Masalah siling atau dinding bocor ini selalu membelenggu pemilik kediaman jenis bertingkat sama ada apartment atau kondo. Malah, masalah ini juga boleh menyebabkan konflik dengan jiran atas dan sebelah.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING. PENING!
Ketahui hak anda dalam situasi ini
Jika anda menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Ads
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Ads
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Bintang Bola Sepak Neymar, Beli Penthouse Futuristik Mewah Di Bugatti Residences, Dubai RM249.4 Juta! Bintang bola sepak Brazil, Neymar,32 mencuri perhatian dengan gaya hidup mewahnya apabila membeli sebuah penthouse bernilai £43 juta (RM249.4 juta) di Dubai.
Kemudahan Luar Biasa ‘Sky Mansion’
Hartanah mewah ini terletak di blok eksklusif Bugatti Residences yang menampilkan kemudahan luar biasa, termasuk lif kereta peribadi yang membolehkan Neymar naik terus ke pintu rumahnya tanpa perlu keluar dari kenderaan.
Penthouse yang dibeli Neymar ini dikenali sebagai ‘Sky Mansion,’ dan terletak di kawasan mewah yang dibangunkan oleh syarikat Binghatti.
Unit tersebut dilengkapi dengan kolam renang peribadi yang menawarkan pemandangan indah bandar Dubai.
Koleksi Hartanah Penthouse Futuristik
Neymar yang kini bermain untuk Al-Hilal di Liga Pro Saudi sedang berdepan masa depan yang tidak pasti di kelab tersebut kerana masalah kecederaan.
Namun, itu tidak menghalang bintang berusia 32 tahun ini daripada menambah koleksi hartanahnya dengan pembelian penthouse futuristik ini di Emiriah Arab Bersatu.
Selain kemudahan lif kereta peribadi, penthouse ini juga dilengkapi dengan pusat kecergasan dan kelab eksklusif untuk penghuni, menambah lagi daya tarikan kepada hartanah mewah yang luar biasa ini.
IMPIANA: Memang luarbiasa dan mewah penthouse futuristik yang dibeli oleh bintang bola sepak ini. Pelaburan hartanah yang bijak, untuk masa depan.
Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian di Malaysia tetap menyambut perayaan ini dengan meriah.
Jika sebelum ini dekorasi perayaan natal ini hanya meriah di pusat membeli-belah namun
sebuah rumah penuh dengan hiasan Krismas menjadi perhatian.
Penduduk Hias Rumah Sempena Krismas Dengan Penuh Lampu Warna-warni
dekorasi Krismas
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@atiqahrydan), seorang pemilik kediaman di Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang telah menghias rumahnya dengan dekorasi dan lampu berwarna-warni sempena sambutan Krismas.
Kalau tengok pada waktu siang, agak kurang menarik kerana lampu yang dipasang kurang menyerlah.
Hiasan rumah tersebut sudah pastinya telah menarik perhatian jiran-jiran setempat sehingga ada yang datang semata-mata untuk bergambar.
Menyedari rumahnya itu telah menjadi tarikan ramai, pemilik kediaman membenarkan masyarakat setempat untuk memasuki kawasan perkarangan rumahnya itu bagi melihat lebih banyak hiasan.
Siap ada pokok krimas dan patung salji berlampu. Memang meriah sungguh!
Berdasarkan pemerhatian kami menerusi video berkenaan, pelbagai bangsa yang berkunjung ke rumahnya termasuklah individu kaum Melayu dan Cina.
Baiknya tuan rumah. Baik betul dia bagi orang masuk rumah untuk ambil gambar.
Dalam satu video berlainan, pemilik video yang juga jiran yang duduk berhampiran menjelaskan dia sempat bertanya tentang jumlah kos yang dibelanjakan bagi hiasan Krismas berkenaan.
Bila berhadapan dengan masalah dinding kena conteng dengan anak ini, jangan terus marah anak kecil. Sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan aktif. Mereka sedang mempelajari sesuatu.
Jadi, anda perlu ambil peranan untuk mencari solusi mencuci semula dinding tersebut dengan cara mudah ini!
JENIS CAT DINDING YANG SENANG DICUCI/DIBERSIHKAN
1. Dulux Easy Clean
Jenama Dulux ini sesuai digunakan untuk bilik anak atau bilik mainan kerana jika dinding diconteng oleh si kecil, ia mudah untuk dibersihkan.
2. Jenis cat dinding – Nippon Paint Spot-less Plus
Selanjutnya, antara jenis cat dinding yang mudah untuk membersihkan kesan kotor atau contengan adalah Nippon Paint Spot-less Plus.
Cat ini direka untuk menangkis kotoran dan tahan lasak serta mengandungi anti-bakteria di mana boleh ruang bilik atau rumah lebih bersih.
3. Sancora Washable
Jenama cat dinding yang senang dicuci seterusnya adalah Sancora yang merupakan jenama tempatan. Cat ini memiliki formula hebat kerana tidak cepat rosak walaupun terdedah kepada sentuhan.
4. Cat dinding- Brand Jotun Majestic
Jotun Majestic antara pilihan terbaik untuk cat dinding yang mudah dibersihkan. Anda boleh mengemop dinding sebulan sekali dan cat tersebut tidak akan terhakis.
Segala kotoran degil akan hilang dan dinding kembali bersinar seperti baharu!
5. KCC CleanProof
Cat dinding rumah jenama KCC ini juga popular kerana mudah dicuci dan tidak mudah rosak walaupun segala jenis kotoran melekat. Cat ini sesuai digunakan di dapur atau ruang tamu.
Antara ciri lain cat dinding di rumah mudah dicuci adalah anda perlu pilih jenis:
Cat emulsi akrilik
Cat separa berkilat
Cat epoxy
Cat matte
Cat anti bakteria
IMPIANA : Jadi, sekiranya anda ingin membeli cat dinding rumah yang mudah dicuci, boleh ikut panduan seperti di atas ini. Semoga bermanfaat!
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.