Rumah baru atau rumah lama bukan alasan untuk membiarkan ruang dinding nampak kosong atau polos tanpa hiasan. Tahukah anda seringkas hiasan pada dinding mampu memberi satu rasa yang indah dalam ruang tersebut. Susunan hiasan yang teratur serta kemas dapat membangkitkan aura yang bersahaja dan tidak terlalu serabut. Nak jadikan ruang rumah nampak simple dan kemas mudah sahaja, salah satu caranya ialah dengan menukarkan dinding yang kosong mahupun yang sarat dengan hiasan tu dengan hiasan yang simple atau dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Nanti admin dikecam pula bila kata gambar hiasan. Okay pembaca kena faham dengan baik dan betul-betul disini, hiasan yang mana boleh dan tidak boleh yang dimaksudkan ye. Jadi kali ini IMPIANA nak kogsikan 5 tip mudah dan satu lagi hasil oleh seorang pemilik rumah yang cukup menarik perhatian admin apabila dinding diruang makannya di ubah wajah dengan lebih menyerlah siapa yang meyangka dengan bingkai gambar sahaja ye, beliau mampu hasilkan sesuatu.
Gambar: Facebook Syafiq Adam
1.Cat bilik dengan warna yang lembut
Pemilihan warna cat dinding sedikit sebanyak memainkan perana yang penting untuk menghias bilik ataupun dinding di ruang tamu. Jadi dengan menggunakan cat yang lembut dan pastel ini akan menjadikan ruangan terasa luas dan nyaman tanpa menukar kedudukan perabot dan hiasan dinding. Tapi untuk efek yang lebih menarik. Pastikan kedudukan perabot dan hiasan tidak nampak sarat dan tidak berlebihan. Gunakan perabot yang multifunction sahaja untuk menjimatkan ruang.
2. Simple dekor sticker
Selain daripada menggunakan ilusi cat berwarna lembut, dekorasi dengan menggunakan tumbuhan dan pelekat juga boleh menaikkan seri ruang tersebut. Dengan penggayaan dekorasi yang kreatif, dinding akan terlihat lebih segar dan tidak kosong.
3. Gunakan frame gambar sebagai hiasan
Tidak hanya mengabadikan foto keluarga di dalam album. Idea feature wall dengan menggunakan frame gambar keluarga juga boleh diaplikasikan. Frame gambar yang pelbagai saiz yang disusun dengan kemas akan memperlihatkan ruang tersebut lebih hidup dan segar. Selain menggunakan gambar keluarga, anda juga boleh menggantung gambar2 hitam putih quote, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Kebijaksanaan anda menyusun dan menggayakan ruangan ni untuk tampak menarik sangat diperlukan. Ataupun anda juga boleh hasilkan satu papan yang menggantungkan koleksi gambar-gambar momen semasa ahli keluarga anda. Mix dan match warna dan saiz gambar supaya papan board nampak lebih menarik.
4. DIY wall art
Dekorasi DIY ataupun Do It Yourself kini semakin banyak disiarkan. Ramai yang berlumba2 berkongsikan hiasan dan peralatan yang diciptanya sendiri di rumah. Selain daripada ianya nampak cantik, ia juga lebih jimat daripada dekorasi dan hiasan yang dibeli di kedai. Antara dekorasi DIY yang boleh dibuat sendiri adalah hiasan dengan menggunakan paip PVC, botol2 kaca lama dan juga boleh gantungkan terus pot-pot bunga yang kecil di dinding ruang tamu anda. Hiasan ini nampak lebih semulajadi dan cantik. Dengan secara tidak langsung kita dapat menghasilkan dekorasi minimalis jimat dan tidak membebankan.
5. Bingkai dinding
Bingkai dinding atau wainscoting kini menjadi feature wall pilihan rata-rata rakyat Malaysia. Pemilihan ketebalan kayu dan warna cat amat penting untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik dan wow. Pencahayaan juga sedikit sebanyak perlu diberi perhatian untuk memberikan effect mewah dan elegan. Tapi mesti diingat, untuk mengekalkan konsep simple, hiasan dekorasi di dinding hendaklah tidak terlalu sarat. Mix and match 2 atau 3 hiasan sudah memadai.
Selain daripada yang kami cadangkan ini, anda juga boleh cari idea di pinterest atau google. Boleh search cara-cara nak make over ruang tamu dan jadikan dinding yang kosong ke feature wall yang menarik dengan gaya minimalis. Selamat mencuba!