Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang gemar untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti riadah di ruang balkoni atau di kawasan laman kediaman.
Bukan sahaja ruang dalaman kediaman sahaja yang perlu dihias supaya tampak cantik, malah ruang riadah ini juga perlu dititikberatkan.
Ada pelbagai cara serta idea dekorasi untuk ruang balkoni dan kawasan laman kediaman menarik yang boleh anda lakukan antaranya menggunakan pemilihan aksesori seperti set meja kopi yang lengkap.
Bagi anda yang sedang mencari kelengkapan perabot meja kopi yang mempunyai gaya reka bentuk yang moden, anda boleh sahaja mendapatkan meja kopi dengan rekaan terbaharu ini.
Selain didatangkan dengan gaya rekaan terkini, meja kopi ini tampak unik dan lain daripada yang lain. Ia juga amat sesuai bagi anda yang gemarkan gaya konsep yang moden.
Sekiranya anda mahu memiliki kelengkapan meja kopi seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Cara Yang Betul Untuk Padankan Perabot Rotan Dengan Dekorasi Berkonsepkan Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ketahui Jenis Kerosakan Dinding Dan Cara Atasinya.
Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenal pasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Disini IMPIANA ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.
- Lembap Dan Berlumut.
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
- Retakan Rerambut (Hairline Crack).
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
- Dinding Beralun.
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
- Blistered, Bertampal-tampal.
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.
- Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bersihkan JUBIN ‘Berlumut’ Tanpa Sental, Guna Cara Ini Baru Bersih Berkilat
Lantai jubin, kalau dah lama tak dibersihkan memang akan nampak kusam tambahan lagi kalau jubin berwarna cerah.
Lap atau cuci macam mana pun susah nak hilang. Beli lah pencuci lantai jubin mahal-mahal pun, belum tentu berjaya bersihkan. Namun, Naquia Esir ada teknik super mudah, cepat dan jimat untuk atasai masalah ni. Yang best, die kata tak perlu nak menyental. Apa rahsianya?
Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Baca juga: Buat Sendiri Enzim Pencuci Dari Kulit Limau, Untuk Bersihkan Permukaan Lantai Dan Cermin
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai. Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles
✅1ST STEP : Basahkan lantai
✅2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti.
✅3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.
✅4RD STEP : Bilas dengan air
✅5TH STEP : Sental dengan sabun pula
Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!
Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing. Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh anak 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok. Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat.
Selesai kekah living area, dining area dan Guest room Next family area dan bilik anak².
Selamat mencuba!
Artikel Berikut: Teknik Betul Tanam Pokok Sup, Pokok Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ini
Mesti Baca: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini 7 Sebab Kenapa Anda Selalu Jadi Mangsa Gigitan Nyamuk
Bila melakukan aktiviti di kebun bersama pasangan atau rakan, anda kerap dihurung nyamuk. Pada hal, rakan anda lagi sorang tu tak kena teruk macam anda. Nanti mesti kawan anda akan cakap
“Kau ni darah manis sangat sebab tu nyamuk suka.”
Betul tak? Hakikatnya ada 7 faktor lain menyebabkan anda menjadi tarikan nyamuk. Antaranya adalah:
1. Kandungan karbon dioksida tertalu tinggi
Menurut kajian, karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia melalui pernafasan berupaya menarik minat nyamuk terutamanya nyamuk betina. Nyamuk betina mempunyai receptor untuk mengesan kandungan bahan ini di dalam udara. Ini bermakna, nyamuk mudah mengesan kehadiran anda.
Namun, nyamuk lebih tertarik kepada orang yang menghasilkan karbon dioksida pada tahap yang tinggi. Kebiasaanya yang menjadi mangsa gigitan nyamuk terlebih dahulu adalah meraka yang mempunyai body mass index yang tinggi seperti wanita hamil kerana mereka akan menghasilkan jumlah karbon dioksida pada tahap luar dari kebiasaan.
2. Darah “O”
Kajian terbaru mendapati mereka yang mempunyai darah dari jenis “O” 2xganda lebih menarik perhatian nyamuk berbanding darah jenis “A”. Darah “O” jenis darah yang pekat dan digemari nyamuk mungkin kerana kandungan yang lebih lazat.
3. Suhu badan yang tinggi
Mereka yang baru lepas beriadah dan sedang mengandung atau mungkin mempunyai masalah darah pekat mempunyai kadar suhu badan yang tinggi berbanding normal. Tinggi suhunya tidak lah seperti demam dan pengidap sendiri pun tak sedar akan peningkatan suhu dalam badan.
Nyamuk tertarik dengan anda yang berbadan lebih panas dari biasa disebabkan ia nak tumpang untuk menghangatkan badan juga. Alang-alang dia menumpang menghangatkan badan, menjamu terus.
4. Anda yang baru bersukan/bersenam
Dalam satu tahap dan kondisi tertentu anda melakukan senaman mahupun bersukan akan meningkatkan quantiti yang dihasilkan permukaan kulit. Asid latrik yang terhasil menjadi perangsang kepada aphrodisiac nyamuk. Hal ini juga mengakibatkan 50% peluang anda digigit nyamuk lebih tinggi.
5. Jenis mikro pada kulit
Jika anda kerap di gigit nyamuk di bahagian kaki terutamanya ketika sedang tidur, ini menunjukkan jenis dan bilangan mikro organisma yang terdapat pada permukaan kulit kaki anda banyak. Mikro organisma mudah membiak pada permukaan kaki kerana ia antar tempat yang terdedah dan selalu terdedah kepada kotoron terus. Banyak mana, kuat mana pun anda sental kaki atau permukaan kulit anda, ia tetap tidak berjaya memusnahkan mikro organisma ini jika tidak menggunakan sabun anti bakteria yang betul.
6. Elak pakaian berona gelap
Nyamuk tertarik dnegan pakai berwarna gelap di sebabkan oleh haba yang tersimpan dan diperangkap oleh pakaian berwana ini. Seperti punca badan yang panas, nyamuk dekat anda yang berpakaian hitam untuk memanaskan badan. Sebab tu, bila anda melakukan aktiviti di dalam hutan, nyamuk dah macam lebah enghurung anda jika berpakaian hitam. Betul tak?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI