Memberi nafas baru kepada kediaman tidak semestinya memerlukan bajet yang banyak. Cara paling mudah adalah dengan menukar cat baru. Seperti yang dilakukan oleh suami dan anak puan Hasliza hassan. Idea asal adalah dari anak perempuan Puan Hasliza yang juga merupakan pelajar dalam bidang rekaan dalaman. Apa yang menariknya, Makeover pintu kabinet ini hanya menggunakan cat semburan berharga RM 8 bagi satu tin. Ia bukan sahaja murah, malah proses mengecat dapat disiapkan tak sampai satu hari.
Kebanyakkan aksesori di dapur seperti bunga dan papan tanda dibeli dari Ikea, SSF dan Romantika
Dapur masak tu beli dekat Houzdepo Damansara. Atas pakai gas bawah oven pakai letrik. Tong gas saya letakkan di dalam stor belakang dapur masak tu dan paip gas tu saya tebuk dinding belakang dapur masak tu.
Dapor x pasang hud sebab ada ekzos fan dan byk tingkap. Lagipun semasa memasak pintu antara dapur dan ruang makan sentiasa tutup.
Rak spices tu beli dekat IKEA(asalnya rak utk buku)
Balang plastik spices tu beli dekat kedai brg plastik Chowkit.
Bakul bawang ubi dari DAISO.
Balang dekat air fryer tu beli dekat AEON
Fridge tu dah berumur 15 tahun
Rak2 spices tepi trolley tu beli dekat IKEA juga dan balang yang ditonggengkan tu dari SSF( beli masa sale satu dlm RM2.00++)
Cat ni saya guna dlm 15 tin(satu tin harga RM8.00++). Pemegang pintu cabinet tu guna cat spray warna gold
Proses menyembur cat sangat cepat. Suami dan anak buat dlm masa setengah hari saja(start lepas Zohor siap sebelum Maghrib)bermula dari membuka pintu2 kabinet dan memasang semula.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI