Umum tahu, rumah flat atau PPR saiz dapur sempit dan kecil. Fizikal ini membataskan pergerakkan dan menghad perletakkan barang. Jadi, penyelesaian terbaik untuk memastikan ruang sempit tersebut digunakan secara optimum, sebuah pelan dan perancangan induk perlu di kenalpasti terlebih dulu. Kalau tak, dapur yang sempit boleh jadi macam stor.
Melihat perkongsian Fezzi Ferrara Ibrahim di laman Facebook, Impiana tertarik melihat bagaimana pemilik menghias dapur yang berkeluasan 105sqft sendiri tanpa perlu melantik kontraktor. Hampir kesemua perabot dan hiasan yang digunakan dibeli dari Ikea dengan peruntukkan RM 9k-10K. Dengar macam banyak kan? tapi tidaklah segalanya dibeli serentak. Fezzi beli secara berperingkat dan 3 bulan diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan dapur.
Sebelum sebarang kemajuan perubahan dapur DILAKUKAN, Fezzi telah melakukan beberapa kali rujukan. Kata pemilik, “Sebenarnya saya seminggu 4 hari saya ke ikea mencari ilham dan belajar jenis barang yang diperlukan.
Selain itu juga, saya sering bertanya pekerja disana apa barang-barang yang diperlukan, harga dan sebagainya. ALHAMDULILLAH bila saya sudah paham, memudahkan saya untuk membuat sesuatu mengikut selera dan idaman mengikut kemampuan saya”
Cabaran dan dugaan utama yang di hidapi oleh Fezzi dalam menyiapkan projek dapurnya adalah kewangan. Selain itu juga, kabinet dapur yang telah dipasang perlu di buka semula dan dipasang balik mengikut kesesuian yang sepatutnya. Dari gambar make-over yang dilakukan pun jelas kelihatan, kabinet dapur di bahagian atas telah berubaha kedudukan
Untuk pemilihan cat pula, Fiezzi telah menggunakan dua ton cat iaitu Soplicated blue (biru gelap) dan Evening Light (grey). Pemilihan rona tersebut jelas menonjolkan keseluruhan konsep menjadi moden dan minimalis.
Secara peribadi saya tak suka beli sesuatu yang tidak perlu contohnya bekas makanan yang banyak dan benda-benda tak penting. Saya kena terima kenyataan bahawa keluasan dapur yang terhad. Tip utama, ukur dan pastikan kb yg kita impikan bersesuaian dengan keluasan dapur
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat jenama Emilyn Interior Design ini, tetapi tahukah anda jenama ini merupakan salah satu jenama pereka hiasan dalaman yang terbaik di Malaysia.
Sebagai jenama pereka hiasan dalaman, Emilyn Interior Design optimis menyediakan pelbagai servis kepada para pengguna seperti khidmat nasihat pakar hiasan dalaman, pembuatan dan pemasangan langsir serta kertas dinding.
Bukan itu sahaja, Emilyn Interior Design turut menyediakan perkhidmatan pembuatan kemasan fabrik sofa dengan pelbagai rekaan yang menarik dan cantik mengikut citarasa anda.
Apa yang menariknya lagi mengenai rangkaian produk dan perkhidmatan oleh Emilyn Interior Design ini, bagi mahu memberikan yang terbaik kepada para pengguna jenama ini telah menggunakan fabrik dari luar negara.
Jangan ada yang tidak tahu, Emilyn Interior Design ini bukan sekadar calang-calang menggunakan fabrik dari luar negara semata-mata, tetapi produk yang telah digunakan adalah buatan dari negara Eropah. Hebat bukan?
Oleh itu, rangkaian produk jenama Emilyn Interior Design ini sememangnya berkualiti dan bermutu tinggi. Jadi, sudah pasti anda sebagai pengguna jenama ini akan mendapatkan servis perkhidmatan yang terbaik dan dijamin berpuas hati.
Antara jenis fabrik yang tersedia di Emilyn Interior Design adalah Acacia, Estelle Prestige, Acacia Prestige, Prestigious Textiles, Jotex dan pelbagai lagi.
Selain itu, bagi hiasan kertas dinding pula, jenama ini sememang pakar dalam menghasilkan rekaan hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya Eropah seperti Art Nouveu/Art Deco, Klasik, Moden dan Moden Kontemporari.
Untuk info lanjut mengenai Emilyn Interior Design, sila layari laman sesawang rasmi www.emilyn.com.my atau anda boleh sahaja ikuti di laman media sosial Instagram rasmi @emilynsdesign.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ramai antara kita yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan, dan inilah yang membuatkan kita ternanti-nantikan serta lebih menghargai kedatangan tahun baharu. Tahun ini, sambutan semasa pandemik ini memang berbeza kerana kita beralih daripada keluar bergembira pada waktu malam, kepada menikmati malam yang tenang dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Walaupun keseronokan percutian baru sahaja berlalu, ia bukan bererti anda tidak boleh menjadikan sepanjang tahun ini semeriah dan bermakna seperti itu.
Bagi kebanyakan orang, ‘yang baharu’ dalam tahun baharu ini menandakan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dan setelah berbulan-bulan menyesuaikan diri dengan norma baharu, sekarang adalah masa yang tepat untuk bersiap sedia bagi tahun permulaan yang baru. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubah mood dan minda kita ketika memasuki tahun baharu ini dan dengan bantuan AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka dunia serta pengeluar jenama Dulux, berikut adalah beberapa inspirasi warna yang anda mungkin suka untuk mengharungi tahun baharu ini.
Menghias untuk 2021
Ada banyak cara untuk menyerlahkan ruang tamu anda dan mewujudkan suasana yang selesa – sapuan cat baharu adalah kaedah yang tidak pernah lapuk dalam memberi penampilan segar kepada kediaman anda. Tahun ini jangan takut untuk mencuba perkara baharu; perubahan yang kecil boleh membawa perbezaan yang besar dalam mood dan pemikiran anda. Dan selepas setahun dihidangkan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka, kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal tenang dan berani menghadapi ketidaktentuan. Ambil peluang ini untuk mempersiapkan rumah anda dengan pilihan warna yang lebih berani dan bersemangat bagi merangsang keyakinan anda untuk mengharungi tahun yang bakal mendatang.
Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, mari kita dapatkan inspirasi daripada palet warna Earth dari ramalan trend warna ColourFutures 2021 AkzoNobel. Palet Earth terdiri daripada warna pelengkap biru, hijau dan coklat yang menggemakan rona laut, langit dan tanah dalam alam semula jadi – menginspirasikan kita dengan keberanian untuk menyesuaikan diri seperti yang dilakukan oleh Bumi.
Mari kita mulakan dengan bilik anda berehat dan menyegarkan diri – bilik tidur. Tempat anda berehat sepatutnya mendamaikan dan menenangkan. Ketika kita mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang ini, buatlah perubahan pada bilik tidur anda sekarang agar anda dapat terus berehat dalam suasana paling selesa sepanjang tahun yang sibuk. Sebagai contoh, gambaran bilik tidur dua nada ini menggunakan Midnight Garden (50GG 23/085) dan Neptunes Depths (27BB 10/138) – yang menunjukkan bahawa padanan warna pelengkap biru dan hijau pekat menjadi mantera yang mampu menjelmakan ketenangan dan kedamaian.
Penting juga untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang menenangkan serta produktif di dalam bilik di mana anda menghabiskan paling banyak tenaga dan masa. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tempat belajar atau pejabat rumah. Dapatkan inspirasi daripada tiga warna pelengkap yang digunakan dalam contoh ini, iaitu bilik belajar anak. Warna hijau muda dan biru lembut memancarkan kesegaran kehidupan sambil diseimbangkan oleh nada coklat semula jadi.
Untuk bilik yang lebih kecil, kami mengesyorkan anda menggunakan rona yang lebih cerah dan lembut daripada warna-warna Earth bagi menyerlahkan cahaya matahari dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Jika anda berminat untuk meniru set-ruang ini, warna yang kami gunakan adalah Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106); Grey Jeans (45GY 55/502) dan Blueberry Mash (14BB 55/113).
Ruang tamu biasanya menjadi ruang pertama yang dimasuki oleh tetamu dan pemilik rumah, bertindak sebagai teras rumah dan penghubung ke bahagian yang lain. Ini menjadikan ruang tamu sebagai tempat terbaik untuk memanfaatkan Brave Ground. Sambil merenung kembali tahun yang akan terkenal dalam sejarah, apa yang amat kita perlukan sekarang adalah merasai permukaan yang dipijak. Merasai kekukuhan dasar (yang dipijak) itu memberikan kita keberanian untuk menerima perubahan.
Intipati daripada perasaan nyaman dan tenang ini terakam dalam Warna Pilihan Tahun 2021 AkzoNobel, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106). Ini adalah warna yang tepat bagi meningkatkan ketenangan di ruang tamu dan mewujudkan semangat kecekalan yang kita semua perlukan untuk tahun yang mendatang ini.
Menerusi episod segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk berkunjung dan kami ‘House Tour’ ke kediaman selebriti versatil, Zulin Aziz yang terletak Setia Eco Templer Park, Rawang.
Untuk maklumat anda, selebriti popular ini memiliki sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan merupakan kediaman terbaharu Zulin setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Farhan Norzaini pada Februari lalu.
Kata Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz dia telah berpindah sepenuhnya ke kediaman terbaharu tersebut sekitar
Bagi dekorasi ruang dalaman rumah, maklum Zulin telah memilih konsep bertemakan Scandinavian yang telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Zulin mendedahkan bahawa dia telah berbelanja kos anggaran sebanyak RM50,000 sahaja untuk dekorasi serta pengubahsuaian seluruh ruang kediamannya.
Di samping itu, katanya lagi untuk berbelanja kos anggaran sebanyak itu dia telah mengamalkan tip berjimat-cermat dengan berbelanja secara dalam talian.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Zulin Aziz? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.