Kabinet dapur ibarat elemen penting di masa kini. Tujuanya bukan lah untuk bermegah-megah tapi sebagai kemudahan dan mengoptimumkan ruang yang ada. Jika dahulu kabinet dapur hanya mampu dimiliki oleh golongan atasan atau berada sahaja, namun tidak sekarang. Disebabkan permintaan yang tinggi, syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan mereka bentuk dan membina kabinet dapur turut bersaing dan memberi harga yang terbaik.
Kebiasaanya, syarikat atau kontraktor akan membina kabinet dapur mengikut tempahan pelanggan. Namun bagi pemilik Wan Nurfatin Farhana
, lebih gemar memilih kabinet ikea pasang siap kerana ia lebih cepat dan murah. Tambahan, pilih sahaja reka bentuk dapur yang telah dipadan mengikut bajet dan kesesuaian ruang.Kabinet bajet ini untuk saiz dapur apartmen saya berukuran 7 kaki. Harga untuk set kabinet dapur ikea ini adalah RM 2,746.60. Kos penghantaran RM 75 sahaja. Keseluruhan kos tidak termasuk sinki, cooker hob dan cooker hood. Kerja-kerja memasang dilakukan sendiri olah si gagah En. Suami. Jadi kami jimast kos pemasanagan. Kalau upah orang Ikea pasang kosnya RM90/meter
SET KABINET DAPUR YANG DIGUNAKAN