Memberi nafas baru kepada kediaman tidak semestinya memerlukan bajet yang banyak. Cara paling mudah adalah dengan menukar cat baru. Seperti yang dilakukan oleh suami dan anak puan Hasliza hassan. Idea asal adalah dari anak perempuan Puan Hasliza yang juga merupakan pelajar dalam bidang rekaan dalaman. Apa yang menariknya, Makeover pintu kabinet ini hanya menggunakan cat semburan berharga RM 8 bagi satu tin. Ia bukan sahaja murah, malah proses mengecat dapat disiapkan tak sampai satu hari.
Kebanyakkan aksesori di dapur seperti bunga dan papan tanda dibeli dari Ikea, SSF dan Romantika
Dapur masak tu beli dekat Houzdepo Damansara. Atas pakai gas bawah oven pakai letrik. Tong gas saya letakkan di dalam stor belakang dapur masak tu dan paip gas tu saya tebuk dinding belakang dapur masak tu.
Dapor x pasang hud sebab ada ekzos fan dan byk tingkap. Lagipun semasa memasak pintu antara dapur dan ruang makan sentiasa tutup.
Balang plastik spices tu beli dekat kedai brg plastik Chowkit.
Bakul bawang ubi dari DAISO.
Balang dekat air fryer tu beli dekat AEON
Fridge tu dah berumur 15 tahun