Saiz rumah teres sekarang lebih-lebih lagi di awasan banadr sangat kompak. 22″ x 70″ pun itu dah kira luas buat masa ni. Jadi, bila saiz yang kompak, memberi cabaran kepada pemilik untuk memastikan kedaiaman kelihatan rapi dan selesa. Hal ini turut membelenggu Puan Watie Abdullah ketika mula-mula mendapat kunci rumah yang di beli.
Namun, bijak merancang dengan pilihan konsep yang tepat menjadikan kediamannya yang kompak kelihatan cozy dan yang palin penting impak dekorasi yang dipilih menghasilkan ruang kelihatan lebih luas.
Suka konsep konsep farmhouse ni sebab nampak lebih cozy, rustic , warmth & traditional. Yang bestnya banyak kita boleh diy sendiri je.
Personally area dapur n patio, tempat paling suka sangat. Start deco dari nov tahun lepas, buat berdua laki bini je. Moga dapat beri inspirasi untuk semua.
Ruang tamu. Termenung juga mula-mula dulu nak dedekor macam mana la ruang terhad.
Ads
Fire place untuk rumah farmhouse mesti nak kene ada ni, acah je la nak vibe rumah orang putih.
Ruang makan dan dapur. Nampak kecik betul.
Ads
Table bar ni diy sendiri dan kerusi dari ikea
meja tu custom made tahun 2017 lagi. Memang dari dulu suka elemen kayu
Ads
Ruang bawah island tempat simpan jajan untuk anak-anak buah
Cermin tingkap buat sendiri sbb nak nampk lebih rustik.
Backsplash jenis sticker, dekat shoppe banyak jual.
Perkongsian dapur kuarters tentera daripada pemilik rumah Puan Suhaila Dali ini cukup menarik perhatian. Bagi beliau tiada istilah tidak boleh mengemas dalam apa jua ruang. Jika dilihat ruang dapur yang terhad ini dilengkapi dengan teratur dan sistematik. Lihat sahaja sentuhan dan pilihan perkakas dan kemasan dapurnya yang cukup menarik. Langsung tidak kelihatan sempit dan sarat.
Masa mula masuk, hanya ada singki. Memandangkan kosong, maka mula lengkapkan sikit-sikit. Memilih tema ‘White and Wood’ & konsep ‘Open Pantry’ supaya praktikal dan nampak luas walau hakikatnya kecil sahaja. Terbaca Instagram Dr. Hani tadi, bila tersusun automatik akan nampak cantik di mata kita. Cantik itu subjektif jadi jangan stress kalau tak cantik di mata orang. Yang penting, praktikal dan mudah dibersihkan. Kebanyakan barang-barang utama dibeli di IKEA: Rak kayu: Hejne Kabinet dapur: Knoxhult, Rak putih: Lerberg Selebihnya, beli di Instagram & Shopee. Boleh je nak tanya beli dekat mana, tiada dekorasi mewah di sini.
Semoga memberi inspirasi buat yang tinggal di rumah pinjam seperti saya.
Perkongsiannya ini cukup memberi inspirasi untuk yang memiliki ruang dapur terhad dan sempit. Jika ada yang mula berminat dan bekenan di hati dengan kemasan pilihan Puan Suhaila Dali yang di beli atas talian ini. Boleh klik di link yang dikongsikan di bawah.
Cuka antara bahan masakan yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti baking soda. Selain menjadi salah satu pelengkap ramuan dalam masakan, ia juga telah digunakan sejak dulu kala sebagai bahan pencuci dan pembasmi kuman. Sifat alkali yang terdapat pada cuka yang memberi kelebihan untuk menjadi salah satu bahan peluntur dan pencuci alami dan pelembut tanpa merosakan pakaian.
Selain itu juga anda akan mendapat 5 manfaat lain jika menggunakan cuka sebagai salah satu bahan pencuci pakaian
1. Menghilangkan bau hapak
Bau hapa ini terjadi apabila baju yang dicuci tidak segera disidai. jika anda sering mengalami masalah ini, tambahkan 2 sudu cuka putih bersama sabun cucian didalam mesin basuh ketika mencuci
Tidak semua orang sukakan pelembut pakaian yang mempunyai aroma keras dan kuat. Sebagai pilihan, anda boleh masukkan setengah hingga satu sudu cuka putih untuk bilasan terakhir. Untuk penambah aroma, boleh juga campurkan beberapa titis minyak pati pilihan anda.
3. Membasmi bulu haiwan yang melekat pada pakaian
Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan memang tidak boleh lari dari masalah ini. Walaupun haiwan peliharaan anda sentiasa dirapi, masalah bulu yang melekat terutamanya pada pakaian tidak dapat dielakan. Untuk penyelesaian, tambahakan satu sudu cuka putih kedalam cucian
4. Menanggalkan kotoran degil
Ramai memilih menggunakan peluntur apabila terdapat kotoran yang sukar untuk dibersihkan pada pakaian. Namun, hal ini akana menyebabkan pakaia akan lebih mudah rosak. Mudah je nak bersihkan kotoran degil ni. Hanya sapukan atau sembur cuka putih pada bahagian yang kotor, diamkan selama 10 minit kemudian cuci pakaian seperti biasa
5. Bau rokok yang melekat
Bau rokok yang masih melekat pada pakaian masih boleh mengundang masalah Thirdhand smoke. Ini bermakna, ia masih mengundang bahaya terutamanya bagi anda yang tidak merokok. Cara untuk atsinya, campurkan setengah cawan cuka putih kedalam cucian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seronok IMPIANA lihat rakan-rakan yang bijak mendekor kediaman secara bajet tapi hasilnya memang mengagumkan. Terbaru, Puan Nur Amira berkongsi makeover pintu kediamannya dengan menggunakan 3D wallpaper.
Saya beli rumah flat sub-sale. Melihat pintu nya masih kuat, saya dan suami mengambil keputusan untuk makeover menggunakan 3D wallpaper yang di beli dari kedai Eco.
SEBELUMSELEPAS
21 keping 3D wallpaper diperlukan untuk menyiapkan satu pintu. Keseluruhan kos adalah RM 44.10. Bahagian belakang pintu saya cat sahaja. Setakat ini, sudah hampir setahun 3D wallpaper ini digunakan dan masih kukuh. Hanya gunakan gam yang disediakan pada setiap panel.
Untuk bahagian tombol, boleh tebuk sikit. Hasilnya bukan sahaja cantik, pintu ini jadi kedap udara juga. Dari dalam bilik tidak kedengaran apa-apa dari ruang tamu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.