Makeover Rumah Flat Simple Tapi Cantik Macam Ni, Modal RM 1500 Sahaja

Share

Tempoh PKP yang lalu ramai ambil kesempatan untuk makeover kediaman. Almaklumlah, dah duduk rumah 24 jam. Bekerja pun dari rumah. Sudah pasti kita perlukan persekitaran kondusif. Tambahan, sebelum ni tak sempat nak buat dan belek-belek rumah tu sangat kan. Tempoh hampir 3 bulan berperap di rumah, banda buruk yang dah bertahun duduk terperap baru perasan.

Antara yang mengambil ksempatan untuk makover rumah dalam tempoh PKP yang lepas adalah Puan Siti Mariam Kamsan. Yang menariknya, Unit flat yang disewa bertukar wajah 360 darjah dengan kos hanya RM 1300 sahaja.

Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata. Tambahan tempoh PKP ni nak duduk 24 jam

Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini

Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk tv kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaliguss.

Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni

Ruang tamu

Sofa tuan rumah ni pun kami minta izin untuk disemadikan ke tapak pelupusan kerana dah tak boleh duduk dah. Sakit punggung kami anak beranak rasa kayu bila duduk.

Sofa bed- RM 199 – Lazada ( Klik link https://invol.co/clqhb3 untuk beli)
bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco
Bantal cloud – RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MY

Kabinet Tv – RM 165- Shoppe ( Klik link https://invol.co/clqhc0  untuk beli)
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II

Ruang makan

Tv tuan rumah kami minta izin untuk dibuang sebab dah tak boleh berfungsi. Akuarium tu kami pindah masuk bilik jadikan rak letak selimut dan bantal . Yang lain perhiasan dari tuan rumah kami simpan


Lampu nordic- RM 74 – Lazada ( Klik link https://invol.co/clqhce untuk beli)
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
Tikar getah – RM 115 -shoppe ( Klik link https://invol.co/clqhc6

untuk beli)
Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe

Study area

Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumahPartition dari kedai karpet – RM 150
Meja – RM 50
Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
Kerusi – dari tuan rumah

Dapur
Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh.
Rak ikea hylis- RM 59

Kitchen mat 2 set – RM 36- shoppe

 

 

Published by
Impiana