Berita

Menghias Di Tahun Baru Dengan Pilihan Warna Lebih Ceria

Share

Ramai antara kita yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan, dan inilah yang membuatkan kita ternanti-nantikan serta lebih menghargai kedatangan tahun baharu. Tahun ini, sambutan semasa pandemik ini memang berbeza kerana kita beralih daripada keluar bergembira pada waktu malam, kepada menikmati malam yang tenang dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Walaupun keseronokan percutian baru sahaja berlalu, ia bukan bererti anda tidak boleh menjadikan sepanjang tahun ini semeriah dan bermakna seperti itu.

Bagi kebanyakan orang, ‘yang baharu’ dalam tahun baharu ini menandakan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dan setelah berbulan-bulan menyesuaikan diri dengan norma baharu, sekarang adalah masa yang tepat untuk bersiap sedia bagi tahun permulaan yang baru. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubah mood dan minda kita ketika memasuki tahun baharu ini dan dengan bantuan AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka dunia serta pengeluar jenama Dulux, berikut adalah beberapa inspirasi warna yang anda mungkin suka untuk mengharungi tahun baharu ini.

Menghias untuk 2021

Ada banyak cara untuk menyerlahkan ruang tamu anda dan mewujudkan suasana yang selesa – sapuan cat baharu adalah kaedah yang tidak pernah lapuk dalam memberi penampilan segar kepada kediaman anda. Tahun ini jangan takut untuk mencuba perkara baharu; perubahan yang kecil boleh membawa perbezaan yang besar dalam mood dan pemikiran anda. Dan selepas setahun dihidangkan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka, kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal tenang dan berani menghadapi ketidaktentuan. Ambil peluang ini untuk mempersiapkan rumah anda dengan pilihan warna yang lebih berani dan bersemangat bagi merangsang keyakinan anda untuk mengharungi tahun yang bakal mendatang.

Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, mari kita dapatkan inspirasi daripada palet warna Earth dari ramalan trend warna ColourFutures 2021 AkzoNobel. Palet Earth terdiri daripada warna pelengkap biru, hijau dan coklat yang menggemakan rona laut, langit dan tanah dalam alam semula jadi – menginspirasikan kita dengan keberanian untuk menyesuaikan diri seperti yang dilakukan oleh Bumi.

Mari kita mulakan dengan bilik anda berehat dan menyegarkan diri – bilik tidur. Tempat anda berehat sepatutnya mendamaikan dan menenangkan. Ketika kita mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang ini, buatlah perubahan pada bilik tidur anda sekarang agar anda dapat terus berehat dalam suasana paling selesa sepanjang tahun yang sibuk. Sebagai contoh, gambaran bilik tidur dua nada ini menggunakan Midnight Garden (50GG 23/085) dan Neptunes Depths (27BB 10/138) – yang menunjukkan bahawa padanan warna pelengkap biru dan hijau pekat menjadi mantera yang mampu menjelmakan ketenangan dan kedamaian.

Penting juga untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang menenangkan serta produktif di dalam bilik di mana anda menghabiskan paling banyak tenaga dan masa. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tempat belajar atau pejabat rumah. Dapatkan inspirasi daripada tiga warna pelengkap yang digunakan dalam contoh ini, iaitu bilik belajar anak. Warna hijau muda dan biru lembut memancarkan kesegaran kehidupan sambil diseimbangkan oleh nada coklat semula jadi.

Untuk bilik yang lebih kecil, kami mengesyorkan anda menggunakan rona yang lebih cerah dan lembut daripada warna-warna Earth bagi menyerlahkan cahaya matahari dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Jika anda berminat untuk meniru set-ruang ini, warna yang kami gunakan adalah Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106); Grey Jeans (45GY 55/502) dan Blueberry Mash (14BB 55/113).

Ruang tamu biasanya menjadi ruang pertama yang dimasuki oleh tetamu dan pemilik rumah, bertindak sebagai teras rumah dan penghubung ke bahagian yang lain. Ini menjadikan ruang tamu sebagai tempat terbaik untuk memanfaatkan Brave Ground. Sambil merenung kembali tahun yang akan terkenal dalam sejarah, apa yang amat kita perlukan sekarang adalah merasai permukaan yang dipijak. Merasai kekukuhan dasar (yang dipijak) itu memberikan kita keberanian untuk menerima perubahan.

Intipati daripada perasaan nyaman dan tenang ini terakam dalam Warna Pilihan Tahun 2021 AkzoNobel, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106). Ini adalah warna yang tepat bagi meningkatkan ketenangan di ruang tamu dan mewujudkan semangat kecekalan yang kita semua perlukan untuk tahun yang mendatang ini.

Kami di AkzoNobel mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda dan mahu mengingatkan anda bahawa kita bersama-sama mengharungi tempoh yang mencabar ini. Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi hiasan dan maklumat Warna Pilihan Tahun 2021, lawati kami di https://www.dulux.com.my/en dan https://www.akzonobel.com/en/generic-content/color-year-2021.

Published by
Impiana