Makover Dapur Rumah Sewa, Nanti Nak Pindah Kabinet Boleh Cabut Balik. Ramai beranggapan, bila duduk rumah sewa buat rugi je kalau kita dekor cantik-cantik. Nanti yang untung tuan rumah. Betul tak? Impiana nak tanya, siapa yang akan hidup dan bertapa dalam rumah tua? anda kan? Sudah pasti anda inginkan keselesaan.
Tuan rumah lebih hargai penyewa yang pandai menghias dan menjaga rumah jika dibandingkan mereka yang hanya duduk dan menyawa alakadar sahaja. Ini kan lagilah yang buat hal. Silap-silap, penyewa yang pandai menjaga dan menghias rumah ni pemilik boleh bagi harga diskaun lagi.
Ada juga yang bagi alasan nanti tuan rumah tak bagi tebuk dan pecah dinding. Ish! tak payah lah sampai macam tu. Cuba lihat cara Siti Sara
hias dapurnya. Walaupun rumah sewa, Kabinet dapur tetap digunakan tetapi yang jenis pasang siap. kan cantikDapur rumah sewa jenis flat. Asalnya dapur ni tak ada kabinet. Kami suami isteri ubah suai pasang kabinet knoxhult. Suami saya pasang sendiri, tempat sinki pun dia buat sendiri. Pilih kabinet ni sebab boleh dibuka dan bawa sekali bila pindah.