Mekap bilik air guna cat epoxy dan wallpaper lantai, tak perlu ‘hack’ mozek tandas. Selalu ramai yang memilih untuk ‘hack’ atau memecahkan mozek/jubin tandas yang ingin dilakukan proses renovasi.
Tentunya proses ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana bukan mudah untuk menyiapkan kerja-kerja memecahkan jubin lama tersebut. Tahukah anda bahawa ada cara yang lebih mudah, jimat dan mudah untuk mengubahsuai tandas anda tanpa perlu memecahkan mozek/jubin asal tandas.
Berikut langkah demi langkah untuk mengubahsuai tandas tanpa perlu memecahkan mozek/jubin lama.
GUNA CAT EPOXY IAITU CAT KHAS UNTUK MOZEK/JUBIN.
CAT TERUS MOZEK. BOLEH GUNA PRIMER TERLEBIH DAHULU.
LAPISAN PERTAMA CAT DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK PASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
Ads
LAPISAN PERTAMA CAT, DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK MEMASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
Sudahkah anda tahu bagaimana memilih sofa yang betul dan bersesuaian untuk ruang tamu di rumah anda? Bagi yang tidak tahu, sudah pasti perkara ini menjadi persoalan anda.
Sebenarnya, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memilih sesebuah perabot sofa untuk ruang tamu. Ini kerana, jika anda tersalah dalam membuat pemilihan sofa bagi ruang tamu, sudah pasti hasilnya akan kelihatan kurang cantik, betul tak?
Oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini telah mengundang Encik Noor Hisham Saidin selaku pakar interior decorator dari Fella Design sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi tip bagaimana untuk memilih sofa ruang tamu yang betul.
Ketika sesi temu bual bersama Encik Noor Hisham, perkara pertama yang para pembeli harus tahu adalah saiz keluasan ruang tamu yang ada di kediaman anda. Jelasnya, ianya sangat penting kerana supaya anda memilih saiz sofa yang bersesuaian dengan saiz keluasan ruang tamu anda.
Katanya lagi, selain itu para pembeli juga seharusnya tahu mengenai pemilihan material sofa untuk ruang tamu. Contohnya, antara pemilihan material yang diperbuat daripada fabrik atau kulit sangat penting ini kerana pemilihan material turut memainkan peranan dengan persekitaran ruang tamu anda.
Jadi, apakah lagi tip-tip bagaimana memilih sofa yang betul untuk ruang tamu anda? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Encik Noor Hisham di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. Menurut sumber ramalan cuaca fenomena taufan Lan yang menyebabkan cuaca di Semenanjung Malaysia menjadi panas terik sehingga suhu 34 darjah celsius.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ untuk sejukkan ruang kediaman ini walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Pernahkah anda berhadapan dengan dilema untuk menyusun atau menggantung peralatan rumah? Ruang penstoran yang ada tidak tersusun dan berselerak? Buat anda yang masih lagi mengalami masalah ini, IMPIANA nak kenalkan satu jenama produk yang boleh bantu selesaikan segala permasalahan tersebut!
Dengan rangkaian produk dari 3M™ Command™, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan ruang menyimpan peralatan yang memeningkan kerana produk 3M™ Command™ ini bukan saja dapat memastikan peralatan anda sentiasa dalam keadaan kemas, malah ia juga dapat membantu anda menggantung alatan tersebut tanpa perlu ketuk atau gerudi dinding kediaman. Hebat kan?
Ia mudah ditampal, mudah ditanggalkan, dan juga multi-fungsi tau! Dengan menggunakan 3M™ Command™ Broom Gripper, peralatan rumah seperti penyapu atau mop boleh digantung mengikut kesesuaian dan kreativiti anda sendiri.
3M™ Command™ Broom Gripper ini sesuai ditampal di dalam bilik stor, dapur, mahupun di ruang berhampiran tandas, di mana peralatan cucian anda biasanya disimpan. Kami juga syorkan penggunaan 3M™ Command™ Broom Gripper pada kebanyakkan permukaan rata seperti jubin, kayu dan juga dinding. Tetapi kenalpasti dahulu jenis cat yang digunakan kerana ia mungkin tidak sesuai untuk permukaan dinding yang menggunakan cat air.
Selain dapat melekat dengan kuat pada permukaan rata, 3M™ Command™ Broom Gripper juga mampu menampung berat maksimum sehingga 1.8kg. Jadi tak perlu bimbang peralatan jatuh dan dinding rosak.
Cara Pemasangan 3M™ Command™ Broom Gripper
Langkah-langkahnya penggunaannya amat mudah untuk diikuti, semudah 1, 2, 3!
Anda hanya perlu ikut cara ini :
Cara Menanggalkan 3M™ Command™ Broom Gripper
Lihatlah betapa mudahnya cara nak pasang dan tanggalkan 3M™ Command™ Broom Gripper. Guna produk 3M™ Command™, tiada kesan, tiada dinding rosak!
6 Kelebihan Menggunakan Produk 3M™ Command™
Tidak merosakkan cat dan tidak meninggalkan kesan pada dinding
Mudah untuk ditanggalkan daripada dinding
Tidak mengeluarkan bunyi yang bising seperti tukul atau gerudi
Kuat dan tahan lama jika mengikut panduan yang disediakan
Mudah untuk didapati kerana dijual di semua premis ACE Hardware, AEON, AEON Big, Giant, Tesco, Home Pro, Jaya Grocer, Mydin, Parkson, Popular dan banyak lagi.
Sekarang anda sudah tahu betapa hebatnya produk 3M™ Command™, jangan lupa dapatkan pek berkembar istimewa Broom Gripper dengan penjimatan sehingga 25%.
Cepat, dapatkan edisi terhad ini selagi stok masih ada!
Kini, anda juga berpeluang mendapatkan diskaun sebanyak 8% apabila membeli mana-mana produk 3M™ Command™ di Lazada 3M™ Flagship Store. Anda hanya perlu belanja RM28 keatas dan gunakan kod promo COMMAND8, sah sehingga 31 Januari 2020.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.