Kabinet dapur ibarat elemen penting di masa kini. Tujua nya bukan lah untuk bermegah-megah tapi sebagai kemudahan dan mengoptimumkan ruang yang ada. Jika dahulu kabinet dapur hanya mampu dimiliki oleh golongan atasan atau berada sahaja, namun tidak sekarang. Disebabkan permintaan yang tinggi, syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan mereka bentuk dan membina kabinet dapur turut bersaing dan memberi harga yang terbaik.
Kebiasaannya, syarikat atau kontraktor akan membina kabinet dapur mengikut tempahan pelanggan. Namun bagi pemilik Wan Nurfatin Farhana, lebih gemar memilih kabinet ikea pasang siap kerana ia lebih cepat dan murah. Tambahan, pilih sahaja reka bentuk dapur yang telah dipadan mengikut bajet dan kesesuaian ruang.
Kabinet bajet ini untuk saiz dapur apartemen saya berukuran 7 kaki. Harga untuk set kabinet dapur ikea ini adalah RM 2,746.60. Kos penghantaran RM 75 sahaja. Keseluruhan kos tidak termasuk sinki, cooker hob dan cooker hood. Kerja-kerja memasang dilakukan sendiri oleh si gagah En. Suami. Jadi kami jimat kos pemasangan. Kalau upah orang Ikea pasang kosnya RM90/meter
SET KABINET DAPUR YANG DIGUNAKAN
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hasil ‘SAVING PKP’ Dapur Idaman Jadi Realiti
Isi Kandungan
ToggleIMPIANA cukup berbesar hati dengan pembaca tersayang, yang tak pernah jemu bersama kami. IMPIANA cukup bangga dengan ilham dan inspirasi yang dikongsikan bersama. Kali ini follower yang bernama Encik Arif Osman,39, ingin berkongsi dapur yang hadiahkan kepada isteri tercintanya Puan Azlinda Abdul Rahim, 37, dari hasil duit simpanan sewaktu PKP. Jom kita lihat apa hasil dapur idaman ini.
“Pada awalnya sebelum pkp pertama, saya bercadang nak guna sedikit simpanan utk buat kolam hiasan di tepi rumah. Selepas jumpe beberapa kontraktor dan dapatkan sebut harga saya dan isteri berbincang semula. Tgk pada kos nak buat kolam hiasan tu boleh tahan juga harga. Kemudian isteri berseloroh “baik buat dapur idaman saya”.
Kemudian PKP pun diumumkan dan kami simpan niat kami tu dulu. Ketika PKP kerajaan dan bank umum kan moratorium bg loan. Jadi saya terpikir jika kita berjimat waktu pkp dan guna kan duit yg sepatutnye bayar pada bank sebaik mungkin dan setelah kira-kira,bugget utk buat dapur idaman tu mcm ada. Lepas je PKP ditamatkan saya terus pangil kontractor utk sebut harga. Dua kontractor saya pangil satu utk pecah dan ubah suai dapur, dan satu lagi utk buat cabinet dapur. Ketika ni baru la sy bgth pada wife yg nak realisasikan impian dia dpat dapur impian. Terkejut juga dia.”
“Disebab kan budget yg ada tu boleh kata “ngam²” so pemilihan meterial hampir 80% kami pilih dan juga perkakasan dapur yg lama di guna semula.Hampir 3 bulan semua nye siap. Masa yg diambil agak lama kerana meterial yg kami cari sendiri tu tiada stock dan pemilihan warna untuk cabinet yg agak sukar kerana rambang mata dgn pilihan warna yg ada.”
Cerita pemilik kepada IMPIANA. Hmmm sweetnya pasangan ni kan?
Maaf kerana kualiti gambar yang kurang cantik.
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Material Terbaik Untuk ‘Backsplash’ Anda
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam…
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel
Material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatile dan mudah disesuaikan dengan konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sanggup Korbankan Satu Bilik Untuk Miliki Ruang Dapur Terbuka
Rela korbankan bilik, untuk dapatkan ruang dapur yang luas. Inilah cita-cita setiap wanita. Ruang dapur yang luas adalah satu kepuasan. Mengenali wanita jelita ini lebih dari 13 tahun yang lalu, membuatkan tidak pernah jemu mendengar inspirasi pereka hiasan dalaman ini. Memiliki sebuah syarikat ID iaitu VSQ Interiors memberi peluang untuk dirinya berkarya untuk kediaman pelanggan yang semestinya berpuas hati dengan hasil kerja beliau.
Shini Raman,45 tahun yang menetap lebih 9 tahun di salah sebuah Kondominium di Pantai Hill Park, Bangsar ini telah menawan hati sesiapa sahaja yang datang kekediamannya. ” Tiga kali dah I buat renovation dekat dalam rumah ni, last I buat masa second PKP baru-baru ni”, kata Shini.
Ruang dapur terbuka impian Shini kini menjadi realiti.
Open, Modern & Luxury konsep menjadi pilihan utama Shini dalam kediaman milik beliau dan suami. Baginya ia lebih sukakan konsep yang terbuka dan kurang pembahagi di dalam rumah. Ini kerana beliau selalu menjemput sahabat handai untuk datang ke rumah. Baginya keluasan dan kebebasan untuk menjemput tetamu yang lebih dari 15 orang ini memerlukan ruang yang luas dan selesa untuk rakan-rakan selesa dalam satu masa yang sama.
Asal kediaman ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Apa yang Shini lakukan untuk memiliki keluasan dapur yang luas dan selesa ini ialah dengan mengorbankan satu bilik tidur. Kini hanya dua bilik tidur sahaja yang dikekalkan bersama satu tandas yang dijadikan sebagai tandas untuk tetamu dan juga bilik tetamu.
Menariknya pelan lantai kediaman Shini apabila siap renovasi ini ialah ruang tamu dan dapur kering beliau serta ruang patio yang cukup luas dan selesa ini nampak seakan sekata dan selari dalam elemen dekorasi. Pemilihan set perabot yang minimal membuatkan setiap ruang mempunyai keselesaan yang tersendiri.
Sistem pengudaraan yang bebas dalam ruang kediaman ini membuatkan asyik dibuai deruan angin sepoi-sepoi bahasa tak kala berada di dalam ruang tamu, patio mahupun di kabinet pulau yang dibina oleh Shini ini.
Layari video Penuh Kediaman Shini di Youtube IMPIANATV:
ILHAM IMPIANA: Kediaman berkonsepkan warm minimalistic dan minimal luxury
Artikel Berikut: Pintu Rumah Ajaib Wujud? Terus Ke Alam Lain Ke? Baca Dan Lihat Gambar Dalam Artikel Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI