Bukan sahaja kulit pisang, kulit telur yang bermanfaat pada tanam. Kulit bawang tidak kurang hebatnya. Berbanding dibuang di dalam tong sampah, apa kata manfaatkan ia sebagai bahan kompos atau lebih mudah sebagai sungkupan. Secara tidak langsung, proses pereputan kulit bawang tersebut menjadi baja.
Puan Hazimah lmn Ismail lmn berkongsi khasiat kulit bawang yang ramai tak tahu.
Lepas Kupas Bawang Merah, Kulitnya Jangan Dibuang. Ada Manfaatnya Pada Tanaman!
Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.
Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut!
Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.
“Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”
Cara gunanya:
1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
2. Rendam dalam air semalaman.
3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.
Ataupun
Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.
Manfaatnya:
1. Pokok akan menjadi lebih subur.
2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.