Ramai di kalangan pemilik kediaman masa kini kurang arif tentang material keluli. Kebiasaannya mereka menyerahkan bulat-bulat kepada kontraktor dalam menentukan material untuk binaan bumbung rumah, siling dan panel dinding. Sesekali sebagai pemilik dan orang yang akan mendiami kediaman tersebut dalam tempoh lama, ini perkara yang wajib anda ambil tahu. Andai tersalah memilih material, tanpa sedar wang anda habis dengan membaikinya dalam tempoh panjang. Keluli NS Bluescope Sdn Bhd, pengeluar keluli bersalut ( coated steel) terunggul di Malaysia tawar produk berkualiti yang diperbuat berasaskan teknologi Australia yang mampu membuatkan kediaman anda tampil moden dan menarik.
1. Keluli secara umumnya tidak memerlukan penyelengaraan. Jadi untuk perancangan jangka masa panjang, anda sebenarnya mampu menjimatkan wang kerana tidak perlu kerap menggantinya.
2. Teknologi terkini mampu menawarkan jaminan daya anti karat (corrosion resistance) unggul dengan lapisan salutan aloi Aluminum dan Zinc yang lebih tahan lama. Maka ia memastikan perlindungan yang tahan lama dan mantap, tanpa kelihatan tompok tompok karat dalam jangka masa pendek.
Ads
3.Dari segi kekuatan bumbung ia jauh lebih ringan dari genting biasa dan didatangkan dengan saiz yang besar. Ini bukan sahaja mengurangkan berat pada struktur bumbung malah sekali lagi menjimatkan wang anda dengan membeli material yang tidak terlalu banyak.
4. Bersama bumbung keluli, ia mana mampu menyokong jarak yang jauh bermakna kita menggunakan kurang tiang sebagai penyokong struktur. Jadi anda akan dapat ruang yang lebih luas tanpa susunan tiang yang rapat. Bahan keluli bersalut cat yang kuat dan fleksible mudah dilentur dan dibentukkan memberi inspirasi kepada pereka dalam mempelbagaikan rekaan.
5. Anda juga ditawarkan dalam pelbagai permukaan, warna dan kilauan. Daripada high gloss ke matte ke permukaan bertextur, bersesuaian dengan projek atau reka bentuk kediaman anda. Material keluli bercat yang digunakan boleh didapati dalam pelbagai warna yang sesuai dengan konsep reka bentuk kediaman anda. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk mengecatnya semula berdasarkan rona pilihan
Ads
6. Bahan keluli juga sesuai untuk kediaman masa kini menggantikan siling plaster yang dilihat sudah terlalu biasa. Material ini mampu membuatkan kediaman tampak moden dan bergaya.
7.Di samping tahan lasak dan dicat dengan pelbagai jenis karakter permukaan, ia juga tahan hakisan dan cuaca seperti Malaysia
8.Sifat keluli kebiasaannya cukup kukuh. Maka elemen keselamatan juga ditekankan seperti mengelakkan pecah masuk.
Ads
NS BLUESCOPE MALAYSIA merupakan pengeluar keluli bersalut terunggul dan menggunakan teknologi Australia. Menawarkan kepelbagaian warna, tekstur dan kemasan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi NS BLUESCOPE Malaysia di enquiries@bluescope.com.my atau 1300 88 6288.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalu orang beranggapan bahawa kos untuk menukar design lantai rumah akan menelan belanja yang tinggi. Tetapi tidak bagi En Khairul Ezuwan, dia berjaya menukar lantai jubinnya yang agak bosan berwarna putih kepada lantai vinyl dengan kos kurang daripada RM1000 untuk ruang tamunya yang berkeluasan 300 kaki persegi.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Lantai PVC Plank ini merupakan alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut. Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja. Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Lihat ke dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
SUMBER : GOOGLE/ PINTEREST
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudahkah anda tahu bagaimana memilih sofa yang betul dan bersesuaian untuk ruang tamu di rumah anda? Bagi yang tidak tahu, sudah pasti perkara ini menjadi persoalan anda.
Sebenarnya, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memilih sesebuah perabot sofa untuk ruang tamu. Ini kerana, jika anda tersalah dalam membuat pemilihan sofa bagi ruang tamu, sudah pasti hasilnya akan kelihatan kurang cantik, betul tak?
Oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini telah mengundang Encik Noor Hisham Saidin selaku pakar interior decorator dari Fella Design sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi tip bagaimana untuk memilih sofa ruang tamu yang betul.
Ketika sesi temu bual bersama Encik Noor Hisham, perkara pertama yang para pembeli harus tahu adalah saiz keluasan ruang tamu yang ada di kediaman anda. Jelasnya, ianya sangat penting kerana supaya anda memilih saiz sofa yang bersesuaian dengan saiz keluasan ruang tamu anda.
Katanya lagi, selain itu para pembeli juga seharusnya tahu mengenai pemilihan material sofa untuk ruang tamu. Contohnya, antara pemilihan material yang diperbuat daripada fabrik atau kulit sangat penting ini kerana pemilihan material turut memainkan peranan dengan persekitaran ruang tamu anda.
Jadi, apakah lagi tip-tip bagaimana memilih sofa yang betul untuk ruang tamu anda? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Encik Noor Hisham di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.