Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya ia tetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ingin Ruang Dalaman Rumah & Laman Tampak Lebih Mewah? Gunakan Lampu Dinding LED Moden Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Elemen Dekor Yang Sebenarnya Dah Lapuk
Dekorasi seperti trend feshion. Ia mengalami perubahan dari masa kesemasa. Walaupun trend lapuk kini kembali, ia masih di seimbaangkan dengan gaya semasa. Berikut, antara trend dan elemenekor yang di kira ketinggalan zaman.
Keseluruhan Counter top dari granit
Di awal era 2000, trend counter top menggunakan kemasan yang sama pada keseluruhan kabinet dapur memang menjadi pilihan. Namun, tahun 2020 penggunaanya di seimbangkan dengan kemasan lain seperti solid surface pelbagai warna
Corak Damask
Tidak kira pada kertas hiasan dinding, langsir dan pelbagai kemasan fabrik lain corak damask masih menjadi pilihan sehingga kini. Corak ini sangat terkenal pada era 90-an. Jika ingin menggunakan corak damask, pilih dari rona-rona yang mengikut trend sama untuk elak dekorasi kediaman anda kelihatan seperti ketinggalan zaman
Wallpaper borders
Samada penggunaannya sebagai pemisah antara wall paper atau pun elem dekor pada bahagian paling atas dinding kediaman, trend 90-an ini telah lama dikategorikan sebagai ketinggalan zamanBlok kaca
Asal kewujudan blok kaca ini adalah bagi tujuan pencahaayan semula jadi terutamanya di bilik air. Zaman berubah, skylight menjadi pilihan
Warna sama dalam satu ruang
Dari langsir, kerusi, wallpaper dan karpet menggunakan warna yang sama malah corak pun sepadan. Hal ini menyebabkan dekorasi kediaman kelihatan cepat membosankan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Sistematik Ibu Ini Simpan Lauk Mentah, Tahan Untuk 3 Minggu. Memang Kagum!
Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa kedua bermula 1 April yang lalu sehingga 14 April nanti. Ia merupakan tempoh yang kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Disaat genting ini, kita sebagai masyarakat juga dapat memainkan peranan dalam meratakan lekuk penularan dengan mematuhi arahan kawalan pergerakan.
Jadi, bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia ini, IMPIANA nak kongsikan cara sistematik menyimpan dan mengatur stok bahan mentah untuk 3 minggu kehadapan. Selain dapat kurangkan kekerapan untuk keluar membeli barang, ia juga boleh menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak.
Melalui posting di akaun Facebook Puan Naemah Balqis, beliau telah berkongsi cara menyimpan bahan-bahan masakan mentah untuk stok selama 3 minggu. Petua yang telah lama dipraktikkan ini ternyata amat memudahkan dan berguna disaat-saat begini. Jom kita semak.
Simpan Lauk Cara Saya
Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Jangan lupa masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan di tempat beku.
Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Bagi orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air dan disimpan lama, terpulang…kita raikan pendapat berlainan.
Lauk yang diletak air -Udang, sotong, ikan dan ayam. Semua bersihkan siap-siap kemudian simpan lauk yang dah bersih kedalam bekas yang diisi air.
Tak perlu letak air – Daging dan tulang, simpan macam biasa
Bila nak masak, keluarkan bekas lauk kemudian alirkan bawah air paip. Kalau udang atau sotong sekejap je cair tapi kalau ayam akan ambil masa sikit. Jika nak masak esok pagi, malam tu boleh letak kat chiller. Ramai orang buat mcm tu kan…
Simpan Sayur Cara Saya
Isi air dalam bekas sehingga menutupi sayur – Halia, lengkuas, serai
Letakan tisu dibahagian bawah (untuk menyerap air yang menitis kedalam bekas) – cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, carrot, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis, brokoli.
Sayur-sayuran tersebut akan tahan lama, Insyaallah. Cuma sawi jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab itu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus, cukup untuk seminggu.
Anggaran Bajet Bahan Mentah
Ayam – RM 36 (2 ekor)
Udang biasa – RM 23
Sotong – RM 36
Ikan Selar – RM 44
Tulang Lembu – RM 23
Ikan Mabung – RM 13
Telur – RM11
Jumlah = RM183.00 (Lauk)
+ RM 31.00 ( Sayur )
Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya, cuma nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak. Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak bekerjaya keluar dipagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.
Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni. Saya dah kahwin 14 tahun, baru kawin dulu peti kecik pun saya buat mcm ni jugak..saya letak dalam plastik, tapi tak letak air la bila letak dalam plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Mudah Dekor Ruang Tamu Sempit, Ramai Masih Buat Silap
Teknik mudah dekor ruang tamu sempit, ramai masih buat silap. Ruang tamu adalah ruang utama dalam kediaman, ramai yang bertanyakan kepada IMPIANA dengan soalan-soalan seperti ini. Bagaimana ingin menghias ruang tamu yang kosong? Teknik mudah untuk nampakkan ruang tamu lebih luas? Warna apakah yang paling sesuai untuk ruang tamu yang menarik. Banyak lagi soalan yang diajukan kepada IMPIANA. Kali ini IMPIANA kongsikan bersama anda teknik bagaimana untuk menghias ruang tamu kosong, cara memilih konsep yang sesuai dan bagaimana untuk memilih warna dan perabot yang sesuai untuk ruang tamu agar nampak lebih luas.
Teknik Pilih Konsep Ruang Tamu
Ramai yang keliru kerana banyak pengaruh dari media sosial dan juga Pinterest. Semua cantik, konsep yang mana satu pilihan sesuai dengan kita itu yang penting. Bukan nampak cantik atau ikut trend itu yang sesuai dengan ruang rumah kita. SALAH kalau anda berfikiran begitu. Perkara utama perlu anda fikir adalah praktikaliti dan juga cara hidup anda seharian di rumah. Apakah ciri-ciri praktikaliti itu? Kenal pasti berapa ramai penghuni rumah dan keluasan ruang tamu anda. Warna juga penting dalam ruang tamu. Jika anda ingin ambil langkah mudah dalam menghias ruang tamu pilih warna putih atau krim. Ia mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja set perabot.
Jika ruang tamu anda tidak terlalu besar atau luas jangan sesekali memilih set perabot yang agak gelap dan besar. Ukur keluasan yang sesuai dengan set sofa yang bersaiz sederhana. Jika ada yang masih belum tahu, saiz sofa juga mempunyai saiz XL, L, M dan S. Reka bentuk sofa juga memainkan peranan yang penting dalam membuatkan ruang tamu kelihatan seimbang dan sesuai untuk semua.
Rumah teres lot tengah, ruang tamu kurang keluasan elakkan dari membeli sofa bersaiz XL atau L. Saiz M juga perlu ambil kira dari segi reka bentuk. Tidak semua reka bentuk akan membuatkan ruang nampak luas dan selesa. Malahan ia akan membuatkan ruang tamu anda tampak padat. Apa yang perlu anda lakukan adalah beli set sofa tiga tempat duduk dan padankan dengan kerusi satu tempat duduk dan juga banch. Begitu juga dengan kediaman yang lain, harus bijak suai padankan saiz sofa dengan keluasan ruang.
Pilihan Warna
Bagi ruang tamu yang mempuyai keluasan terhad elak dari menggunakan warna gelap, sepeti merah, jingga, biru dan sebagainya. Warna putih, krim dan pastel sesuai untuk ruang sebegini. Warna yang lembut akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas dan selesa. Jika mengenakan set perabot yang sesuai pasti ruang tamu anda akan tampil lebih segar dan bergaya. Ditambah pula dengan pokok segar dalam ruang tamu itu. Dapat bayangkan tak, suasana segar dalam ruang tamu anda. Ada yang gemar dengan wainscoating kan! Boleh gayakan tetapi elakkan penggunaan yang terlalu sarat.
Perhiasan Atau Dekorasi
Elak dari hiasan yang sarat seperti pasu bunga yang besar dan bunga plastik. Pilih bunga hidup ini akan membuatkan ruang tamu lebih segar dan seakan gaya dalam Pinterest. Tidak kisah konsep apa yang anda gemar untuk ruang tamu anda paling penting perkara yang diterangkan di atas sangat penting
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
Artikel Berikut: Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI