Umum tahu, rumah flat atau PPR saiz dapur sempit dan kecil. Fizikal ini membataskan pergerakkan dan menghad perletakkan barang. Jadi, penyelesaian terbaik untuk memastikan ruang sempit tersebut digunakan secara optimum, sebuah pelan dan perancangan induk perlu di kenalpasti terlebih dulu. Kalau tak, dapur yang sempit boleh jadi macam stor.
Melihat perkongsian Fezzi Ferrara Ibrahim di laman Facebook, Impiana tertarik melihat bagaimana pemilik menghias dapur yang berkeluasan 105sqft sendiri tanpa perlu melantik kontraktor. Hampir kesemua perabot dan hiasan yang digunakan dibeli dari Ikea dengan peruntukkan RM 9k-10K. Dengar macam banyak kan? tapi tidaklah segalanya dibeli serentak. Fezzi beli secara berperingkat dan 3 bulan diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan dapur.
Sebelum sebarang kemajuan perubahan dapur DILAKUKAN, Fezzi telah melakukan beberapa kali rujukan. Kata pemilik, “Sebenarnya saya seminggu 4 hari saya ke ikea mencari ilham dan belajar jenis barang yang diperlukan.
Selain itu juga, saya sering bertanya pekerja disana apa barang-barang yang diperlukan, harga dan sebagainya. ALHAMDULILLAH bila saya sudah paham, memudahkan saya untuk membuat sesuatu mengikut selera dan idaman mengikut kemampuan saya”
Cabaran dan dugaan utama yang di hidapi oleh Fezzi dalam menyiapkan projek dapurnya adalah kewangan. Selain itu juga, kabinet dapur yang telah dipasang perlu di buka semula dan dipasang balik mengikut kesesuian yang sepatutnya. Dari gambar make-over yang dilakukan pun jelas kelihatan, kabinet dapur di bahagian atas telah berubaha kedudukan
Untuk pemilihan cat pula, Fiezzi telah menggunakan dua ton cat iaitu Soplicated blue (biru gelap) dan Evening Light (grey). Pemilihan rona tersebut jelas menonjolkan keseluruhan konsep menjadi moden dan minimalis.
Secara peribadi saya tak suka beli sesuatu yang tidak perlu contohnya bekas makanan yang banyak dan benda-benda tak penting. Saya kena terima kenyataan bahawa keluasan dapur yang terhad. Tip utama, ukur dan pastikan kb yg kita impikan bersesuaian dengan keluasan dapur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi kediaman inggeris di Malaysia memang agak hebat pengaruhnya. Oleh sebab permintaan yang tinggi terhadap elemen dekorasi gaya inggeris yang tinggi, kedai-kedai jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan semada secara langsung atau dalam talian tumbuh bak cendawan. Pun begitu, masa demi masa dekorasi gaya inggeris mengalami perubahan dan beradaptasi dengan persekitaran.
Artikel berkaitan:
Minat Konsep English Kontraktor Wanita Ini Kreatif Ubahsuai Rumah Sendiri Mirip Di Overseas
Maka wujudlah konsep-konsepa gaya inggeris selain klasik dan kedesaan seperti moden inggeris atau kontemporari inggeris. Namun, ramai abaikan beberapa elemen penting dalam dekorasi inggeris. Antaranya ialah:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.
Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
Bagi yang bajet terhad Mohd Firdaus mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.
Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
Kesimpulannya semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur, warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan lepaskan peluang ni! Rumah moden 3 bilik 2 bilik air seluas 1,000 kaki persegi dengan kemudahan dan security yang lengkap!
Nak beli rumah? Untuk rumah pertama mesti agak pening kepala. Pening kepala sebab nak cari yang bersesuaian dengan keperluan dan harga yang ditawarkan. Kebanyakkan perumahan baru yang diminati ramai agak mahal harganya.
Sebenarnya, nak cari rumah pertama kita duduk sendiri ataupun untuk pelaburan ada formula khasnya. Tak perlu pening kepala! IMPIANA senaraikan ciri-ciri rumah pertama yang perlu anda perhatikan masa memilih kediaman yang berbaloi dibeli. Formula atau senarai ini, terguna pakai bukan sahaja pada si bujang, malah keluarga muda yang ada anak 2-3 orang.
AKSES
Ciri yang pertama adalah akses. Korang jangan rasa akses tu bukan perkara yang penting, ia salah satu ciri yang kena diberi perhatian. Ini bermakna ia bukan sahaja memudahkan pergerakan malah mempercepatkan perjalanan ke destinasi yang dituju. Tak perlu nak buat pusingan ‘U” yang jauh untuk sampai ke kediaman anda. Projek “duduk”, jenama baru oleh EcoWorld, terletak di Setia Alam dan di selatan Kota Kemuning yang dihubungkan dengan jalan utama dan beberapa lebuhraya seperti NKVE, Federal, KESAS, ELITE dan sebagainya untuk kemudahan akses.
KEMUDAHAN
Korang nak lihat dan periksa kemudahan yang tersedia di sekeliling perumahan. Kawasan sekitar perumahan kena mempunyai segala kemudahan yang diperlukan dan lengkap bagi semua orang. Sebenarnya, Eco Ardence dan Eco Sanctuary merupakan perbandaran yang matang lengkap dengan segala kemudahan yang penting berdekatan seperti kedai runcit, pusat 3S, pusat membeli belah, bank, farmasi, klinik, hospital, sekolah dan sebagainya yang dapat menyediakan keperluan anda.
Infrastruktur
Bukan itu je, korang juga kena perhatikan apa infrastruktur yang diberikan dalam kawasan perumahan, infrastruktur seperti persekitaran kawasan rumah, sistem keselamatan, fasiliti dan lain-lain. Jika adanya infrastruktur tersebut, korang boleh tinggal kat sini dengan hati yang tenang, juga tidak perlu keluar dari kawasan perumahan saja-saja nak pergi gim, buat BBQ, bersiar-siar ataupun aktiviti lain. Infrastruktur dalam kawasan perumahan duduk ni, anda boleh menikmati semua fasiliti tersedia di kawasan perumahan HUNI D’ Eco Ardance ataupun SE.RUANG D’ Eco Senctuary duduk menyediakan fasiliti, infrastruktur dan keselamatan yang lengkap bagi memenuhi setiap gaya hidup. Setiap unit juga tersedia dengan 2 kotak parkir yang luas.
Ciri-ciri kediaman ini sebenarnya tersedia di bawah projek “duduk”, brand yang baru diperkenalkan oleh EcoWorld. dudukberkonsepkan perbandaran menegak dan ia dikhaskan kepada generasi baru dan keluarga muda yang mementingkan gaya hidup moden dan terancang. Antara projek yang terletak dibawah duduk oleh EcoWorld adalah HUNI D’ Eco Ardance yang terletak di Setia Alam dan SE.RUANG D’ Eco Senctuary di selatan Kota Kemuning.
KENAPA PILIH duduk OLEH ECOWORLD?
Dihubungkan dengan jalan utama dan beberapa lebuhraya seperti NKVE, Federal, KESAS, ELITE dan sebagainya untuk kemudahan akses.
Kawasan perumahan di Eco Ardence dan Eco Sanctuary merupakan perbandaran baru yang matang lengkap dengan segala kemudahan yang penting.
Infrastruktur dan fasiliti yang dapat memenuhi setiap gaya hidup anda.
Setiap unit rumah didatangkan dengan 2 kotak parkir.
Rekaan rumah yang lebih praktikal dalam ruang berkeluasan 1,000 kaki persegi. Lengkap dengan 3 bilik dan 2 bilik air
Setiap unit dilengkapi separa perabot, seperti kabinet dapur, pemanas air, lampu, kipas, aircond, mesin washer & dryer, dan lain-lain.
Harga bayaran bulanan untuk satu unit duduk ni hanya bermula dari RM 1,450* sebulan sahaja!
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Jika berminat nak duduk dengan EcoWorld, layari www.duduk.my untuk maklumat yang lebih lanjut. Korang boleh dapatkan berita terkini mengenai projek dudukmenerusi laman Facebook dan Instagram mereka. Korang juga dijemput melawat unit pameran di HUNI D’ Eco Ardance, Setia Alam atau SE.RUANG D’ Eco Sanctuary, selatan Kota Kemuning.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.