Dekorasi

Meminati Karya Seni, RM BTS Penuhi Dinding Rumah Dengan Lukisan Artis Terkemuka

Share

RM, ahli kumpulan lelaki popular BTS ini sangat menggemari dunia seni. Dilahirkan pada tahun 1994, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon menetap di sebuah apartmen di kawasan elit Korea Selatan, Nine One Hannam, Seoul.

Kompleks pangsapuri rumah miliknya merupakan antara yang paling mewah di mana beliau telah membelinya dengan harga sebanyak 6.36 bilion won.

Di kompleks ini, pemilik juga dapat melihat keindahan tebing Sungai Han dengan pemandangan Menara Namsan. Menariknya, kompleks elit ini juga dikenali sebagai Beverly Hills versi Korea.

Bukan itu saja, rumah RM juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan seni yang bernilai jutaan dolar. Mahu tahu bagaimana rupa rumahnya? Jom kita lihat.

instagram.com/rkive

Melalui YouTube BANGTANTV, RM menunjukkan bahagian dalam rumahnya dalam vlog harian beliau. Dapat dilihat lelaki kelahiran tahun 1994 ini menghiasi rumahnya dengan warna dominan kayu coklat dan bahagian dalam kayu juga boleh dilihat di beberapa sudut serta bahagian penting rumah.

Bermula dari kabinet TV, meja makan dan kerusi sehinggalah ke sofa di ruang keluarga, rata-rata hiasan dalaman di rumahnya dibuat oleh artis bertaraf dunia dengan harga yang lumayan.

instagram.com/rkive

RM juga dikenali sebagai peminat setia Yun Hyong-keun dan turut mempunyai salah satu karyanya di rumah persendiriannya. Buat makluman, Yun Hyong-keun adalah seorang pelukis yang terkenal kerana sering bermain dengan komposisi cahaya dan kegelapan yang seimbang dalam hasil seninya.

instagram.com/rkive

Artis yang turut menjadi pilihan RM adalah Kim Whanki. Umum memang mengetahui bahawa ketua kumpulan BTS ini sangat mengagumi seni lukisan dan arca.

Bukan itu sahaja, dia turut  menggemari seni seramik dan kraftangan lain yang berunsur alam semula jadi dan keseimbangan.

Antara karya lukisan di rumah RM

instagram.com/rkive
instagram.com/rkive
Published by
Qistina Balqis