Haritu IMPIANA kongsi makeover bajet tangga hanya menggunakan cat. Kali ni, kita lihat pula makeover tangga menggunakan vinyl seperti yang dilakukan oleh Puan Shima Bt Kasnawi dan suaminya. Barang-barangnya boleh beli online dekat shopee je.Tak susah pun, guna gam je. Tak perlu kerja pecah-pecah.
Nak pilih pelbagai warna vinyl yang sesuai dengan konsep kedaiaman anda, boleh klik link ni https://invol.co/cl5cnrz
Artikel berkaitan:
“Makeover” Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200
5 Idea Cantikkan Tangga Yang Mudah Buat Sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Rumah Usang RM140K Je, Tapi Tak Sampai 2 Bulan Ada Orang Nak Beli RM 320K
Kalau nak beli rumah sub-sale sudah pasti struktur yang masih kukuh dan baik menjadi pilihan. Bonus, interior masih cantik. Tapi pernah tak anda terfikir untuk membeli kediaman sub-sale bukan sahaja usang sekeliling rumah dah macam hutan seperti yang dilakukan oleh en Azmeer Yusof 25 dari Kedah ni.
Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.
Seseorang memberitahu tanah ini utk dijual. Saya terus ambil keputusan utk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul2 di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.
Review hartanah yang hendak dijual
Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA! Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yg patut dalam hati utk masuk ke tanah tersebut & melihat tinggalan rumah usang di tanah itu. Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah. Tandas yg terlalu gelap gelita kerana owner lama tak letak tingkap. Banyak lagi nk cerita benda yg menyeramkan masa saya datang tengok
Minta pandangan dari ibu bapa
But its ok ! Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah-tengah Alor Setar. Haaa.. Yang lagi buatkan saya nk beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting. Saya call mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran2 berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja2 tinggal. Its funny right? Tapi kata2 mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kpd jiran terdekat & jiran tersebut mengatakan ‘ kelia-kelia, xdak apa aih ‘
Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang & tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah. Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.
Total kos beli aset+ makeover rumah
Betul kata orang. Repair lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘ SEBUAH RUMAH.’
Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru. Dan sekali lagi saya mohon PERSONAL LOAN 50k utk repair rumah ini. SO DALAM HIDUP SAYA PERSONAL LOAN YG SAYA MOHON HANYA UTK PERKARA2 SEBEGINI, BUKAN UTK BERJOLI
Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dgn harga 140k. So total semua 200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis baya utk semuanya yg saya hutang atas tanah ini
Jadi, kepada sahabat-sahabat saya yang membaca ni, JUST BUY TANAH & RUMAH walaupun ianya USANG. Takkan rugi kerana semasa saya repair rumah ini, seseorang datang offer nak beli 320k. Can u imagine hanya sebulan 2 someone datang offer untuk beli 320k ! So now berapa agak-agak market value tanah & rumah saya ni?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Periksa Kerosakan Wayar ‘Adapter’ Dengan Hanya Menggunakan Multimeter Digital
Pernah atau tidak di kalangan anda melihat peralatan elektrik Multimeter Digital seperti ini? Bagi yang tidak pernah melihatnya, peralatan elektrik ini merupakan satu komponen yang berfungsi untuk memeriksa kadar arus aliran elektrik, wayar ‘adapter’ dan sebagainya.
Jika anda sudah memiliki peralatan elektrik ini di rumah, sudahkah anda mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menggunakan Multimeter Digital seperti ini. Untuk maklumat anda, sebenarnya mudah sahaja cara untuk menggunakan Multimeter Digital ini.
Maka oleh itu, mari kita belajar bagaimana caranya bersama Sis Letrik kita, iaitu Cik Aqilah yang merupakan pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise dengan menonton video penuh segmen Tip Impiana episod kali ini pada pautan di bawah:
Dah tengok video sampai habis? Mudah sahaja kan caranya untuk menggunakan Digital Multimeter ini. Jadi kepada anda di rumah selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ada Yang Terkejut Apabila Fius Plug Meletup? Jangan Panik! Ini Cara Mudah Untuk Baikinya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Bekas Dulang Berputar Di Dapur, Melambangkan Anda Sebagai Orang Yang Pemalas?
Ada tak di kalangan anda yang pernah melihat perkakas dapur seperti dulang berputar ini dijual di kedai kelengkapan rumah mahupun secara dalam talian? Tahukah anda, dulang berputar ini sebenarnya namanya lebih dikenali sebagai ‘Lazy Suzan Tray’.
Mengapa perkataan ‘Lazy’ ini sering disinonimkan dengan perkakas dulang berputar ini? Adakah inovasi yang dimiliki oleh dulang berputar ini membawa maksud perkakas dapur ini gemar digunakan oleh yang pemalas?
Mungkin ada sesetengah di kalangan anda yang beranggapan inovasi dulang yang boleh berputar ini melambangkan sikap malas seseorang sekiranya digunakan.
Meski begitu, tahukah anda sebenarnya penggunaan dulang berputar ini merupakan sebuah produk perkakas dapur yang boleh memberi pelbagai kemudahan kepada anda?
Untuk pengetahuan anda, dengan fungsi putaran 360 darjah, dulang berputar ini sememangnya amat sesuai digunakan sebagai aksesori perkakas dapur bagi meletakkan pelbagai bekas atau balang rempah seperti garam, gula, serbuk perasa dan sebagainya.
Malah, apabila menjelang musim perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir yang menggunakan dulang berputar ini bagi meletakkan balang biskut di atas meja makan tetamu.
Foto sumber: repictblog
Bagaimanapun, terpulang kepada tanggapan masing-masing terhadap mengenai penggunaan dulang berputar ini sama ada ia merupakan satu inovasi memudahkan atau memalaskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan dulang berputar ini, apa kata anda mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Mahu Perkakas Dapur Yang Tampak Lebih Estetik? Gunakan Balang Rempah Bumbu Series Dari Kayangan Living
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI