Hobi & Minat

MARION CAUNTER Bercuti Di Tanzania, Dekorasi Khemah Mewah Safari Jadi Tumpuan!

Share

Negara-negara di benua Afrika sememangnya menawarkan destinasi percutian menarik dan membawa pengalaman baru kepada individu yang gemar mengembara. Sudah tentu, bukan sahaja menawarkan pengalaman percutian dengan pemandangan alam semulajadi yang memukau, tetapi juga habitat hidupan liar yang masih terpelihara menjadi tarikan utama ke negara-negara seperti Rwanda dan Tanzania.

Tidak hairanlah mengapa pasangan suami isteri SM Nasarudin SM Nasimudin dan Marion Caunter memilih untuk bercuti ke Tanzania baru-baru ini.

Melalui Instagram miliknya, Marion Caunter berkongsi foto-foto percutian dalam perkhemahan berkonsepkan safari  di Rwanda dan Tanzania. Menurut Marion lagi, kunjungan ke negara tersebut merupakan antara wishlist yang amat diidamkan apabila masuk usia 40 tahun.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh pasangan suami isteri ini termasuklah Volcanoes National Park dan melihat sendiri habitat gorila yang terdapat di sana. Malah, dalam salah satu video yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahayamata ini memperlihatkan dirinya berada begitu hampir dengan gorila, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan olehnya!

Dekorasi Penginapan Jadi Tumpuan

Selain koleksi foto percutian, apa yang mencuri tumpuan adalah lokasi penginapan yang dipilih oleh pasangan ini. Marion berkongsi pengalamannya bermalam di khemah tetapi ia bukanlah khemah yang biasa, tetapi ia lebih kepada khemah yang mewah! Peluang bermalam di Singita Mara River Camp, Serengeti merupakan antara pengalaman unik yang dirasai oleh Marion memandangkan khemah tersebut turut dilengkapi katil bersaiz king, sofa yang empuk, ruang makan yang selesa serta ruang tamu yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan!

Singita Mara River Tented Camp merupakan sebuah resort yang menawarkan percutian safari yang sememangnya menjadi pilihan buat individu yang ingin merasai percutian dalam suasana Afrika dalam kelasnya yang tersendiri.

Jika anda gemarkan percutian yang berbeza dan pemandangan yang menakjubkan, gaya percutian Marion Caunter dan suaminya boleh dijadikan inspirasi. Sesekali berehat dan bersatu dengan alam semulajadi, mesti mengujakan!

Cantik kan dekorasi khemah ini walaupun di tengah hutan belantara!

Mesti Baca:Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik:Pokok Hiasan Yang Mudah Ditanam & Dijaga, Tak Payah Hari-hari Nak Kena ‘Belai’

Artikel ini diambil dan diolah dari Nona.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana