Memanfaatkan loteng rumah bukan hanya memaksimumkan lantai rumah yang sederhana luas namun ia memberi kesan kreatif dan estetik pada kediaman. Konsep rekaannya juga boleh disesuaikan mengikut keinginan dan keperluan agar lebih selesa.
Bagi anda yang mempunyai loteng rumah sebaiknya manfaatkan ia sebaiknya agar menjadi satu ruang yang pelbagai fungsi. Dengan idea kreatif, loteng rumah boleh dimanfaatkan dengan bijak agar berfungsi lebih maksimum.
Ads
RUANG SANTAI
Sebagai ruang keluarga atau sekadar untuk bersantai. Jangan letakkan terlalu banyak barang atau perabot pada loteng rumah agar tidak terlalu padat. Memadai dengan sofa, meja kecil dan karpet bersaiz kecil.
RUANG KERJA
Bagi anda yang mahu memiliki ruang kerja di rumah, manfaatkan loteng yang ada. Secara tidak langsung ruang lain tidak terganggu. Tempatkan meja dan kerusi yang sesuai di samping barang-barang yang diperlukan saja. Lantai kayu dan warna dinding yang lembut mampu mencetuskan kesan tenang pada ruang.
Ads
Ads
RUANG PERIBADI
Jika keluasan rumah adalah terhad maka loteng boleh dijadikan alternatif untuk ruang peribadi anda. Loteng rumah boleh dimanfaatkan sebagai ruang khusus seperti perpustakaan peribadi, walk in closet atau ruang rias. Sebaiknya gunakan tingkap kaca besar di loteng rumah agar udara dan cahaya matahari dapat masuk secara bebas.
BILIK TIDUR
Loteng rumah boleh menjadi salah satu penyelesaian bagi rumah sederhana luas yang memerlukan banyak ruang. Loteng rumah boleh dimanfaatkan sebagai ruang tidur yang unik. Bersama dekorasi yang cantik sesuai dengan keinginan, bilik tidur di loteng juga selesa untuk dimanfaatkan. AMY MOHD
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kisah berkurung di dalam rumah musim pandemik ini, membuatkan ramai jadi lebih kreatif dan bijak merancang. IMPIANA tertarik dengan satu idea mini pantri yang dikongsikan di dalam media sosial ini. Puan Nur Amani Abdul Rani bijak menggunakan masa PKP ini untuk mencantik dan memperkemaskan dapur milik peribadinya. Lebih teratur dan tersusun dengan kemasan bakul dan bekas yang berlabel membuatkan mudah untuk mencari bahan dan makanan yang diinginkan.
Jika dilihat dengan mata kasar, IMPIANA boleh katakan sudah ramai yang bijak mendekor #bijakdekorimpiana. Ruang pantri ini kelihatan macam dapur di dalam Pinterest.
“PKP nak panggil tukang tak boleh, kodek2 pinterest dpt idea guna rak ikea jer…
Jimatttt terokkkk…
So jadi la my small pantry area…
Hari2 kelebek ni pun dh happy
Sis suka organize2 brg ni, tak tidoq pun xpaa”
Kredit: Nur Amani Abdul Rani
Jika mempunyai perancangan yang betul dalam menghias, pasti akan dapat hasil yang terbaik dalam apa yang diimpikan. Ruang yang terhad keluasannya tidak menghalang untuk kita menjadikan ia satu ruang yang indah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Wah saban hari, dapur merupakan destinasi yang cukup penting untuk kita lewati. Masakan tidak, inilah tempat yang dikatakan jantung sebuah kediaman. Dapur telah lama mengalami perubahan drastik dalam sejarah seni bina dunia. Dari zaman purba sehinggalah ke hari ini. Dari menggunakan kayu sehinggalah menggunakan teknologi moden seperti hari ini. Dari hanya tungku , kabinet kayu yang ringkas kepda kabinet yang luar biasa rekaannya termasuk pergerakan pintu kabinet itu sendiri yang sofistikated. Nyah bunyi dan sebagainya.
Kini dapur umpama komponen kediaman yang cukup hebat. Malah warnanya juga cukup menampakkan keberanian pereka mencabar cita rasa pengguna. Hitam dan kelabu, dua warna tabooo di dapur kini dipinang kembali sebaga penyeri ruang ini. Luar biasa bukan? Bagaimana kita boleh mengadaptasi idea ini di kediaman sendiri?Pencahayaan yang pintar dan kemasan kaunter yang menarik booleh memberi keseimbangan sempurna bagi dapur anda. Bak kata orang, utamakan juga aspek keselamatan.
Pemilihan material juga sangat penting. Ramai yang gemarkan material high gloss. Mudah dilap dan mudah dijaga. Namun ada juga yang sukakan matte sebagai satu karakter unik untuk sebuah dapur. Itu semua bergantung kepada kehendak pelanggan. Bagaimana ia melaras sebuah dapur. Pemilihan rona kedua juga membaantu menghidupkan seri ruang. Merah, antara warna popular kerana tarikan di dapurnya memberi kita seakan amaran untuk berhati-hati serta membantu menrangsang selera makan.
Kini rekaan dapur moden lebih sofistikated. Bentuknya begitu kemas dan rapi. Malah sekilas pandang sudah jauh tidak seumpama rekaan dapur klasik yang biasa kita lihat. Lebih mirip kepada rekaan kapal angkasa di dalam filem sains fiksyen. Inilah yang dikatakan perubahan seni kehidupan yang cukup kreatif dan innovatif. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali tibanya cuti musim perayaan, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman ataupun makan angin bersama keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi mereka yang akan meninggalkan kediaman tanpa penghuni dalam tempoh waktu yang panjang, sewajarnya mengambil beberapa langkah keselamatan supaya kediaman mereka bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi pastikan anda lakukan perkara perkara ini terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah ya.
Pastikan kesemua pintu serta tingkap ditutup dan dikunci dengan cermat.
Elakkan sembunyi kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
Pastikan lampu disekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6 petang sehingga pagi. Anda boleh mengunakan pemasa automatik. Jika anda mempunyai alat penggera, pastikan alat penggera anda diaktifkan.
Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
Hantar binatang peliharaan ke rumah tumpangan haiwan ataupun klinik veterinar yang mempunyai perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan agar ia selamat dan tidak terabai.
Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap plug peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas.
Kepala gas juga harus dicabut sebelum anda keluar meninggalkan kediaman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.