Masihkah anda ingat dan kenal dengan figura pereka hiasan dalaman terkenal, Dr. Eric Leong yang pernah muncul di kaca televisyen suatu ketika dahulu? Mesti anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau.
Hasil tinjauan IMPIANA di laman maya mendapati pereka hiasan dalaman terkenal tanah air kini berkhidmat sebagai pembantu Profesor di sebuah institusi pengajian tinggi, New Era University College, Kuala Lumpur.
Meski tidak lagi kelihatan muncul di mana-mana saluran di kaca televisyen, ikon pereka hiasan dalaman ini tetap aktif dan sentiasa setia bersama para pengikut laman media sosialnya di Instagram, Facebook dan Clubhouse.
Selain itu, figura terkenal ini juga dilihat telah mengisi masa untuk pergi bercuti ke luar negara antaranya Greece, Paris, Filipina, China dan banyak lagi.
Ads
Dr. Eric Leong sebelum ini merupakan bekas hos rancangan Casa Impian yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria, sekitar 20 tahun yang lalu.
Casa Impian adalah sebuah rancangan mengetengahkan idea rekaan hiasan dalaman dan cara mengubahsuai rumah supaya tampak lebih cantik serta bergaya kepada para penonton.
Ads
Konklusinya, pereka hiasan dalam popular ini sebenarnya tidak menghilang, malah masih kekal aktif dalam bidang kerjaya yang diceburinya. Semoga Dr. Eric Leong terus berjaya dan diharapkan kembali muncul di kaca televisyen. Pasti ada yang rindu betul tak?
Foto: Instagram Dr. Eric Leong
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Untuk mudah dan mempercepatkan kerja-kerja memasak, sudah pasti stok bawang dan cili siap kisar tersedia dalam peti sejuk. Namun, pasti ramai alami masalah, bawang putih dan bawang merah yang dikisar akan berubah warna menjadi kehijauan. Bila dua bahan penting ni berubah warna, adakah ia masih selamat untuk digunakan?
Menurut perkongsian di dalam page Ini Saiz Beb, ia disebabkan oleh tindak balas Kompaun thiosulfinate dengan asid amino yang membentuk pyrroles. Kandungan pyrroles kemudiannya akan memberikan kita kompaun berwarna apabila ia berinteraksi dengan pelbagai kompaun-kompaun (thio)carbonyl dalam bawang yang lumat.
Masih boleh makan tak bawang kisar yang dah berubah warna?
Bawang kisar yang berubah warna tu masih boleh digunakan selagi tidak berkulat adn berubah rasa
Bagaimana cara untuk atasi?
Mungkin boleh memanaskan atau memasak bawang kisar tersebut. Ini bagi menyahaktif enzim alliinase tersebut. Boleh juga mengelak dari menggunakan cuka dan agen masam. Kerana tindakbalas perubahan warna ini lebih aktif berlaku dalam keadaan berasid.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Aksesori perabot daripada simen, nampak estetik dan mampu ‘sejukkan’ kediaman. Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi.
Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman. Bagaimanapun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrityang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalkan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi.
Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.
SONY DSC
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.