
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika anda menggunakan dengan penuh cermat dan berhemah.
Meski ia masih berfungsi dengan baik sehingga kini, namun jika sudah lama digunakan sudah pasti peti sejuk anda berada keadaan yang kurang menarik atau erti kata lain tidak lagi menawan seperti baharu.
Bukan itu sahaja, mungkin juga peti sejuk yang sedia ada di kediaman anda tidak lagi cantik seperti baharu oleh kerana warna luar permukaan badan peti sejuk anda sudah pudar. Jangan bimbang, kini ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru.
Buat anda yang ingin tahu bagaimana caranya, oleh itu IMPIANA kongsikan cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tidak Boleh Guna Sebarang Cecair Pencuci, Ini Cara Betul Untuk Bersihkan Perabot Rotan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wajib Tukar Cadar Tilam & Sarung Bantal 2 Kali Seminggu!

Isi Kandungan
ToggleWajib Tukar Cadar Tilam & Sarung Bantal 2 Kali Seminggu! Ramai di antara kita yang sekurang-kurangnya menukar cadar tilam dan sarung bantal sebulan sekali. Adakah ia memadai?
Ada juga yang mempunyai mentaliti untuk menukar cadar dan sarung bantal apabila ia benar-benar kotor. Hakikatnya, kita tak akan sedar bilakah ia benar-benar kotor atau berbau.
Menurut Goodman, kita sangat disarankan untuk mengganti semua yang ada di atas katil termasuk cadar, sarung bantal dan selimut sekurang-kurangnya 1 ke 2 kali seminggu minggu. Jadi, kenapa kita perlu tukar dengan kerap?
1. Menjaga Kebersihan
Cadar dan sarung bantal menyerap peluh, minyak dari kulit, sel-sel kulit mati, dan debu dari sepanjang hari kita. Tanpa menukarnya secara kerap, kotoran ini boleh berkumpul dan mencipta persekitaran tidur yang tidak higienik. Tambahan pula, bakteria dan kutu tilam juga boleh membiak jika tidak diganti secara kerap, meningkatkan risiko alergi dan masalah kesihatan lain.
2. Mengurangkan Risiko Alergi dan Gatal Kulit
Bagi individu yang menghidap alergi atau mempunyai kulit sensitif, menukar cadar dan sarung bantal secara berkala sangat penting. Kotoran yang terperangkap di dalamnya boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau memburukkan reaksi alergi yang sedia ada. Bed bugs atau dust mites, agak bahaya. Selain menyebabkan kulit menjadi gatal dan merah angkara gigitan makhluk kecil ini, ia juga akan mengakibatkan reaksi alahan terutama jika individu itu ada masalah ekzema dan dermatitis. Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat menjaga kesihatan kulit.
3. Pentingkan Keselesaan
Cadar dan sarung bantal yang telah digunakan untuk tempoh yang lama mungkin tidak lagi memberikan keselesaan yang optimum. Dengan menukarnya secara rutin, anda dapat memastikan bahawa tempat tidur anda tetap selesa untuk tidur yang berkualiti setiap malam. Ini sangat penting terutama jika anda berkongsi katil dengan pasangan atau berkongsi katil bersama haiwan peliharaan.
4. Mengurangkan Bau Tidak Menyenangkan
Peluh, minyak, dan kotoran lain yang ada pada cadar dan sarung bantal lama boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Dengan menukar cadar dan sarung bantal secara teratur, anda dapat menjaga keharuman dan kesegaran tempat tidur dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
5. Meningkatkan Kualiti Tidur dan Kesihatan
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Dengan memiliki persekitaran tidur yang bersih dan segar, anda dapat meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fokus dan produktiviti harian, serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Tips untuk Menjaga Kualiti Cadar dan Sarung Bantal:
Cuci secara Berkala: Selain menukar cadar dan sarung bantal, pastikan untuk mencucinya secara teratur mengikut panduan penjagaan bahan.
Pilih Material yang Tepat: Memilih material yang berkualiti dan mudah dijaga dapat membantu memperpanjang jangka hayat cadar dan sarung bantal serta menjaga kebersihan dan keselesaan mereka.
SUMBER: Hello Doktor
IMPIANA: Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat mencipta persekitaran tidur yang lebih bersih, selesa, dan menyegarkan. Tindakan mudah ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti tidur anda tetapi juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Mesti Baca: 10 Barang Kegunaan Harian Yang Anda Tidak Pernah Tahu Ada “EXPIRED DATE”
Baca Lagi Di Sini: Ganti Cadar Seminggu Sekali Belum Dikira Bersih, KENAPA?
Artikel Menarik: Kerap Tukar Sarung Bantal Dan Cadar, Petua Bebas Jerawat 100%
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Jaga MESIN BASUH Supaya Tak Mudah Rosak Tahan Lebih Lama

Isi Kandungan
ToggleTip Penting Jaga MESIN BASUH, Supaya Tak Mudah Rosak Tahan Lebih Lama. Mesin basuh antara barangan elektrik yang sering digunakan di rumah. Jika salah cara penjagaan dan penggunaannya, memang mudah rosak dan tak tahan lama.
Nak baikinya boleh tahan harga, jadi sebelum rosak ambil tahun cara penjagaan betul mesin basuh supaya ia tahan lama.
Perkongsian daripada Ridzuan Alfattani ini boleh dijadikan panduan.
Saya, seorang maintenance dan pernah terlibat dalam bidang electrical, mechanical & construction. Saya nak kongsi cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.
1. Jangan Basuh Terlalu Banyak
Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Tutup Suis Soket
Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan standby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju, tutuplah suis soket.
3. Cuci Tub Mesin Basuh Dengan Air Panas
Dalam sebulan sekali masukan air panas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Servis Mesin Basuh
Andaikata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambik spanar tegangkan dibagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 je.
5. Bersihkan Penapis Mesin Basuh
Andai kata air masuk semakin slow buka bahagian paip air masuk kat situ ada filter mungkin tersumbat.
6.Buang Air Tersekat
Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainye. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita. Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan.
Semoga Bermanfaat.
Artikel Menarik: Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader
Baca Lagi Disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30
IMPIANA: Nak beli mesin basuh boleh tahan juga harga, jadi sebelum ia rosak jaga sebaiknya supaya jangka hayatnya lebih lama.
Sumber: Ridzuan Alfattani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI