Tidak dinafikan, sememangnya ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang memandang enteng terhadap mengenai soal pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman atau erti kata lain insurans rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengganggap pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman ini bukan satu perkara yang penting atau mustahak buat mereka. Tetapi, sudahkah anda benar-benar mengetahui secara lebih mendalam mengenai pengambilan insurans rumah ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang kepada pemilik sekiranya membeli rumah tanpa mengambil sebarang perlindungan tambahan kediaman khususnya.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Elakkan Beli Rumah Tanpa Perlindungan’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Mohamed Zaki Atip selaku Pengarah Wilayah, Central 2, Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual bersama hos berlangsung, Encik Mohamed Zaki berkata setiap pemilik sememangnya amat digalakkan untuk mengambil pembiayaan perlindungan tambahan setelah membeli rumah bersama pinjaman pihak bank bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik.
Katanya lagi, ekoran daripada masalah bencana banjir yang berlaku dalam negara baru-baru ini, orang ramai telah mulai sedar serta mendapat kesedaran dalam diri mengenai betapa pentingnya memiliki perlindungan tambahan untuk kediaman.
“Di Bank Islam sendiri, untuk makluman anda semua selepas berlakunya banjir teruk di sekitar kawasan Shah Alam dan juga Klang, sudah ramai yang mula ambil pembiayaan perlindungan tambahan untuk rumah mereka.
“Ini di mana secara tidak langsung mereka sudah mula sedar betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan tambahan untuk rumah. Jadi, jumlah polisi yang telah dikeluarkan banyak juga,” katanya.
Jika anda ingin ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini, anda boleh menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Di samping itu, kepada anda semua jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden