Masih lagi mencari pasu bunga yang premium supaya dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah tampak lebih mewah? Ini satu khabar berita gembira buat anda!
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah, Tropicana Gardens Mall yang terletak di Kota Damansara.
Kemudian, terjumpa pula sebuah kedai bernama The Pot Concept yang menjual pelbagai jenis, bentuk dan rekaan pasu bunga yang menarik di sini.
Bukan sahaja ada pelbagai rekaan yang menarik, malah semua pasu bunga yang dijual di kedai berkenaan memang tidak dinafikan tampak cantik dan sungguh mewah.
Ads
Harga pasu bunga yang dijual di sini berbeza-beza mengikut jenis bentuk, saiz dan rekaan. Meski harga yang dijual agak sedikit mahal berbanding kedai lain di pasaran luar, namun kesemua pasu bunga yang dijual di sini semuanya berkualiti tinggi dan harga berpatutan.
Jadi apa salahnya berbelanja lebih bagi mendapatkan pasu bunga yang premium dan berkualiti tinggi, baru lah dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah anda tampak lebih cantik sehingga memukau mata tetamu yang datang!
Ads
Kalau dah semuanya cantik-cantik belaka, memang rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari pasu bunga yang ‘premium’ dan cantik, boleh lah cepat-cepat singgah di kedai The Pot Concept sekarang!
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Beli rumah siap atau beli tanah lot, buat rumah design sendiri, mana lebih baik. Seringkali persoalan ini sering bermain difikiran mereka yang bercadang untuk memiliki kediaman sendiri.
Bingung memikirkan, apakah pilihan yang terbaik yang boleh dilakukan. Bimbang pula tersilap langkah, jadinya banyaklah ilmu selok belok membeli hartanah terus digali. Melalui perkongsian Burhan Yusuff Property lelaki ini berkongsi tip khas untuk anda yang masih berkira-kira sama ada ingin membeli rumah yang sudah siap dibina oleh pemaju atau membeli tanah lot, kemudian buat rumah sendiri. Moga bermanfaat.
Apakah pilihan terbaik antara beli rumah siap yang dibangunkan oleh pemaju atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu. Ramai yang menginginkan kediaman milik sendiri. Tak kan lah selama duduk di rumah sewa sahaja.
Mungkin anda sudah membuat tinjaaun di beberapa buah rumah dan lot tanah. Tengok harga rumah sekarang ini mencanak naik dari setahun ke setahun. Nak cari rumah yang harga bawah RM100 ribu memang susah.
Kebanyakan harga rumah sekarang RM200 – 300 ribu ke atas. Terlalu mahal bagi mereka yang bergaji RM3000 ke bawah. Ramai merasakan membeli rumah jauh lebih mahal. Bukan sebab itu sahaja,perkara lain yang perlu difikirkan ialah biasanya rumah yang dibeli daripada pihak pemaju perlu dibuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu untuk memenuhi citarasa tersendiri.
Kebiasaannya renovasi dilakukan pada bahagian bilik, dapur atau meluaskan bahagian parkir depan rumah. Dan ini sudah tentu melibatkan kos mungkin beribu-ribu ringgit! Aksesori, pendawaian dan lampu-lampu semuanya memerlukan kos yang berasingan.
KENAPA NAK BINA RUMAH SENDIRI?
Memandangkan harga rumah siap dibina semakin mahal sekarang ni, pilihan yang ada ialah dengan beli tanah lot untuk didirikan rumah di atasnya. Dari segi keluasan pun aku rasa puas hati untuk buat rumah mengikut design sendiri. Lagipun, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju.
PANDUAN DAN CARA UNTUK BELI TANAH
1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
2. Bandingkan harga dan ikut keluasan.
3. Cari tanah yang ada jiran dan telah membangun persekitarannya.
4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan nombor PT, lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
7. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
8. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Boleh ambil peguam untuk memudahkan urusan.
Kesimpulannya, buatlah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana keputusan untuk membeli dan membina kediaman perlu dirancang dan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Mangkuk Tandas Berkerak, Cara Mudah Untuk Hilangkan kesan degil. Mangkuk tandas yang kerap digunakan sudah tentu akan ‘berkerak’ dan kelihatan kotor. Kalau anda sekadar menyiram dengan air atau ‘flush’ air sahaja sudah tentu kerak itu tidak akan hilang.
Ada juga sesetengah orang yang menggunakan sabun dalam kuantiti yang banyak dan terpaksa menggosok ‘toilet bowl’ bertalu-talu bagi menghilangkan kerak tersebut. Kalau anda juga menggunakan kaedah yang sama, apa kata next time anda cuba kaedah yang lebih mudah ini untuk membersihkan kerak pada mangkuk tandas. Anda pasti kagum dengan perubahannya nanti.
TIP BERSIHKAN MANGKUK TANDAS YANG BERKERAK
GUNAKAN CUKA
Anda perlu siramkan cuka dalam kuantiti 2 gelas pada sekitar permukaan dan penutup tandas. Lepas itu biarkan selama 2 jam.
Setelah 2 jam, anda hanya sekadar perlu menggosok toilet bowl dengan berus. Tidak perlu terlalu berkeras cukup sekadar menyental kerak dan kotoran yang ada kemudian bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu membantu menghilangkan kotoran degil dengan mudah.
COKE
Jika tiada cuka, anda juga boleh gantikan dengan coke (coca cola). Caranya sangat mudah, anda hanya perlu tuang coke kedalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian ‘flush’, segala kotoran akan hilang kesan daripada tindakan ‘citric asid’ yang terdapat pada coke.
AWAS! Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda harus menggunakan penutup mulut apabila menggunanya untuk membersih tandas.
Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini. Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.
Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.
Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.
Tisu basah untuk kegunaan dapur
Bahan yang diperlukan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.
4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.