Makeover konsep rona putih, dapur sempit nampak luas dan mewah. Dapur merupakan nadi untuk sesebuah kediaman. Maka sebab itulah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila dapur cantik, kemas dan selesa, secara tidak langsung ia akan membangkitkan mood untuk memasak. Pastinya kos renovasi mengikut bajet dan kemampuan. Seperti perkongsian Dinah Rakhim
Makeover dapur untuk mereka yang sukakan rona putih. Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Peralatan di dapur bukan sekadar ikut suka hati letak hingga ‘makan’ banyak tenaga elektrik. Ruang dapur bukanlan sekadar ruang untuk memasak sahaja tetapi ruang terapi untuk para isteri. Maka sebab itulah reka bentuk dapur memainkan peranan penting supaya aktiviti memasak dapat dijalankan dengan keadaan pengudaraan yang baik.
Dengan fungsi penting dalam sesebuah kediaman, keselesaan wajib ada di ruang dapur selain reka bentuk dalamannya. Berikut perkongsian daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad tentang reka bentuk dapur untuk dijadikan panduan bersama.
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle di dapur iaitu antara sink, dapur memasak dan peti sejuk semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja. (Rujuk gambar)
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, tidak perlu ada dua. Dry kitchen (dapur kering) bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan selepas digunakan.
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya. Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto ini tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini. Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
*Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
*Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (peti sejuk).
*Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga. Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:
LEMBAP DAN BERLUMUT
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
RETAKAN RERAMBUT (HAIRLINE CRACK)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dindingdan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
BLISTERED , BERTAMPAL-TAMPAL
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Tidak dinafikan, memang jarang-jarang sekali kita dapat melihat dekorasi ruang dalaman yang menampilkan konsep klasik tradisional seperti Baba Nyonya Peranakan ini.
Jadi, mungkin ada segelintir di kalangan anda yang belum pernah melihat konsep dekorasi ini. Jadi, bagaimana sebenarnya hasil jika konsep dekorasi ini dijadikan sebagai pilihan untuk ruang dalaman kediaman anda?
Oleh itu, jom kita lihat sendiri dekorasi ruang dalaman di Hotel Santa Grand Signature, Kuala Lumpur yang tampak begitu menyerlah dengan menampilkan konsep Baba Nyonya Peranakan ini. Di samping itu, ia juga turut diserikan lagi dengan pemilihan jenis perabot sofa dan meja kopi reka bentuk yang moden.
Sememangnya, dekorasi ruang dalaman yang bertemakan konsep Baba Nyonya Peranakan ini tampak menarik, unik dan lain daripada yang lain. Bahkan, bukan itu sahaja, dekorasi ruang dalaman tampak lebih berseri dengan aksesori susunan koleksi barangan kaca hiasan tradisi Baba Nyonya Peranakan.
Selain itu, dekorasi yang berkonsepkan Baba Nyonya Peranakan ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang gemarkan dekorasi ruang dalaman yang tampak klasik. Bak umpaman kata pepatah, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Jadi tunggu apa lagi?! Jom rasa sendiri pengalaman menikmati dekorasi ruang dalaman yang berkonsepkan Baba Nyonya Peranakan ini di Hotel Santa Grand Signature, Kuala Lumpur hari ini.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi di talian +603-20271969 atau email reservation@santagrandhotels.com.my, serta layari laman sesawang rasmi di www.santagrandhotels.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!