Rumah kampung jenis kayu tak sesuia konsep moden? tak kena dengan dekorasi scandinavian? Siapa cakap. Kalau pandai suai padan, apa pun konsep dekorasi yang dipilih untuk kediaman jampung jenis kayu ni boleh kelihatan cantik Tak semestinya sesuai konsep tradisional sahaja.
Kahirul Azhar dan pasangggannya Cik Puan Norain buktikan bilik sempit rumah kampungnya nampak lebih cantik dan luas dengan pemilihan konsep boho. Yang paling best, kebanyakkan barang yang digunakan adalah dari kedai RM 2.10 dan shopee
Alhamdulillah siap juga bilik tido Anak, rumah kampung semua kayu. boleh laaa untuk ceria kan bilik. dari kosong jaaa baik Ubah jadikan tempat Anak main.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan di lanjutkan sehingga 14 april 2020. Secara total, kita bakal menjalani tempoh printah kawalan pergerakkan selama 1 bulan. Kemungkinan, tempoh tersebut bakal dilanjutkan lagi jeka jumlah jangkitan masih tinggi.
Sehubungan dengan itu, sudah pasti stok sumber makanan segar terutamanya sayur akan berkurangan atau harganya naik. Pa kata mulai sekarang, kita tanam sayuran yang mempunyai tempoh tuai yang singkat seperti bayam, sawi dan kangkung.
Dapur, ada apa dengannya? Semua orang kini memiliki dapur yang dibentuk hampir menyerupai di antara satu dengan lain. Cuma ikut tema dan warna sebab segalanya dah dibuat mengikut standart pembuatan sedia ada. Jadi apakah yang menjadikan dapur kita berbeza dari yang lain?
Mungkin ramai tidak perasan, jubin antara dua bahagian kabinet kii merupakan antara material yang sangat popular di kalangan pemilik kediaman yang jiwanya artistik. Tidak mahu nampak sama dan menghidupkan kabinet dapurnya dengan karakter jubin yang juga melambangkan personaliti mereka. Perancangan rapi perlu ada kerana itulah yang menjadikan rekaan dapur nampak hidup.
Pilihan moden namun masih ada seni tradisi di dalamnya. Tekstur mudah dicuci, tampil eksklusif dan pada masa yang sama mengimbau kita pada era 40an.Sesuai bagi anda yang tidak punya masa untuk ke dapur, tetapi masih mahu melaram sebah dapur yang cantik , kemas lagi tersusun.
Berbeza dari yang lain, jiwa bohemian yang bebas dan berani . Inspirasi dari timur tengah dengan warna dan corak yang tersendiri. Menjadikan sebuah dapur bukan sahaja medan untuk memasak, tetapi ruang mencetuskan inspirasi bagi sebuah karya seni tak kiralah resipi ke atau rekaan lain…
Masih lagi inspirasi dari zaman lalu, kesenian jubin Belanda yang cukup terkenal. Jika dahulu didatangkan dalam pelbagai warna, kini pelbagai rona urban boleh didapati bagi memberi satu sentuhan moden kontemporari. Awas biarpun hanya sebaris, coraknya sudah cukup lantang bagi sebuah dapur.
Satu lagi gaya sezaman tema Morrocan yang cukup popular. Palitan warna -warni di dapur menjadikan ruang dapur tampil cukup indah dan ada kemeriahan di dalamnya. Umpama feature wall yang cantik dan memukau pandang biar pun taklah seterang mana warnanya. Tema eksotik dari timur tengah sudah pun memasuki aliran antara bangsa. Corak bunga kita bila lagi ya?
Pilihan moden dengan permainan geometri . Masih lagi bermain dengan warna agar tidak bosan dan menguji fokus mata kita.. Jika mahukan kelainan dan gaya yang lebih muda, corak seumpama inilah yang perlu anda fokus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Semakin hari semakin jemu, bila kurang aktiviti bersama keluarga di rumah. Hanya lakukan kerja-kerja kebiasaan. Mula la timbul rasa cepat marah dan sebaginya. IMPIANA nak kongsikan aktiviti membuat Macrame yang bukan sahaja cantik boleh jadikan hiasan dalam rumah tapi boleh membangkitkan rasa seronok dalam hubungan kekeluargaan.
Nak buat Macrame ni bukannya susah sangat pun, bila dah dapat momentum nak buat tu pasti tak berhenti. Jom ajak anak-anak kita buat sama-sama. Lepas dah buat dah jadi apa kata anda cuba jual di media sosial, pasti mendapat sambutan, kerana Macrame kini mendapat tempat dihati pengemar konsep Bohemia.
Contoh Macrame
Boleh dapatkan bahan untuk membuat Macrame anda di sini.
1. Macrame Natural Wool Rope White Cotton Yarn for DIY Crafts 3MM x 100M Natural Jute Twine https://invol.co/cl51r9l
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.