“Makeover” Sendiri Dapur Sempit 105sqft

Share

“Makeover” Sendiri Dapur Sempit 105sqft. Umum tahu, dapur rumah flat memang kecil. Fizikal ini membataskan pergerakkan dan menghad perletakkan barang. Jadi, penyelesaian terbaik untuk memastikan ruang sempit tersebut digunakan secara optimum, sebuah pelan dan perancangan induk perlu di kenalpasti terlebih dulu. Kalau tak, dapur yang sempit boleh jadi macam stor.

Melihat perkongsian Fezzi Ferrara Ibrahim di laman Facebook, Impiana tertarik melihat bagaimana pemilik menghias dapur yang berkeluasan 105sqft sendiri tanpa perlu melantik kontaktor. Hampir kesemua perabut dan hiasan yang digunakan dibeli dari Ikea dengan peruntukkan RM 9k-10K. Dengar macam banyak kan? tapi tidaklah segalanya dibeli serentak. Fezzi beli secara berperingkat dan 3 bulan diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan dapur.

Sebelum sebarang kemajuan perubahan dapur di lakukan, Fezzi telah melakukan beberapa kali rujukan. Kata pemilik, “Sebenarnya saya seminggu 4 hari saya ke ikea mencari ilham dan blajar jenis barang yang diperlukan. Selain itu juga, saya sering bertanya pekerja disana apa barang-barang yang diperlukan, harga dan sebagainya. Alhamdulila bila saya sudah paham, memudahkan saya untuk membuat sesuatu mengikut selera dan idaman mengikut kemampuan saya”

Cabaran dan dugaan utama yang di hidapi oleh Fezzi dalam menyiapkan projek dapurnya adalah kewangan. Selain itu juga, kabinet dapur yang telah dipasang perlu di buka semula dan dipasang balik mengikut kesesuian yang sepatutnya. Dari gambar make-over yang dilakukan pun jelas kelihatan, kabinet dapur di bahagian atas telah berubaha kedudukan

Untuk pemilihan cat pula, Fiezzi telah menggunkan dua ton cat iaitu Soplicated blue (biru gelap) dan Evening Light (grey). Pemilihan rona tersebut jelas menonjolkan keseluruhan konsep menjadi moden dan minimalis.

Secara peribadi saya tak suka beli sesuatu yang tidak perlu contohnya bekas makanan yang banyak dan benda-benda tak penting. Saya kena terima kenyataan bahawa keluasan dapur yang terhad. Tip utama, ukur dan pastikan kb yg kita impikan bersesuaian dengan keluasan dapur

BACA: Seorang Pereka Pentas Makeover Kediaman PPR

 

Published by
Impiana