Rumah teres kos rendah dulu-dulu saiznya sangat kecil antara 800-1300 kaki persegi sahaja. Namun kelebihannya masih terdapat pakir dan belakang lot yang masih luas. Sebab itu, bagi kebanyakkan pemilik rumah teres kos rendah terutamanya lot tengah akan membuat sambungan dari struktur sedia ada bagi mendapatkan ruang tambahan.
Namun kebanyakkan kediaman yang dikunjungi IMPIANA, reka bentuk rumah teres kos rendah yang telah diubah suai kelihatan terlalu sarat dan sarat sehingga mengganggu sirkulasi udara di dalam kediaman.
Terbaca satu post di dalam laman sosial Thailand, IMPIANA kagun melihat ubah suai yang dilakukan terhadap lot teres tengah yang bersaiz kompak ini. Bijak menyusun ataur ruang dan pemilihan perabot yang tepat menjadikan kediaman ini bukan sahaja cantik malah luas dan rapi.
Jadi bagi yang merancang nak beli rumah tapi tak ada bajet yang besar untuk dapatkan jenis landed , boleh cuba beli sub-sale rumah kos rendah dan makeover macam ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Tanaman Bertingkat Macam Ni Jimat Ruang, Sediakan 10x Ganda Ruang Menanam
Berkebun tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Bagi anda yang mempunyai kekurangan ruang, selain kaedah tanaman menegak seperti vertical garden dan tanaman gantung sebagai penyelesaian terbaik, salah satu syarikat di Ghana, Afrika iaitu Farming Wonder memperkenalkan teknik tanaman bertingkat atau menara. Teknik ini bukan lah sesuatu yang baru. Namun ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
10x ganda ruang tanaman
Setiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa
Jimat air
Siraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air
Mudah diselenggara
Teknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Solusi Kembali Bekerja Setelah Pendemik Dengan Model Kerja Hibrid
Solusi Kembali Bekerja Setelah Pendemik Dengan Model Kerja Hibrid. Model kerja hibrid kini menjadi paradigma kerja baru bagi abad ke-21, di mana para pekerja diberi pilihan sama ada bekerja dari rumah, ruang kerja yang berdekatan atau ibu pejabat pusat secara berselang seli.
IWG penyedia ruang kerja fleksibel terbesar di dunia telah membuka dua pusat baru yakni Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre, sebagai salah satu daripada rangkaian miliknya yang merangkumi lebih daripada 3,300 lokasi di seluruh dunia, bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.
Didorong oleh pandemik, organisasi dari pelbagai saiz kini semakin menghargai manfaat model kerja hibrid yang dapat mengurangkan secara signifikan masa untuk para pekerja berulang alik dan menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh IWG, 77% pekerja menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan ruang kerja yang lebih dekat dengan rumah untuk rancangan pekerjaan mereka yang seterusnya. Keinginan untuk bekerja lebih dekat dengan rumah telah mencetus penggunaan konsep hab dan jejari atau hub and spoke, di mana mereka selalunya beroperasi dari pejabat utama (hab) dan menggunakan pejabat satelit atau ruang kerja (jejari) supaya para pekerja mempunyai tempat kerja profesional yang berdekatan dengan rumah mereka.
Pengurus Negara IWG Malaysia, Vijayakumar Tangarasan berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre sebagai ruang kerja IWG yang ke-39 dan ke-40 di Malaysia, mengukuhkan lagi rangkaian kami bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.”
Model Kerja Hibrid
Sejak bermulanya pandemik ini, model kerja hibrid telah diguna pakai oleh jutaan pekerja di seluruh dunia dan IWG telah menyaksikan rangkaiannya berkembang pesat dengan penambahan lebih daripada dua juta pengguna baru. Selain daripada itu, IWG juga telah menandatangani perjanjian perusahaan terbesarnya dengan syarikat seperti NTT untuk 300,000 pekerja dan Standard Chartered untuk 95,000 pekerja.
Peralihan kepada model kerja hibrid membolehkan syarikat mengecilkan jumlah hartanah yang dimiliki atau disewa oleh mereka, mengurangkan kos overhed dan memberikan mereka fleksibiliti yang tidak dapat ditandingi kontrak tradisional.
Model kerja hibrid mempunyai banyak kelebihan, terutamanya untuk orang di dalam organisasi, planet dan kewangan syarikat berkenaan. Model kerja hibrid bukan sahaja dapat menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan, tetapi ia juga boleh meningkatkan produktiviti. Kajian Ruang Kerja Global yang dijalankan oleh IWG menunjukkan bahawa 89% responden berkata model kerja hibrid membolehkan perniagaan menjadi lebih produktif.
Dengan peningkatan lokasi di tengah-tengah komuniti tempatan, penggunaan ruang fleksibel boleh memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan.
Spaces Exchange 106 & Regus Bukit Bintang City Centre
Spaces Exchange 106, yang terletak di tingkat 23, adalah antara 10 bangunan pejabat tertinggi di dunia. Menawarkan 3,559 meter persegi penyelesaian ruang kerja fleksibel, yang boleh disesuaikan, ruang kerja moden ini mewujudkan suasana yang serba mewah dengan ruang penyambut tetamu dan lobi yang anggun, berserta dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur seluas 360 darjah yang pastinya mampu mencetuskan inspirasi. Terletak di tengah-tengah pusat kewangan baru Malaysia, Spaces Exchange 106 menempatkan 124 pejabat peribadi dan 3 bilik mesyuarat, serta dilengkapi dengan ruang serbaguna dan Wi-Fi berkelajuan tinggi bagi membolehkan perniagaan bekerja pada kapasiti mereka yang terbaik.
Sementara itu, Regus Bukit Bintang City Centre pula terletak berhampiran dengan salah satu persimpangan tersibuk di Kuala Lumpur dan berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam utama. Bakal dilancarkan secara rasmi pada Februari 2022, ruang kerja ini menempatkan pejabat peribadi dan bilik mesyuarat, serta ruang serbaguna yang luas bagi membolehkan para pekerja menikmati suasana kerja dan riadah dengan mudah. Oleh kerana lokasinya yang strategik, tempat-tempat tarikan seperti pawagam, dewan konsert, pusat membeli-belah, taman dan restoran semuanya terletak berhampiran.
Penambahan kedua-dua ruang kerja tersebut meluaskan lagi portfolio IWG dalam menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk ahlinya di negara ini dan memenuhi permintaan untuk ruang kerja profesional dan fleksibel. Selain daripada itu, ahli ruang kerja bersama Regis turut diberi akses kepada lebih 3,300 lokasi ruang kerja fleksibel di 1,100 bandar raya di seluruh dunia, dengan pelbagai kemudahan bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, termasuk sokongan IT, perkhidmatan penyambut tetamu dan pejabat maya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Regus Bukit Bintang City Centre dan Spaces Exchange 106, sila kunjungi www.regus.com.my dan https://www.spacesworks.com/.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kekalkan Produktiviti Dengan Ruang Kerja Menarik Dan Praktikal Di Kediaman
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Baja Organik Dalam Botol Macam Ni, Mujarab Dan Mudah
Umum tahu, serbuk kopi dan kulit telur antara baja organik terbaik untuk tumbesaran tanaman. Jadi, dari dibuang begitu sahaja, apa kata anda proses jadikan ia baja organik paling murah, mudah dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Emi Zurayni Lot
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Bahan Diperlukan:
Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering)
Serbuk kopi terpakai
Botol rempah
Cara Membuat:
1. Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2. Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3. Begini hasilnya.
4. Campurkan pula dengan serbuk kopi terpakai.
5. Kacau rata sebati.
6.Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
7. Taburkan pada pokok-pokok yang ada.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI