Bagi anda yang mempunyai mesin basuh pakaian jenis ‘front load’ di rumah, mungkin ada yang di kalangan anda yang tidak tahu sebenarnya untuk menggunakan mesin basuh seperti ini memerlukan serbuk pencuci pakaian khas untuk cucian mesin basuh jenis ‘front load’.
Untuk pengetahuan anda, tidak semua serbuk pencuci kain sesuai dan boleh digunakan untuk mesin basuh jenis ‘front load’. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa untuk mesin basuh jenis ‘front load’ ini memerlukan penggunaan serbuk pencuci jenis ‘Low Sudsing Detergent’.
Hah! Apa itu ‘Low Sudsing Detergent’? Mesti ada yang tertanya, betul tak? Untuk maklumat anda, serbuk pencuci jenis ‘Low Sudsing Detergent’ ini mempunyai fungsi untuk mengawal kadar kapasiti buih sabun yang dihasilkan.
Kebanyakkan serbuk pencuci kain yang lain akan menghasilkan buih yang sangat banyak, jadi ia tak sesuai untuk digunakan pada mesin basuh jenis ‘front load’ yang hanya menggunakan sedikit air ketika proses mencuci.
Namun begitu, tidak banyak serbuk pencuci khas untuk mesin basuh ‘front load’ yang ada di pasaran luar. Ada beberapa jenama serbuk pencuci khas untuk mesin basuh ‘front load’, antara jenama yang popular dan ada di pasaran adalah TOP dan Persil.
Jadi macam mana nak tahu pula serbuk pencuci itu khas untuk mesin basuh ‘front load’? Kebiasaannya, serbuk pencuci khas untuk mesin basuh seperti ini tertera tulisan ‘Low Suds Detergent’ pada bungkusan serbuk pencuci.
Sumber: Instagram Ainasyafiqka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tip Untuk Menjaga Mesin Basuh Supaya Jangka Hayat Tahan Lebih Lama
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pintu Grill Yang Mampu MengKhayalkan Orang Awam
Pintu rumah yang ada di rumah sekarang ini, tidak cukup selamat lagi untuk melindungi anda dan rumah anda. Kerana, pintu ini senang untuk dipecah atau godam pintu tersebut. Oleh sebab itu, dengan adanya grill, ia akan mencegah jenayah pecah masuk rumah. Jadi, jika anda ingin memasang grill di rumah, apakah jenis grill yang akan anda pasang? Tidak tahu? Mari sini saya memperkenalkan 4 jenis grill yang bagus.
BESI BIASA
Reka bentuknya sangat ringkas, ringan dan juga ia murah. Grill ini amat diminati oleh orang Malaysia kerana ia sangat murah dengan hanya RM 11 psf sahaja. Akan tetapi grill ini perlu di cat perlindungan setiap 2 atau 3 tahun sekali untuk melindunginya dari berkarat.
LOGAM TEMPA
Anda seorang yang berseni? Ataupun suka kan seni? Grill jenis logam tempa ini amat sesuai dengan orang seperti ini kerana grill ini boleh ditempa pelbagai bentuk dan corak mengikut kehendak kita. Malahan, ia juga besi yang mudah untuk dibentuk. Jadi, sesuai sangatlah itu. Grill ini ada dua jenis, Solid dan Hollow atau kedua-duanya bercampur yang menampakkan grill ini ringkas tapi masih elegan. Walaupun ciri-cirinya sama dengan Mild Steel, ia mempunyai harga lebih mahal, RM21 psf, kerana kualiti dan kedayatahanannya yang padu mengikut saiz, ketebalan, dan reka bentuk.
ALUMINIUM
Ramai individu memilih grill logam atas sebab estetik dan bukannya keselamatan. Sebabnya ialah ia mempunyai penarafan ketahanan yang rendah. Tetapi apa yang menarik ialah ia tidak mudah berkarat dan terdapat dalam pelbagai warna. Akibatnya, perbelanjaan penyelenggaraan dapat dikurangkan kerana tidak perlu menggunakan salutan atau cat pelindung secara berkala. Ia mungkin mengaburkan sinaran matahari namun ringan dan mudah dipotong. Mungkin itulah sebabnya ia lebih mahal daripada besi konvensional.
KELULI TAHAN KARAT
Ia kuat dan berdaya tahan sesuai untuk anda yang mementingkan keselamatan. Jangan menutup mata; walaupun sukar, ia mudah dibentuk! Bahan seperti titanium, nikel, dan molibdenum menguatkannya supaya ia tidak terhakis dan kekal utuh dalam keadaan panas atau sejuk. harga? Kualiti mesti dipadankan! Lebih kurang RM30 sekaki persegi. Selain itu, ia tidak perlu menambah atau menyesuaikan warna cat kerana ia hanya terdapat dalam warna silver.
Kesimpulannya, setiap grill ada keistimewaan dan kelemahannya. Jadi, yang mana kegemaran anda?
Sumber: PropertyGuru
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kata Pakar Guna Pilihan Warna Ni Untuk Membentuk Suasana Lebih Tenang Dan Bahagia Dalam Kediaman
Warna bukan hanya sekadar pengalaman visual. Ia dilihat sebagai salah satu bentuk komunikasi yang membolehkan manusia menyerlahkan personaliti dan perwatakan. Selain itu, warna juga merupakan salah satu cabang psikologi yang boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang. Sudah tentu saja, reaksi terhadap setiap warna adalah subjektif bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, beberapa jenis warna menghasilkan tindak balas yang lebih spesifik. Warna-warna hangat seperti merah, kuning dan oren boleh menghasilkan perasaan panas atau agresif, manakala warna sejuk seperti hijau dan biru boleh menenangkan atau melambangkan melankolik.
Warna yang dipilih untuk setiap ruang dalam rumah akan mencerminkan keperibadian anda. Walaupun kebanyakan dari kita mungkin tidak menghabiskan banyak masa berfikir tentang warna cat dinding dan menganggap ianya perkara yang remeh, sebenarnya pemilihan warna yang tepat boleh memberi kesan kepada mood dan perasaan kita setiap hari. Tidak perlu bimbang dan terlalu mengejar trend semasa untuk mempunyai rumah yang indah. Trend atau gaya hiasan dalaman akan sentiasa datang dan pergi. Pemilik kediaman yang bijak akan memastikan proses pemilihan warna cat dinding dan aksesori dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar ruang kelihatan sepadan dengan personaliti serta gaya hidup seseorang..
BIRU
Warna ini boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan, oleh kerana itu biru dianggap warna yang menenangkan, santai dan tenang. Paling sesuai digunakan di bilik tidur dan bilik mandi, biru pastel cantik apabila dipadankan dengan warna warm agar ruang tidak kelihatan terlalu ‘sejuk’.
MERAH
Merah melambangkan keyakinan, kegembiraan dan tenaga. Pilihan yang sesuai jika anda ingin membangkitkan keseronokan, terutamanya pada waktu malam. Penggunaan warna ini di ruang tamu atau ruang makan, dapat merangsang perbualan ataupun perasaan lapar. Di pintu masuk pula, merah boleh memberikan impak dan first-impression yang berkekalan.
KUNING
Kuning memberi perasaan gembira dan bahagia ibarat cahaya matahari yang bersinar. Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk dapur, ruang makan dan bilik mandi, di mana ia dapat menaikkan semangat. Dalam ruangan yang kecil pula, penggunaan warna kuning dapat memberikan perasaan luas dan mesra. Walaupun kuning merupakan warna ceria, ia bukan satu pilihan yang baik untuk skim warna utama. Kajian menunjukkan bahawa orang akan lebih cenderung untuk hilang sabar di kawasan yang dipenuhi kuning.
HIJAU
Hijau menenangkan dan menyejukkan mata. Menggabungkan kualiti menyegarkan biru dan keriangan kuning, hijau adalah warna yang sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Hijau juga mempunyai kesan menenangkan apabila digunakan sebagai warna utama untuk menghias. Ia juga dipercayai dapat membantu dalam isu kesuburan.
UNGU
Ungu yang gelap akan menjadikan ruang tampak kaya, dramatik dan sofistikated. Ia juga dikaitkan dengan kemewahan dan kreativiti yang dapat merangsang imaginasi. Bagi ungu yang lebih lembut seperti lavender pula, ia membawa kualiti yang sama seperti warna biru muda. Memberi ketenangan dan kenyamanan.
OREN
Warna ini membangkitkan semangat dan merupakan warna bertenaga. Walaupun bukan idea yang baik untuk ruang tamu atau untuk bilik tidur, warna ini mungkin sesuai digunakan pada ruang yang memerlukan produktiviti. Warna oren akan membawa keluar semua emosi yang anda perlukan ketika sedang bekerja mahupun bersenam. Dalam budaya masyarakat purba, oren dipercayai boleh membantu menyembuhkan paru-paru dan meningkatkan tahap tenaga.
NEUTRAL (PUTIH, HITAM, KELABU DAN COKLAT)
Warna-warna ini merupakan asas bagi semua teknik menghias rumah. Warna hitam yang digunakan dalam kuantiti yang kecil sesuai menjadi accent ruang. Malah, ada pakar berpendapat bahawa setiap bilik memerlukan sentuhan hitam kerana warna ini dapat memberikan ruang lebih karakter. Putih pula sudah sinonim dengan kesucian dan kebersihan. Menjadikannya warna pilihan selamat bagi mereka yang masih tidak berani bermain warna. Kelabu klasik, elegan dan sesuai dipadankan dengan semua warna. Sesiapa yang sukakan kelabu adalah seorang yang bijak dan berdisiplin. Warna coklat pula mewakili alam sekitar, keselamatan dan kepuasan. Sesiapa yang memilih coklat cenderung untuk sukakan alam semula jadi, kesederhanaan dan keselesaan.
Jangan lupa temui kami 5 Ogos ini, hari Ahad untuk mengetahui warna diri anda. Hanya di MisFit 2018 bertempat di PWTC.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Konsep Modern Farmhouse, Hadiah Hari Jadi Ke 51
Isi Kandungan
ToggleDapur konsep modern farmhouse, hadiah hari jadi ke 51. Saat paling menggembirakan buat Ainorwati Hussain ialah apabila suami tercinta menghadiahkan dapur impiannya yang berkonsepkan modern farmhouse.
Cetusan idea untuk dapur yang menjadi impian Ainorwati ini direalisasikan oleh Interior Design (ID) dari Skuad Dekorasi. Percambahan kreativiti antara pemilik kediaman dengan pihak ID menjadikan dapur berkonsepkan modern farmhouse yang diimpikan oleh Ainorwati menjadi kenyataan.
Pemilik kediaman mula berpindah pada 2019. Dengan keluasan tanah (land area) 40 X 80 serta luas kediaman 30 X 70 (build up), rumah berkembar dua tingkat ini cukup selesa. Kawasan kejiranan yang serba harmoni ini menjanjikan persekitara yang menyenangkan.
Ketika mula-mula berpindah, pemilik kediaman tidak melakukan sebarang renovasi untuk ruang dapur yang keluasannya agak terhad. Hanya pada tahun 2023, pemilik kediaman mengambil keputusan untuk melakukan renovasi serta ‘extend’ ruang dapur supaya lebih luas dan selesa.
Alang-alang hendak buat dan ‘extend’ dapur baru, inilah masanya untuk merealisasikan dapur impian Ainorwati yang selama ini menjadi igauan. Mengambil masa lebih kurang tiga bulan, dapur impian Ainorwati menjadi kenyataan.
Menurut Norbaya Ismail dari Skuad Dekorasi, tiada yang lebih menggembirakan beliau dan Skuad Dekorasi selain dapat melihat senyuman yang terpamer pada wajah klien. Dapur berkonsepkan modern farmhouse seperti yang diinginkan oleh klien berjaya diterjemahkan dengan hasil yang padu.
Ciri-ciri cozy, contemporary, clean, simple, rustic selain keselesaan merupakan antara ‘mood’ dapur berkonsepkan modern farmhouse. White, off white dan white grey dan beige merupakan warna asas untuk dapur bertemakan farmhouse.
“Untuk dapur Ainorwati, beliau memilih rona ‘baby blue’ untuk dapur idamannya memandangkan warna tersebut merupakan warna kegemarannya. Warna ini menaikkan seri konsep dapur yang berkonsepkan modern farmhouse.
“Material yang digunakan pula ialah daripada solid wood with shaker cabinet. Sliding band door antara elemen yang wajib ada bagi mendapatkan farmhouse ‘look.’ Ia juga berfungsi untuk menjimatkan ruang dan senang digunakan. Sliding barn door juga sangat sesuai untuk pintu pantry dan juga ruang laundry,” terang Norbaya.
Berikut dikongsikan info-info lain berkaitan dengan dapur berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati:
*Warna ‘baby blue’ menjadi latar utama. Pintu kabinet dan juga semua aksesori dapur antaranya bekas pisau menggunakan warna-warna ini. Peti sejuk juga warna sama.
*Shiplap wall yang berbentuk vertical dan siling (warna putih) merupakan trend dekorasi dan elemen yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Shiplap wall yang berbentuk vertical memberikan ruang yang lebih luas.
*Open shelving (rak terbuka)merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Selalunya open shelving menggunakan tekstur kayu seperti kayu oak, maple dan cherry bagi mendapatkan kesempurnaan dapur farmhouse.
*Kebiasannya kayu digunakan untuk lantai dapur modern farmhouse yang disusun secara herringbone pattern. Untuk dapur Ainorwati, pihak Skuad Dekorasi menggunakan tiles dengan ‘effect’ kayu untuk ketahanan yang lebih lasak dan ketahanan untuk jangka masa panjang.
*Tiles backsplash disusun secara herringbone pattern bagi memberikan modern vibe untuk dapur modern farmhouse.
*Farmhouse sink pula wajib ada bagi menampilkan ‘look’ sebenar dapur modern farmhouse.
*Quartz stone digunakan sebagai kemasan untuk table top furnishing.
*Dapur terkini milik Ainorwati pula berfungsi sebagai 2 dalam 1 iaitu sebagai dapur kering dan juga dapur basah.
*Hidden cat tunnel (laluan masuk dari pondok kucing-kucing yang dimiliki oleh pemilik kediaman)
*Kos untuk keseluruhan membina dapur modern farmhouse ini ialah lebih kurang RM100,000 memandangkan ada penambahan ‘kerja’ yang tidak dirancang. (Pendek kata kos bergantung kepada keluasan, design, job skop dan material yang digunakan)
Bagi Airnorwati, berbanding dapur terdahulu yang keluasannya agak terhad, dapur terkininya bukan sahaja luas tetapi juga sangatlah selesa.
“Memang dapur modern farmhouse impian saya. Alhamdulillah syukur kerana dapur impian saya menjadi kenyataan. Saya berpuas hati dengan hasil kerja yang ditampilkan oleh Skuad Dekorasi,” jelas Ainorwati gembira.
Jomlah kita tengok dapur Ainorwati. Sangatlah ‘awesome.’ Ini adalah antara wishlist Ainorwati sebagai ‘reward’ untuk dirinya.
Pemegang kabinet dapur menggunakan material zink alloy.
Berikut video penuh dapur yang berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati Hussain. IMPIANA telah berpeluang berkunjung ke kediaman beliau yang terletak di U12, Shah Alam.
Kredit foto: Unit foto/video Ideaktiv
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI