Makeover Bilik Tidur Secara DIY, Lebih Mudah Dan Berbaloi Beli Secara Online

Share

Nak makeover rumah atau bilik tidur ni bukan hanya perlu pandai cari barang, tetapi effort pun kena ada. Jika pandai buat pilihan, ada banyak kedai hiasan yang menjual barangan jauh lebih murah daripada yang korang sangka.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini, Syeril Amran telah berkongsi deko ubahsuai bilik tidurnya di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY dan rata-rata ahli kelab tersebut memuji kekemasan dan kecantikan yang telah diubahsuai oleh wanita itu sendiri.

Cantik kan?

Disebabkan ramai yang bertanyakan dimana barang-barang yang dibelinya untuk makeover bilik tidur tersebut, Syeril telah pun berkongsi info tentang barangan yang dibeli secara online dan juga kebanyakannya di Kaison.

Jom kita lihat perkongsian daripada Syeril Amran ini.

1. Ini lampu DIY dekat cermin yang ramai orang tanya. Lampu ini jenis plug dan bukannya bateri

2. Ada yang tanya, orang berbadan besar boleh duduk ke? Katanya, boleh saja

3. Letter board ni ada bagi banyak sangat huruf, jadi korang letaklah ayat apa yang korang nak

4. Artificial dried cotton plant

5. Cadar ini agak see through, mungkin sebab pemilihan warna. Boleh pilih warna gelap sikit kalau tak nak nampak jarang atau boleh pakai mattress cover

6. Syeril menggunakan pokok hidup, ada 3 design kalau tak silap

7. Ini seller Malaysia pun ada jual tapi sebab nak murah Syeril cari seller dari overseas

8. Beli karpet ni kena sabar sebab nak tunggu sampai agak lambat

9. Coffee table

10. Ada yang cakap lalang, ada yang cakap pampas

11. Lampu ni agak kecil tapi comel

12. Antara barangan yang paling mahal dalam bilik Syeril tapi inilah yang paling murah dan berkualiti yang dia dapat cari

13. Disebabkan saiznya kecil, Syeril drill sahaja di dinding untuk letak pokok-pokok kecil

14. Cermin ini dibeli dari Eg Shah Devossa

15. Storage basket

Memang kemas dan tersusun make over bilik tidur yang dilakukan oleh Syeril Amran ini. Paling penting, barangan hiasan yang dibeli juga tidak terlalu mahal dan berbaloi. Kalau nak tip berbelanja, korang boleh beli barangan tersebut sedikit demi sedikit, jadi tak terasalah keluar duit sekali gus kan?

Okay, selamat mencuba!

Sumber: Syeril Amran

Published by
Nana