa pun jika bersih automatik akan rasa tenang, kemas dan cantik.
Halau Lipan Daripada Masuk Rumah, Ini Perlu Lakukan. Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Haiwan Ini
Sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanannya
Badan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Ia akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata ini dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian dan biarkan sehingga yakin tiada lagi.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusirnya. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat ia tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemarannya.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau haiwan ini. Selamat mencuba!
Penampilan kabinet dapat menyumbang kepada perubahan suasana dalam ruang dapur anda. Oleh itu, langkah penjagaan yang betul perlu diambil bagi memastikan ketahanan kabinet.
Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membersihkan kabinet dapur anda dengan mudahmenggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Pembersihan kabinet dapur
– Bagi kabinet dapur daripada Melamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya.
– Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.
2. Membersihkan minyak dan asap
– Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng.
– Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.
3. Bahan pembersih
– Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda.
– Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu.
– Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.
4. Penggunaan cuka
– Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda.
– Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih.
– Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.
5. Keadaan kering
– Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak.
– Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berseri Pintu Rumah, Nampak Mahal Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished. Pintu lama di rumah tak semestinya perlu tukar baru, hanya tambahkan fluted wall dan cat matte finished boleh merubah wajah dan menaikkan seri pintu kediaman. Malah kosnya pun lebih murah dan tak semahal nak beli pintu baru.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Shida Razak KCdalam ‘makeover’ pintu di rumahnya.
Sis makeover pintu lama jadi baru dan nampak macam mahal. Cukuplah di mata sis nampak mahal , tapi pembuatan dia murah tak mahal mana kosnya. Tak sampai RM500. Dari nak tukar pintu baru membazir je.
Progress. Dinding sis cat dulu warna kegemaran sis kelabu gelap.
Sis beli fluted wall hitam 6 keping dah cukup. Tengok besar mana pintu tu. Sebelum hubby pergi keje sis suruh dia potongkan fluted panel guna grinder mengikut tandaan yang sis dah buat. Sis tak berani guna grinder. Kalau takde grinder. Pakai gaji besi pun boleh.
Fluted wall hitam 6 keping sis perlukan. 1 keping berukuran 150mm lebar dan panjang 2900mm. Kiraan berapa keping diperlukan bergantung design, ukuran lebar dan tinggi anda perlukan.
Lepas tu masa nak gam. Kita guna Xbond Adhersive, sis lekat 3M double side tapeskali bagi dia hold kemas masa nak lekat tak lari-lari kemana-mana. So hasil dia kemas dan tak berganjak dari lokasi yang ditetapkan sementara nak tunggu adhersive tu kering dan kuat.
Dah siap.Architrave frame pintu sis dah tempah kat tukang kayu. Tinggal nak pasang frame bg kemas dan pintu nampak lebih besar. Dah 2 minggu tak siap-siap..sis tak sabar. Sis cat dulu keliling tu macam frame..macam ok jugak.
Ni lah hasilnya bila kita bukak pintu. Sekarang sis asyik-asyik nak bukak pintu. Macam tak caya buat sendiri yang selama ni dok idam-idamkan sangat pintu lagu ni. Hari-hari lap pintu. Sayang.
Zoom dekat sikit. Tengok kemasan. Oklah ni untuk sis.
Di cat bahagian dalam. Takde fluted. Sebab ada soft door closer. Kacau.
Sekian perkongsian hari ni kawan-kawan.
Begitulah sedikit perkongsian dari sis harini. Mencantikkan pintu kediaman. Nampak mahal tapi jimat. Mahal di mata sis. Mata orang lain belum tentu. Mahalnya sebab kita buat sendiri.
IMPIANA: Menarik hasil makeover pintu ni guna ‘fluted wall’ dengan kemasan cat hitam matte finish . Naik seri pintu rumah, kos pun jimat tak sampai RM500. Boleh dijadikan inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.