Masalah penyewa rumah memang biasa kita dengar. Penyewa hoader, lambat bayar sewa, bil letrik dan air tertunggak berbulan-bulan, ini antara ciri yang digelar netizen ‘penyewa dari neraka’.
Ia bukan saja menyebabkan tuan rumah stress dan pening kepala malah turut menyebabkan kos tambahan buat pemilik rumah.
Lima masalah penyewa dan cara solusinya
Dipetik daripada laman sewanify, berikut ini adalah lima masalah penyewa yang biasa dialami oleh pemilik rumah serta cara untuk menyelesaikannya.
1. Penyewa Lewat Bayar Duit Sewa
Masalah penyewa paling biasa adalah lewat bayar sewa. Walau sudah ada dalam perjanjian sewa rumah tapi ada sesetengah penyewa yang tidak akan mengambil endah dan tetap melewatkan bayaran sewa dari masa ke semasa.
Untuk situasi ini, tuan rumah harus bertegas. Kenakan denda bayaran lambat sebagai penalti (mesti dinyatakan dalam perjanjian perjanjian sewa rumah).
Denda bayaran lambat untuk bayaran sewa biasanya dalam peratus berpatutan dari 5-10% atau fi tetap.
Jika bayaran sewa dilunaskan lewat secara konsisten, minta penjelasan dari penyewa, boleh jadi bayaran sewa tidak sama dengan bayaran gaji mereka supaya mereka tahu tuan rumah sentiasa memantau rekod pembayaran
2. Merosakkan Harta Benda Rumah Sewa
Ia termasuklah pengubahsuaian yang tidak diluluskan, kecuaian dan penyalahgunaan harta benda.
Ads
Sebab itu penting untuk tuan rumah merakan gambar dan video sebelum penyewa masuk sebagai bukti bagi sebarang pengurusan undang-undang.
Semua ini harus ada dalam terma perjanjian perjanjian sewa rumah.
Jika “penaiktarafan” ini tidak dibenarkan dalam perjanjian sewa rumah tuan rumah berhak menyuruh penyewa untuk mengecat atau membaiki semula jika perjanjian sewa rumah masih sah.
Ataupun tuan rumah boleh mengambil sebahagian daripada deposit untuk mengembalikan unit kepada keadaan asal. Sebelum mengurangkan deposit sekuriti penyewa atau mengenakan caj untuk baiki kerosakan tersebut, pastikan bahawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi perjanjian sewa rumah.
Akhir sekali, jika penyewa menolak untuk membaiki kerosakan dan tidak ingin membayar kos baikpulih,tuan rumah mempunyai klausa untuk menamatkan perjanjian perjanjian sewa rumah kerana telah dianggap melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Gambar sekadar hiasan
3. Melakukan Sublet Tanpa Kebenaran
Sublet adalah penyewaan rumah sewa oleh penyewa rumah tersebut kepada orang lain dan ikatan kontraknya adalah antara penyewa rumah sewa tersebut dengan orang lain itu sahaja. Tuan rumah yang asal tidak ada kena mengena dengan kontrak tersebut.
Sublet kebiasaannya tidak dibenarkan dalam kebanyakan perjanjian sewa rumah disebabkan risiko yang bakal ditanggung oleh tuan rumah kelak.
Namun, ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang.
Ads
Tuan rumah harus peka dan yang paling penting, masukkan dalam perjanjian sewa rumah supaya dapat memastikan penyewa tidak membawa masuk penyewa yang tidak sah.
Pastikan perjanjian sewa rumah lengkap dengan peraturan larangan untuk sublet bagi mengelakkan aktiviti sublet secara tidak sah berlaku dalam rumah sewa.
4. Suka kompelin
Penyewa mempunyai hak untuk memfailkan aduan jika sesuatu tidak berfungsi dengan baik. Tapi bila sikit-sikit mengadu, sikit sikit kompelin panas juga hati dibuatnya.
Sebab itu pentingnya ada batasan terhadap setiap aduan yang dibuat. Jika tidak, tuan rumah tak menang tangan untuk menyelesaikan masalah penyewa.
Masalah tombol pintu rosak, mentol lampu rosak, kepala paip rosak dan sebagainya sebenarnya boleh diselesaikan sendiri penyewa secara DIY.
Ads
Dalam hal ini tuan rumah perlu menyatakan tanggungjawab penyewa dalam menyelesaikan isu-isu kecil seperti ini dalam perjanjian sewa rumah.
Ia dapat memastikan tuan rumah tidak akan sering diganggu oleh penyewa khususnya penyewa yang suka mengadu.
5. Sering Melanggar Peraturan Rumah Sewa
Perkara paling penting dalam sesebuah sewaan adalah untuk mempunyai peraturan yang mengekang penyewa daripada melampaui batas.
Menandatangani perjanjian sewa rumah bermaksud penyewa bersetuju untuk mematuhi peraturan atau berpotensi untuk diusir keluar sekiranya mereka melanggarnya.
Antara perkara biasa yang penyewa langgar dalam sesebuah perjanjian sewa rumah adalah seperti melewatkan bayaran sewa, tidak membaiki kerosakan-kerosakan yang disebabkan mereka, memberi notis terlampau lewat untuk tidak menyambung sewa dan banyak lagi kesalahan-kesalahan lain.
Ia mungkin menjejaskan perancangan tuan rumah terutama dari segi kewangan. Oleh itu tuan rumah perlu menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengawal penyewa sepenuhnya daripada melanggar sebarang peraturan rumah sewa dan pastikan mereka mematuhinya sehingga akhir tempoh sewaan.
Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM 3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu?
Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan:-
1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan.
2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik.
Kalau search kat mudah, julat harga ada dari puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat.
3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.
Jaga DSR. Kalau loan pun dah bertingkek tingkek (kata WARIS dalam lagu dia), jangan la mimpi nak beli rumah idaman.
Tak semua orang Allah rezekikan harta dan ilmu. Cuma jangan merungut, teruskan usaha dan kalau tak mampu beli rumah, tak salah pun untuk menyewa.
Sumber: Hannan Shawalludin
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak beli rumah, ada ada dua pilihan untuk membuat pembiayaan di bank. Nak buat pinjaman peribadi “personal loan” atau pembiyaan hartanah. Namun, kedua-duanya mempunyai tempoh pinjaman dan % bunga yang berbeza. Kebiasaanya, kadar peratusan bunga untuk pembiayaan hartanah antara 3-4% manakala untuk pinjaman peribadi bawah dari 3%.
Nampak tak mana yang lebih untung? Nampak macam pinjaman peribadi lebih untungkan. Tapi sebenarnya tidak. Kenapa? Pakar hartanah dan kewanagan Razzaaq Ajaq ada jawapannya
“Saya nak beli rumah guna ‘Personal Loan’, boleh tak?”
“Kenapa?” balas saya walaupun saya dah boleh agak sebabnya.
“Errr sebab semalam saya tengok kadar personal loan bank xxx rendah, 2.7% je. Pinjaman rumah kan biasanya lebih dari 3%.”
Saya dah selalu dapat soalan ni. Selain dari pembiayaan hartanah untuk beli rumah. Memang ada juga yang pakai ‘personal loan’ untuk beli rumah.
Tak ramai yang bincang tentang benda ni tapi hakikatnya ramai yang gunakan kaedah ni.
Saya tak nak bincangkan yang mana baik atau tak. Yang gunakan pasti dah pertimbangkan semuanya.
Contoh kita ambil harga rumah RM200,000.
1. ‘PERSONAL LOAN’
Kadar Pinjaman : 2.55% (effective 4.70%)
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan RM2091
Jumlah Kena Bayar : RM251, 000
2. PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 30 Tahun
Bulanan : RM955
Jumlah Kena Bayar : RM343, 738
Wow! ‘Personal Loan’ lagi jimat laa kan!
Tapi tempoh pinjaman tak sama. Rumah pun boleh pinjam tempoh pendek. 10 tahun pun boleh. Cuba kita ambil kiraan tempoh yang sama iaitu 10 tahun, baru perbandingan yang adil.
PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan : RM2024
Jumlah Kena Bayar : RM242, 988
Jumlah kena bayar, RM251K untuk personal loan, RM242K kalau guna pembiayaan rumah untuk tempoh 10 tahun.
Ha! Baru nampak yang guna pembiayaan hartanah lebih jimat dari ‘personal loan’. Tapi macam mana pun saya tetap tak galakkan beli rumah guna ‘personal loan’.
Kalau setakat pinjam sedikit untuk bayar deposit tu masih boleh terima lagi. Tapi pastikan ada strategi untuk exit jika tersalah perkiraan atau perancangan. Saya juga banyak kongsikan tips kewangan mudah di channel telegram. Nak belajar tips percuma? Tekan link ni t.me/razzaaqajaq
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pengudaraan adalah aliran udara persekitaran ke dalam sesebuah ruang atau bangunan yang dapat mengawal kualiti udara dalaman. Pengudaraan juga boleh digunakan untuk tujuan keselesaan suhu atau penyahlembapan.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Saya kongsikan sedikit ilmu betapa pentingnya pengudaraan dalam ilmu ukur bangunan. Sekiranya anda ada mengamalkan ilmu ini, rumah ada akan:
1. Sejuk lantas mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan oleh sistem pengudaraan mekanikal. Namun, harus dilihat bagaimana orentasi bangunan kerana udara berkenaan akan dipengaruhi oleh suhu luar bangunan.
2. Mengelakkan dari sindrom “sick building syndrome” iaitu penyakit yang wujud akibat dari penggunaan atau penuaan bahan binaan dalam bangunan. Kebiasaannya penyakit ini menyebabkan kegatalan kulit, mata, alergi atau sinus pada manusia.
3. Mengurangkan dari jangkitan kuman, bakteria atau virus berjangkit secara berkelompok. Betapa indahnya ciptaan tuhan menjadikan angin yang segar melalui dalam rumah mengeluarkan atau “wash out” bakteria dalam bangunan yang disebarkan oleh manusia ataupun haiwan peliharaan anda. Udara ini akan berpusing dan membersihkan kawasan dalam rumah menggantikan udara yang tidak sihat terperangkap dalam bangunan.
4. Mengurangkan kesan kerosakan bangunan terutamanya kesan lembapan dan kulat. Selain dari pembaikan kepada kerosakan bangunan, kitaran udara amat penting dalam membantu manusia mengurangkan kesan kerosakan. Tahukah anda, tiada pengudaraan yg baik dalam bangunan, bangunan akan cepat berkulat akibat dari kelembapan yang terperangkap dalam ruang tertentu. Selain itu, pemasangan pendingin hawa atau aircond di siang hari akan mempercepatkan rekahan kosmetik di lepaan dinding bangunan akibat dari pertembungan 2 permukaan yang mempunyai suhu drastik yang berbeza (dinding luar dan dalam bangunan).
5. Ruang bukaan untuk pengudaraan yang juga berfungsi membawa cahaya ke dalam rumah. Bukaan bangunan membawa cahaya semulajadi ke dalam bangunan beserta udara nyaman. Tetapi bukanlah cermin kekal atau “fix window glass or wall glass” kerana ianya hanya memberikan cahaya dan menambahkan haba dalam bangunan. Tahukah anda cahaya yang masuk ke dalam bangunan adalah salah satu ilmu islam dalam bangunan. “Cahaya” yang dimaksudkan rumah anda kelihatan berseri dan dijauhi dari perkara negatif tinggal di dalam bangunan. Sejauh mana kebenarannya itu boleh bertanya kepada pakar ilmuan islam tentang keadaan rumah yang baik. Cahaya ini selain menolak perkara negatif dalam rumah, ia juga dilihat sebagai rezeki dan kebahagiaan dalam rumah.
Bagaimana pula jika rumah terletak di tepi jalan yang membawa udara panas dan habuk bergris ke dalam bangunan?
Beberapa kaedah boleh diamalkan :
1. Jika udara luar kotor, anda tidak perlu membuka pintu di siang hari. Kerana siang hari aktiviti manusia dan kenderaan adalah aktif. Dengan itu, memadai untuk buka pintu dan tingkap pada hujung minggu sekitar 3 jam. Biarlah udara ini masuk melintasi ruangan anda membersihkan udara yang selama ini kita gunakan yang tidak berganti.
2. Jika udara luar panas, tanam tumbuhan hijau walaupun sedikit kerana ia mampu menyerap haba dan membersih udara. Jika anda ada tanah yang sedikit luas, tanamlah tanaman mengikut citarasa dan lanskap yang indah.
Begitulah sedikit pengkongsian ilmu dalam senibina dan ukur bangunan yang dapat saya kongsikan. Semoga rumah kita sihat, bersih dan berseri. Rujuk gambar rajah dibawah sebagai panduan sistem pengudaraan yang sesuai.
Letakkan water sprinkler pada luar bukaan tingkap. Cara ini akan dapat menyejukkan udara panas dari luar sebelum masuk kedalam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.