Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Anggaran Kos Kurang RM150
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Kreatif sungguh idea yang dikongsikan ini. Siapa sangka dari almari lama boleh dijadikan ‘rumah banglo’ untuk anak bulus kesayangan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Siapa sini yang setiap hari, mesti je mak suruh kita pergi jemur kain lah, angkat kain lah? Mesti ada punya. Bila kita setiap hari tengok ampaian itu, mesti kita akan mula perasan yang ampaian itu makin lama makin pudar. Mula lah kita yang setiap hari duk hadap benda sama je setiap hari, mula sakit mata dan mula terasa nak minta mak atau ayah tukar ampaian baru. Tapi lagi bagus kalau kita tahu nak pilih ampaiana macam mana kita mahukan. Jom saya ajarkan cara sebelum hendak membeli ampaian dan apa yang perlu kita kaji dulu.
MATERIAL YANG DIGUNAKAN
Aluminium dan keluli tahan karat adalah dua bahan yang digunakan. Walaupun kedua-duanya tahan karat, ketahanan bahan berbeza-beza. Oleh kerana aluminium sangat ringan, ia selalunya tidak dapat mengendalikan berat pakaian yang besar. Ia melorot dan akhirnya pecah. Keluli tahan karat, sebaliknya, lebih berat dan boleh menahan berat sehingga 60kg. Walau bagaimanapun, keluli tahan karat datang dalam pelbagai gred. Untuk memastikan gred keluli tahan karat yang terbaik, pilih penyangkut pakaian dengan waranti 2 tahun atau lebih lama.
TAPAK PEMEGANG UNTUK MELEKAT KE DINDING
Untuk mencapai penyangkut baju yang kukuh dan stabil di dinding, pastikan tapak pemegangnya cukup panjang dan lebar. Ciri ini menjamin bahawa pemberat besar boleh diuruskan sambil juga menghalang tapak daripada terputus sambungan dari dinding. Ciri ini penting kerana ia melibatkan perlindungan keluarga anda.
ROD
Dalam membeli ampaian ini, kita harus tahu 2 perkara penting tentang rod ampaian tersebut. Pertama bilangan rod dan rod boleh laras. Untuk bilangan rod, terdapat dua, tiga dan empat batang yang terdapat di pasaran. Lebih banyak rod yang digunakan, lebih banyak pakaian yang boleh digantung. Walau bagaimanapun, perlu diingat ciri pertama dan kedua dari segi beban yang boleh diterima, kerana lokasi antara rod akan semakin dekat, melambatkan proses pengeringan. Bagi kami, tiga batang adalah banyak, dan kami memilih penyangkut baju dengan jarak batang yang luas di antaranya.
Seterusnya adalah rod boleh laras. Terdapat beberapa saiz rod yang terdapat di pasaran, antara 3 kaki hingga 8 kaki. Ciri saiz rod adalah serupa dengan ciri nombor rod. Lebih besar saiz batang, lebih banyak pakaian yang boleh dijahit, dan aspek pertama dan kedua juga harus dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, majoriti rod di pasaran tidak boleh laras. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Rod terletak di hujung pemegang tapak. Jika rod hanya 2 atau 3 kaki panjang, masalah mungkin tidak berlaku. Walau bagaimanapun, jika panjangnya 4 hingga 8 kaki, rod akan kendur di tengah kerana ketidakupayaannya untuk menangani tekanan yang luar biasa.
Jadi, itu sahaja perkara yang anda perlu sebelum anda mencadangkan untuk membeli ampaian kepada mak atau ayah di rumah. Ataupun, jika anda sendiri mahu membelinya sendiri, sekurang-kurangnya anda sudah tahu hendak periksa apa dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli ampaian.
Bilik tetamu tetap nampak luas dan selesa walaupun tersalah beli katil saiz ‘king.’ Ruang yang ada di dalam kediaman usah ‘dibazirkan’ begitu sahaja. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan sekadar dijadikan tempat untuk menyimpan barang.
Bilik tetamu misalnya, adalah satu kerugian jika ruang ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Bukankah lebih baik jika ruang ini dihias dengan sebaiknya. Apa kata kita berikan nafas baru pada ruang bilik tetamu yang selama ini dijadikan tempat untuk menyimpan barang.
Berikut dikongsikan transformasi bilik tetamu yang sebelum ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyingkirkan barang-barang yang tidak diperlukan.
Menurut farahlyanana bilik tetamu tersebut bersaiz kecil sahaja. Berlaku pula sedikit kesilapan apabila tersalah beli tilam jenis ‘king’ jadi bedframe pun terpaksalah beli king juga.
Bagaimanapun dengan kreativiti dan susun atur yang tepat, ruang bilik yang sempit tetap nampak luas dan selesa walaupun dimuatkan dengan katil jenis king. Pemilik kediaman memilih catwarna ungu untuk warna latar di bahagian dinding (cat Nippon code Heather Bunch).
Sekiranya anda ingin menjadikan diet anda lebih sihat dengan menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam hidangan anda, timun jepun merupakan pilihan yang terbaik. Timun, secara umumnya digunakan secara meluas dalam diet tradisional dan spa di seluruh dunia kerana ia adalah bagus untuk manfaat kesihatan.
Menurut kajian, timun Jepun dikatakan mempunyai kelebihan berikut: Antidiabetes, antioksidan, membersihkan toksin dan bahan buangan, melegakan iritasi kulit dan mengelakkan sembelit. Jadi, dalam artikel ini kami senaraikan 10 kelebihan timun Jepun dengan lebih terperinci.
1. Mengekalkan penghidratan badan
Timun jepun mengandungi sebanyak 95.2 peratus air, maksudnya setiap 5 auns hidangan mengandungi 150 ml air. Jumlah ini sudah menepati 26 peratus pengambilan air harian melalui makanan.
2. Menyokong kesihatan jantung
Timun jepun mengandungi kalium (152mg setiap cawan), yang boleh menurunkan tekanan darah. Satu ulasan kajian yang dijalankan ke atas pengambilan kalum menunjukkan pengambilan kalium yang tinggi dikaitkan dengan kadar strok yang rendah dan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
3. Melindungi otak daripada penyakit neurologi
Terdapat sejenis bahan antiradang yang digelar fisetin dalam timun jepun, yang turut didapati dalam buah strawberi dan anggur. Baru-baru ini, kajian mendapati fisetin memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan impak penyakit neurologi yang berkaitan umur dalam fungsi otak. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan fungsi kognitif bagi individu yang menghidap penyakit Alzheimer.
4. Melindungi kulit daripada kesan penuaan
Terdapat sebab mengapa timun digunakan dalam produk penjagaan kulit, ia telah dibuktikan berkesan sebagai bahan anti-kedutan dalam produk kosmetik, justeru itu melindungi kulit anda daripada kesan penuaan
5. Melawan keradangan dalam badan dan mengurangkan risiko kanser
Timun Jepun membantu mengurangkan tindak balas keradangan dalam badan. Ia mengandungi polifenol yang digelar lignan yang mana berfungsi untuk menurunkan risiko kanser tertentu dan kanser kardiovaskular.
Tambahan lagi, timun Jepun turut mengandungi nutrien tumbuh-tumbuhan yang dipanggil cucurbitacins yang mempunyai ciri anti-kanser.
6. Melegakan kesakitan
Flavonoid, iaitu sejenis bahan antiradang, dan tannin dalam timun Jepun boleh mengehadkan pembebasan radikal bebas dalam badan serta mengurangkan kesakitan.
Seperti yang dijelaskan dalam Journal of Young Pharmacists, tumbuhan ini secara tradisional digunakan untuk sakit kepala, kerana bijinya menyejukkan dan bersifat diuretic manakala jus buahnya digunakan sepagai losyen anti jerawat.
7. Mengurangkan nafas berbau
Nafas berbau selalunya disebabkan oleh bakteria dalam mulut. Sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan air seperti timun Jepun boleh meningkatkan penghasilan air liur dalam mulut. Sementelah itu, air liur membantu membasuh segala bakteria yang menyebabkan bau kurang enak dalam mulut.
8. Melindungi tulang
Timun Jepun merupakan sumber terbaik bagi vitamin K. Satu cawan timun Jepun mengandungi 22 peratus pengambilan harian vitamin K yang disyorkan. Vitamin ini penting untuk kesihatan tulang kerana jumlah vitamin K yang rendah sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi terhadap keretakan tulang. Bahkan, vitamin K dikatakan penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang.
9. Mengelakkan sembelit
Timun Jepun diperkaya dengan air dan kulitnya mengandungi serat tidak larut. Kedua-duanya membantu makanan bergerak melalui saluran pencernaan dengan cepat dan lebih mudah bagi mengelakkan sembelit.
10. Mengekalkan berat badan yang sihat
Timun Jepun mempunyai kalori yang rendah (16 kalori setiap cawan) dan kulitnya juga diperkaya dengan serat. Makanan yang mengandungi serat boleh mengekalkan berat badan yang sihat.
Jika artikel ini memberi manfaat kepada anda kongsikan ia kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.