Memang seronok kan kalau kita dapat membina rumah idaman atau membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai sambil menikmati pemandangan laut biru yang indah dan menakjubkan. Pasti rasa bahagia bukan?
Tetapi, anda harus fikirkan risiko yang bakal anda hadapi dari segi faktor keselamatan sekiranya memiliki rumah atau kediaman yang berada di kedudukan sebelah pantai.
Faktor keselamatan ini bukan sahaja melibatkan rumah kediaman anda malah keselamatan keluarga tersayang juga turut memaikan peranan penting dan harus diberikan keutamaan.
Selain faktor keselamatan yang anda perlu titikberatkan, ada lagi beberapa faktor lain yang perlu anda tahu sekiranya mahu membina rumah dan membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai.
Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Bencana Alam
Ads
Seperti sedia maklum, memiliki rumah atau kediaman di sebelah pantai lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya.
Sekiranya berlaku bencana alam, ia bukan sahaja menjejaskan struktur rumah, tetapi keselamatan ahli keluarga anda juga turut terjejas.
Malah, jika struktur rumah telah terjejas teruk akibat bencana alam kediaman anda juga mungkin tidak boleh lagi didiami pada masa akan datang.
Kawasan Dengan Kepadatan Penduduk Dan Pelancong Luar
Ads
Secara lazimnya, kediaman tepi pantai di Malaysia ini harganya jauh lebih mahal berbanding dengan kediaman yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku ekoran kebanyakan kawasan tepi pantai dijadikan sebagai tempat pelancongan dalam dan luar negara.
Maka dengan itu, bilangan kepadatan penduduk di kawasan kediaman anda akan bertambah padat dengan kehadiran pelancong luar.
Kos Penyelenggaraan Dan Penjagaan
Ads
Selain nilai harganya yang jauh lebih mahal, anda juga harus memikirkan dari segi kos penyelenggaraan dan penjagaan rumah anda.
Sekiranya rumah yang anda dibina daripada kayu yang bukan gred marin, ia boleh reput dengan mudah akibat kelembapan tinggi dan persekitaran basah. Kepekatan garam yang tinggi di udara boleh menyebabkan karat dan hakisan kepada lekapan logam anda.
Sekiranya bumbung anda tidak diperbuat daripada keluli atau logam tahan karat, anda mungkin perlu menggantinya setiap 15 tahun dan bukannya 20 tahun seperti kebiasaannya.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Semua pelanggan pascabayar dan prabayar syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan percuma itu boleh digunakan antara pukul 8.00 pagi dan 6.00 petang.
Pakej khas lain yang disediakan adalah panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Inisiatif itu merupakan antara pakej khas yang akan ditawarkan dengan nilai RM600 juta yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak koronavirus (Covid-19).
“Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
“Pelaburan ini juga akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat-pusat media,” menurut kenyataan itu.
SKMM yakin inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19, di samping membolehkan kesalinghubungan yang berterusan supaya rakyat melaksanakan tugasan harian mereka dengan lebih efisien.
Sementara itu, SKMM turut memaklumkan syarikat perkhidmatan pos dan kurier utama turut bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran tidak melebihi satu kilogram pada caj RM5 tidak termasuk cukai bagi perkhidmatan penghantaran domestik, selama enam bulan bermula 15 April.
Katanya kadar itu hanya ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar di portal digital setiap penyedia perkhidmatan pos dan kurier, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan usahawan dalam menguruskan kiriman serta menggalakkan penggunaan kaedah tanpa tunai. – Bernama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenal pasti) merupakan serangga perosak.
Semua Anai-Anai Lepas Guna Semburan Campuran 2 Bahan Di Dapur Ni! Pastinya mengeliat tersadai. Serangga perosak ini bersaiz kecil tetapi mampu memusnahkan pelbagai barangan rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Untuk menghapuskannya selain menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, kita juga boleh melakukan dengan cara membuat sendiri bahan pembasmi. Hanya gunakan dua campuran iaitu minyak tanah dan garam kasar, cara ini bukan saja berkesan tetapi juga menjimatkan kos.
Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan haiwan kecil ini tidak akan kembali lagi.
Buat Sendiri Pembasmi Anai-Anai
Bahan-bahan
2 kg minyak tanah
2 kg garam kasar
Cara membuat:
Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas- guna tin thiner) dan biarkan semalaman.
2. Keesokan harinya barulah mulakan operasi membasmi anai-anai.
Info Tambahan:Elok buat sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi anai-anai tolong bawak masuk dalam sarang.
Guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan itu ditaburkan. Buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu buat 3 kali baru yakin menjadi.
Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap saja rasanya, dan yang ini akan terus sembur.
Sumber: Petua Ibu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sinki dapur mula berkarat, ini yang membuatkan dapur nampak tak cantik.
Kebanyakkan punca penyakit adalah dari makanan. Bukan sekadar disebabkan oleh makanan yang terdedah boleh mengakibatkan penyakit, malah cara dan ruang kendalian yang digunakan turut mempengaruhi kebersihan makanan itu. Oleh itu, untuk memastikan sesuatu makanan selamat dan bersih, perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah dapur.
Dapur antara agen paling mudah menyebarkan penyakit walaupun pada mata kasarnya ia kelihatan bersih. Oleh itu, sekecil-kecil perkara terutamanya kebersihan perlu diperhati. Antara tempat atau ruang yang ada kalanya kita tak perasan masih kotor adalah pada meja atau countertop, papan pemotong, pisau dan pelbagai lagi. Namun, yang paling dilupakan adalah sinki.
Sinki adalah tempat paling mudah menjadi habitat bakteria yang mengundang penyakit kerana ia sentiasa dalam keadaan lembap. Ramai ingat, sinki yang digunakan untuk mencuci paling bersih di antara ruang lain di dapur kerana ia kerap dicuci. Hakikatnya ada masalah lain. Antara masalah yang kurang diteliliti pada sinki adalah karat. Karat kalau tidak diselesaikan cepat bukan sekadar mencemarkan makanan, malah berbahaya kepada keselamatan.
Selain itu juga, masalah kesan klorin atau bahasa sains nya hard water. Klorin lama kelamaan jika ia bertindak dengan material seperti besi atau aluminium, ia akan meninggalkan kesan keputihan atau bercapuk. Lama kelamaan, sinki yang berkilat tadi akan cepat menjadi kusam dan kelihatan buruk. Bila penjagaan tidak dilakukan segera, maka kesan klorin tadi akan susah untuk dibersihkan. Maka, akan berlakulah kerja-kerja menyental dengan kuat. Bila dah sental dengan sepenuh hati, sudah pasti permukaan sinki tadi akan calar.
Tahukah anda, permukaan sinki yang bercalar tadi akan menjadi habitat bakteria? Haaa! terkejutkan. Jadi bagi mengatasi masalah ini berlaku, apa kata anda bersihkan kesan klorin pada sinki dengan cara yang dipaparkan dalam video ini. Hanay gunakan bahan dapur sahaja, kesan klorin tidak perlu disental.
Selain itu juga, masalah tersumbat memang ramai yang selalu alami. Tapi ramai yang tidak tahu ada cara mudah untuk atasi masalah tersumbat. Caranya ialah hanya gunakan baking soda dan juga cuka makan. [klik sini]
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.