Masuk-masuk rumah, terus jumpa dapur. Rumah flat dengan keluasan 712 kaki persegi. Ruang tamu jenis memanjang. Bagi anda yang tinggal di rumah flat, anda perlu bijak menyusun atur perabot serta memilih konsep dekorasi yang sesuai agar rumah tidak kelihatan sempit.
Untuk rumah flat dengan keluasan yang cukup terhad maka dekorasinya perlulah seminimum yang mungkin. Tidak perlu diletakkan terlalu banyak perabot. Elemen hiasan juga biarlah ringkas dan tidak terlalu sarat.
Berikut dikongsikan dekorasi rumah flat dengan keluasan 712 kaki persegi.
SEBELUM:
SELEPAS:
Kredit: Ayu Roses
ARTIKEL BERKAITAN:
Transformasi Rumah Flat Sub-Sale Dalam Masa Tiga Bulan, Lihat Hasilnya
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
https://www.youtube.com/watch?v=xvGcPh8Cxk8
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
21 Garis Panduan Yang Wajib Anda Pakai Untuk Hias Bilik Kanak-kanak
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1. Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3. Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4. Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6. Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7. Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11. Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12. Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14. Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15. Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16. Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17. Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18. Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20. Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Bilik tidur dah dihias cantik. Tapi ada lagi satu masalah, mereka takut untuk tidur di bilik sendiri. Oleh itu anda perlu ikut tip wanita ini. Sila baca artikel berikut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Didik Anak Tidur Bilik Sendiri.Mesti Berjaya! [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Royale Chenang Resort Comel Terbaru Di Langkawi
Langkawi, pulau percutian yang sering menjadi pilihan bukan sahaja di sebabkan keindahan alamnya malah ia menajdi syurga membeli belah dengan wujudnya pusat bebas cukai. Bagi mak-mak pula, sudah pasti ia menajdi syurga membeli periuk dan pinggan mangkuk berjenama.
Atas permintaan yang banyak, hotel di Pulau ini tumbuh bak cendawan dan setiap satunya mempunyai tarikkan tersendiri. Terabru, Pantai Chenang di cerikan dengan kehadiran resort yang mempunyai konsepnya yang comel dan tersendiri.
Di beri nama Royale Chenang Resort, ia bukan lah penginapan yang berkonsepkan mewah. Namun, ia direka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung seperti berada di kediaman sendiri. Mengetengahkan rekaan banglo dua tingkat dengan fasad yang mempunyai rona-rona pastel menajdikan resort ini bertambah unik.
Melangkahkan kaki ke lobi resort kelihatan santai dan terasa bagaikan di sebuah ruang tamu. Tak begitu luas dan sarat, cukup sekadar tetapan yang ringkas namun masih mempunyai cita rasa yang tersendiri apabila sofa biru terqoise di padankan bersama wing chair warna hitam
Terdapat 40 unit bilik, dan setiap satunya dilengkapi dengan balkon dan dikelilingi dengan landskap yang indah. Setiap bilik lengkap dengan bilik air, penghawa dingin, tv LCD dan pelbagai lagi keperluan bagi sebuah bilik penginapan.
Kebiasaanya, pihak pengurusan hotel lebih geamr menggunakan cadar berwarna putih untuk kelihatan bersih dan kemas. Namun tidak di Royale Chenang Resort. Setiap bilik mempunyai cadar yang berwarna bagi memmastikan penghuni berasa bagaikan di rumah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Biak Bunga Ros Sendiri Dari Keratan Batang, Macam Ni Baru Cepat Berbunga
Pokok ros amat mudah di biakkan melalui keratan batanag. Melalui proses pembiakakn ini juga, ia dapat menjamin tanaman pokok ros yang di hasilkan adalah dari baka yang terbaik. Baru-baru ini, salah seorang ahli dari group Rose Club For Home Garden berkongsi salah satu cara mudah pembiakkan ros melalui keratan batang.
1. Pilih keratan dari batang yang sihat dan bunganya telah layu. Buangkan bunganya dan tinggalkan 2-3 helai daun pada batang. Pastikan keratan batang yang telah dipilih dipotong secara serong.
Tip: Kebiasaanya, ada orang akan rendam keratan batang ke dalam air rendaman kulit bawang ataupun baja AB untuk memastikan pertumbuhan akar yang cepat
2. Sediakan satu biji botol plastik terpakai yang telah dipotong bahagian kepalanya sebagai perlindung atau rumah hijau untuk semaian. Kalau tak ada botol, pakai plastik lutsinar pun sudah memadai.
3. Untuk medium tanaman, boleh gunakan apa juga jenis. Namun, yang paling sesuai adalah dari jenis 6 dalam 1 yang banyak terdapat di pasaran
4. Basahkan medium tanaman yang telah diisi di dalam bekas semaian. Buatkan lubang sekurang-kurangnya 2 inci dalam dengan menggunkan jadi pada medium yan telah basah dan tanam keratan.
5. Tutup semaian keratan dengan botol yang telah di sediakan tadi dan tidak perlu disiram lagi.
6. Letakkan semaian di bawah teduhan dan elakkan ia dari terkena hujan dan tak perlu di alih-alihkan lagi. Dalam tempoh 2 minggu, keratan batang akan mula mengeluarkan pucuk baru. Ini bermakna semaian anda berjaya
7. Biarkan tanaman dalam rumah hijau mini tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI