Haritu IMPIANA kongsi makeover bajet tangga hanya menggunakan cat. Kali ni, kita lihat pula makeover tangga menggunakan vinyl seperti yang dilakukan oleh Puan Shima Bt Kasnawi dan suaminya. Barang-barangnya boleh beli online dekat shopee je.Tak susah pun, guna gam je. Tak perlu kerja pecah-pecah.
Nak pilih pelbagai warna vinyl yang sesuai dengan konsep kedaiaman anda, boleh klik link ni https://invol.co/cl5cnrz
Artikel berkaitan:
“Makeover” Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200
5 Idea Cantikkan Tangga Yang Mudah Buat Sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Susah Pun Tukar Sendiri Tombol Pintu Rosak
Tombol pintu bilik rosak. Nak ganti, tak reti. Tunggulah kontrator datang baiki. Masalahnya, bukan murah upah tukar tombol pintu bilik. Sebenarnya, tak susah pun nak tukar tombol pintu tu. Tak sampai 30 minit dah siap. Tambahan, tak perlu perkakas rumit macam profesional pun boleh buat. Jom tonton video yang disediakan oleh chenal Youtube Alang N Afiq
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Kriteria Kediaman Yang Sempurna Dari Sisi Pandangan Islam
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea ‘Fresh’ Dan Menarik Untuk Pintu Masuk Utama Kediaman
Perkara pertama yang pasti menarik perhatian para tetamu apabila berkunjung sudah tentunya pintu masuk ke rumah kan? Jika anda mahukan kelainan, mulakan dengan upgrade pintu utama. Ia mudah dan juga murah!
Adakah anda sedia untuk terinspirasi? Disini IMPIANA kumpulkan koleksi rekabentuk pintu dengan trend terkini yang pastinya akan memberi aura menarik pada kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI