
Orang Thailand kalau buat ubahsuai rumah lama memang hebat. Renovasi yang dihasilkan adakalanya tak terjangka difikiran. Seperti kediaman teres dua tingkat ini.
Dari luarannya, kediaman ini kelihatan kecil. Namun dengan pembahagian ruang yang tepat dan pemilihan konsep minimalis yang diterap menjadikan kediaman ini kelihatan lebih luas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Pokok Pandan Tanpa Tanah, Cuma Rendam Dalam Air Tetap Subur

Daun pandan memang selalu sangat kini gunakan dalam hidangan, jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Sumber: Jue Jerry
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
Artikel Berikut: Jimat RM 480-500 Hasil Kebun Sekangkang Kera
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Tip Wajib Tahu Cara Pilih Meja Makan Yang Tahan Lama, Berkualiti dan Sesuai Untuk Kediaman Anda

Ruang makan merupakan salah satu tempat berkumpul anggota keluarga selain ruang keluarga. Karakter ruang makan lebih personal, sebab ruang inilah keluarga berkumpul, bercengkerama, dan saling bercerita sambil menikmati juadah makanan. Selain itu, ruang makan juga bisa menjadi tempat menjamu tetamu (formal dine entertaining).
Oleh itu, pemilihan meja makan yang tepat perlu jadi perhatian jika Anda merancang untuk membelinya dalam waktu terdekat ini. Menentukan meja makan tidaklah terlalu sukar, hanya terdapat beberapa perkara yang harus anda ketahui.
Material
Jika ingin meja makan yang diperbuat dari material jenis kayu, pilihlah material kayu keras murni (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Jangan yang bersifat komposit atau gabungan, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).
MDF merupakan material dari campuran kayu keras dan halus yang dikompres menjadi bentuk papan. Meskipun tahan lama, tapi tak sekuat dan sekokoh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, namun jika yang Anda cari adalah meja makan yang tahan lama hingga berpuluh-puluh tahun, lebih baik memilih hardwood. Sementara bagi Anda yang kurang suka meja kayu, pilihlah dari bahan metal atau marmer.
Saiz Ruang
Sangat penting untuk mengukur apakah meja makan sesuai mengikut keluasan ruang anda, terutama jika ruang makan berukuran kecil. Jangan sampai meja terlalu besar untuk ruangan sempit, atau terlalu kecil untuk ruangan luas. Meja berbentuk persegi panjang yang ditempatkan di ruang sempit akan dengan cepat memakan ruangan dan membuatnya terlihat sempit. Satu hal yang penting, anda harus mudah untuk berjalan dan bergerak di antara meja dan kursi.
Bentuk Meja
Ada beberapa aturan dalam menentukan bentuk meja makan yang sesuai dengan ruangan tertentu. Untuk ruangan kecil, pilihlah meja berbentuk oval agar tersedia ruang kosong dan tidak membuat ruangan tampak terlalu ‘ramai’. Meja bentuk bujur sangkar lebih sesuai untuk ruangan sempit, sementara persegi panjang sebaiknya ditempatkan pada ruangan yang luas. Meja bundar sebenarnya bisa ditempatkan di ruang berukuran apapun, tapi sebaiknya tidak pada tempat yang sempit kerana akan membatasi ruang untuk bergerak.
Dimensi Meja
Kebanyakan meja makan memiliki ketinggian standar antara 28 – 30 inci. Tinggi meja yang paling sesuai mampu memberi ruang yang cukup di atas lutut dan sejajar dengan siku tangan ketika anda duduk. Sementara lebarnya, sebaiknya berbentuk oval, bujur sangkar, bundar atau persegi panjang memiliki standar lebar 36 inci ke atas, tergantung jumlah orang. Sebagai contoh, meja oval dengan panjang 84 inci, boleh memuatkan sehingga 10 orang.
Demikian tips memilih meja makan untuk ruang makan Anda. Semoga informasi ini boleh membantu anda untuk memilih meja makan yang sesuai untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hasil Makeover Sangat Di Luar Jangkaan, Norman Hakim Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata

Episod keempat rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture, telah menyaksikan hasil transformasi dekorasi dalaman kediaman selebriti terkenal tanah air, Norman Hakim.
Bagi episod kali ini, selebriti berusia 47 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Norman Hakim, berhasrat ingin memberi kejutan makeover dekorasi ini khas buat isteri tercintanya, Memey Suhaiza.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Norman memaklumkan dia inginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan rona hitam dan putih. Manakala, dari segi konsep pula Norman mahukan tampilkan konsep ‘Monochromatic’ ala hotel mewah di ruang tamunya.
Dengan saiz keluasan ruang tamu yang luas, pakar perabot dan rekaan hiasan dalaman Ella Furniture telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman Norman Hakim.
Transformasi dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman Norman, telah menyaksikan sofa jenis ‘3 seater’ dan ’2 seater’ sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti ‘bench’ serta ‘arm chair’ bercorak jalur rona hitam dan putih menjadi penyeri.
Selepas makeover dekorasi siap sepenuhnya dan dipersembahkan buat kali pertama, Norman yang ditemani Catriona Ross dan Ben Firdaus menzahirkan rasa kagum dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah melihat hasil makeover yang dilakukan.
Sekadar informasi, Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah rancangan yang mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Karl Shafek? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Beri Kejutan Buat Suami Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Realisasikan Impian Zulin Aziz
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI