Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat jenama Emilyn Interior Design ini, tetapi tahukah anda jenama ini merupakan salah satu jenama pereka hiasan dalaman yang terbaik di Malaysia.
Sebagai jenama pereka hiasan dalaman, Emilyn Interior Design optimis menyediakan pelbagai servis kepada para pengguna seperti khidmat nasihat pakar hiasan dalaman, pembuatan dan pemasangan langsir serta kertas dinding.
Bukan itu sahaja, Emilyn Interior Design turut menyediakan perkhidmatan pembuatan kemasan fabrik sofa dengan pelbagai rekaan yang menarik dan cantik mengikut citarasa anda.
Apa yang menariknya lagi mengenai rangkaian produk dan perkhidmatan oleh Emilyn Interior Design ini, bagi mahu memberikan yang terbaik kepada para pengguna jenama ini telah menggunakan fabrik dari luar negara.
Ads
Jangan ada yang tidak tahu, Emilyn Interior Design ini bukan sekadar calang-calang menggunakan fabrik dari luar negara semata-mata, tetapi produk yang telah digunakan adalah buatan dari negara Eropah. Hebat bukan?
Oleh itu, rangkaian produk jenama Emilyn Interior Design ini sememangnya berkualiti dan bermutu tinggi. Jadi, sudah pasti anda sebagai pengguna jenama ini akan mendapatkan servis perkhidmatan yang terbaik dan dijamin berpuas hati.
Antara jenis fabrik yang tersedia di Emilyn Interior Design adalah Acacia, Estelle Prestige, Acacia Prestige, Prestigious Textiles, Jotex dan pelbagai lagi.
Ads
Selain itu, bagi hiasan kertas dinding pula, jenama ini sememang pakar dalam menghasilkan rekaan hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya Eropah seperti Art Nouveu/Art Deco, Klasik, Moden dan Moden Kontemporari.
Untuk info lanjut mengenai Emilyn Interior Design, sila layari laman sesawang rasmi www.emilyn.com.my atau anda boleh sahaja ikuti di laman media sosial Instagram rasmi @emilynsdesign.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bukan je tak ada dapur gas, kalau tak ada periuk belanga pun tak berasap lah dapur. Namun, seiring berjalanya waktu dan kekerapan penggunaan, periuk belanga perlu diganti untuk memastika makanan dapat dimasak secara optimum.
Berapa kerap periuk belanga perlu di ganti?
Untuk periuk belanga yang diperbuat daripada seramik dan bahan anti lekat atau “non-stick”, ia perlu diganti setiap dua hingga lima tahun sekali kerana lapisan perlindunggannya akan habis.
Namun, untuk periuk belanga yang diperbuat daripada bahan anti karat seperti stainless steel, tembaga, cast iron dikatakan lebih tahan lama. dan tidak perlu ditukar selagi fizikalnya masih dalam keadaan baik
Baca juga: Cuci Beras Dalam Periuk Nasi Kurang Sesuai, Betul Ke?
Walaubagaimanapun, jika periuk belanga telah mula melengkung, ia adalah petanda utama agar ia diganti segera. Kenapa? ia akan menyebabkan masakan menerima kadar pemanasan yang tidak rata. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan makanan tidak masak sekata. Malah ada bahagian yang mudah atau cepat hangus.
Bila perlu diganti periuk belanga Stainless steel?
Meskipun demikian, untuk periuk belanga dari jenis stainless steel asli mempunyai jangka hayat yang sangat lama. Hingga boleh dikatakan tak perlu langsung ditukar. Namun, ia dipengaruhi oleh cara penggunaa. Elak menggunakan sudip, senduk atau berus yang diperbuat dari besi kerana ia boleh merosakkan lapisan perlindungan anti lekat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain mengunakan sofa 3 seater sebagai salah satu perabot di ruang tamu kediaman anda, ‘wing chair’ juga boleh dijadikan sebagai pelengkap dan penyeri dekorasi ruang tamu di rumah anda.
Bagi anda yang sedang mencari sofa ‘wing chair’ yang bersesuaian untuk ruang tamu, ini ada beberapa tips bermanfaat untuk anda mengenai pemilihan sofa ‘wing chair’ mengikut kesesuaian citarasa anda.
Jika anda mahu ruang tamu anda tampak ringkas dan bersederhana, anda boleh menggunakan sofa ‘wing chair’ berwarna hitam atau kelabu sebagai pelengkap dekorasi ruang tamu anda.
Pemilihan warna seperti hitam dan kelabu ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki anak kecil kerana sifatnya yang tidak mudah kotor serta penjagaannya yang lebih mudah berbanding warna terang.
Seperti sofa ‘wing chair’ yang tertera pada gambar di atas, struktur permukaannya telah diperbuat daripada fabrik kain yang pastinya akan memberi keselesaan sepenuhnya kepada anda.
Selain itu, terdapat juga sofa ‘wing chair’ yang diperbuat daripada kulit yang amat sesuai bagi anda yang mahukan ruang tamu anda tampak lebih elegan dan mewah.
Tetapi sekiranya anda lebih berjiwa ceria, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ berwarna terang seperti kuning, krim dan putih.
Dengan pemilihan warna terang seperti ini pastinya boleh mewujudkan suasana serta mood ceria di ruang tamu anda.
Sekiranya anda lebih meminati konsep moden dan mahu ruang tamu anda tampak lebih bergaya, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini.
Bukan sahaja tampak lebih bergaya, malah sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini nampak lebih unik berbanding yang lain.
Sekiranya anda mahu mendapatkan sofa ‘wing chair’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis sofa ‘wing chair’ yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.