Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah. IMPIANA berkesempatan untuk ‘feature’ salah satu projek ubahsuai & renovasi milik kontraktor bumiputera yang kian meningkat naik iaitu Projek Makeover.

Projek kediaman stail Inggeris, jenis teres 2 tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air.

Beli Rumah Lelong Usia 45 Tahun

Menariknya, menurut pemilik kediaman Zahri Hussin, rumah teres lama yang telah dibina sejak tahun 1980 ini pada asalnya merupakan ‘rumah busuk’ dan dibeli dengan harga lelong. Hasil transformasi ‘make over ‘yang dilakukan secara berperingkat pada tahun 2020, berjaya merubah wajah kediaman ini tampak cantik berseri, cosy dan sungguh elegan hanya dalam tempoh 6 bulan.

“Rumah ini telah dibina pada tahun 1980 dan telah berusia 45 tahun. Pada mulanya saya beli rumah kerana mahu tinggal dekat dengan ibu saya,”

“Rumah ini saya beli lelong tahun 2020 dengan harga RM320,000 lebih rendah daripada market value ketika itu yang berharga RM450,000.

“Saya buat ‘full renovation’ yang mengambil masa selama 6 bulan. Rumah ini dibuat secara stage by stage dan siap pada bulan Ogos tahun yang sama,”ujar Zahri yang sebelum ini tinggal di Prima Saujana.

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Keadaan asal ‘rumah busuk’ yang dibeli
Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Pemilik Kediaman, Zahri Hussin
Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Rumah teres 2 tingkat berusia 45 tahun.

Dekor Rumah Konsep Stail Inggeris

Pemilihan rona putih dan percikan material rona emas melatari kediaman. Dekor rumah pula diinspirasikan daripada dekorasi di hotel-hotel mewah serta pengalaman pemilik yang kerap bercuti di luar negara.

“Saya buat konsep ‘English Style’ dan nampak lebih minimalist. Inspirasi dekor kediaman pula daripada hotel. Saya selalu pergi oversea dan travel dan dapat idea (deko) dari situ,” kata Zahri.

Ruang Tamu menempatkan televisyen dan sofa menjadi ruang kegemaran bagi pemilik kediaman. Ia sering dijadikan tempat membuat kerja, makan dan santai bersama kawan-kawan sambil menonton tv.

Ads

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah

Keutamaan Renovasi Pemilik

Menjengah ke ruang dapur, pemilik memilih Kaunter Pulau dengan kemasan Quartz Stone corak marble serta pintu kabinet kayu Solid Nyatoh rona putih. Memang berseri ruang dapur ini yang sering dijadikan tempat lepak bersama kawan-kawan sambil makan-makan.

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah

Renovasi pada tandas di tingkat bawah juga menjadi keutamaan pemilik. Tersergam indah dengan kemasan jubin corak marmar, di buat khas untuk kegunaan kawan-kawan yang sering datang ke rumah.

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah

“Toilet (di bawah) ini saya buat untuk kawan-kawan yang selalu datang ke rumah. Diorang memang tak nak pakai toilet dekat atas. Jadi senang untuk mereka menggunakannya. So I totally full renovation untuk toilet juga,” jelas Zahri yang turut menyediakan bilik khas untuk 4 ekor kucing kesayangannya.

Ads

Bilik Dipecahkan Jadi Ruang Wardrobe

Menariknya pada kediaman ini, pemilik bijak merencana setiap ruang mengikut gaya hidup dan keperluan pemilik sendiri. Bilik di ruang bawah, dipecahkan dan dibina ‘wardrobe’ khas sebagai penstoran tambahan bagi menempatkan pelbagai baju, kasut, barang peribadi pemilik dan sebagainya. Sekaligus dalam memasimumkan ruang yang ada di rumah ini.

“Ruang ini sebelum ini adalah bilik untuk ‘maid’. Tapi saya pecahkan untuk jadikan ‘wardrobe’, untuk simpan barang-barang, kasut, beg dan sebagainya. Semua ada dekat dalam ni,” jelas Zahri.

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah

Fungsi 3 Bilik Tingkat Atas

Naik ke tingkat atas menempatkan 3 bilik dan 2 bilik air. Iaitu bilik utama (master bedroom), bilik tetamu dan bilik solat/ mini office. Malah turut mempunyai ruang tamu mini dengan 2 wing chair moden dan side table.

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Ruang Tamu Mini
Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Bilik Utama (Master Bedroom)
Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Bilik Tetamu
Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah
Bilik Solat & Mini Office

Make Over ‘RUMAH BUSUK ‘ Jadi Cantik, Inspirasi Dekor Hotel Mewah

“Untuk bilik utama, saya buat full renovation. Saya pecahkan dinding balkoni dan extend untuk besarkan lagi bilik ini. Begitu juga pintu toilet, saya tukar (tidak menghadap katil).

Ads

“Bilik kedua iaitu ‘guest room’, selalunya menjadi bilik untuk kawan-kawan yang datang lepak, yang nak ‘overnight stay’. Lengkap dengan wardrobe dan toilet untuk keselesaan mereka.

“Bilik Ketiga pula saya jadikan sebagai bilik solat dan ruang kerja atau mini office,” jelas Zahri.

Istimewanya, meskipun rumah ini telah 5 tahun didiami, namun dekorasinya kekal terjaga dan masih cantik seperti baru siap di renovasi dahulu. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Zahri Bin Hussin
Usia Kediaman: 5 Tahun (2020)
Konsep: Stail Inggeris
Kos Renovasi: RM350k
Keluasan:1,400kps
Lokasi: Kajang
Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Pereka Hiasan Dalaman: Projek Makeover
Spesifikasi Ruang:
3 Bilik, 3 Bilik Air, Ruang Tamu, Mini Ruang Tamu, Dapur, Bilik Kucing

Mesti Baca: Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik:Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean

Follow kami di  WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI