Masalah peti ais biasanya akan mula berlaku selepas beberapa tahun penggunaannya. Antara yang selalu terjadi adalah bahagian bawah peti ais tidak sejuk.

Bila ini berlaku ia memang boleh menjejaskan makanan yang disimpan kerana di sini paling banyak diletakkan.

Bagi yang berhadapan masalah sama mungkin boleh cuba dahulu cara yang dikongsi oleh Muhammad Rofiq sebelum menggunakan khidmat ‘technician’.

Cara ini menurut beliau dikongsi oleh sahabatnya yang bekerja membaiki peti sejuk.

Baiki masalah peti ais bawah tak sejuk

Masalah Peti Ais Bahagian Bawah Tak Sejuk. Ini Cara Baiki

“Sekadar berkongsi cara baiki peti ais. Peti ais ini sejuk dekat atas tapi tak sejuk bahagian bawah

Ads

“Selepas bertanya sahabat yang kerja baiki peti ais, dia minta tutup peti ais sekurang-kurangnya 24 jam. Selepas itu ‘on’ semula suisnya.

“Sebabnya ada ais beku antara lubang angin atas nak keluar ke bawah.

“Selepas buat cara ini, alhamdulillah dah OK.

Ads

Namun begitu jelasnya jika masalah yang sama berlaku lagi sebaiknya gunakan khidmat technican untuk membaikinya. Kemungkinan ada bahagian lain yang rosak. Kebiasaannya thermal sensor, timer & heater.

INFO

Tidak kira peti sejuk baru mahupun lama, lokasi terbaik untuk anda letakkan peti sejuka dalah di ruang yang terlindung dari panas terutamanya sinar matahari. Ini akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum

Ads

Sumber: Muhammad Rofiq

Mesti Baca: TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Baca Lagi: Getah Pintu Peti Sejuk Dah Keras Dan Lekang, Tukar Sendiri Je

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI