Rasanya satu dunia mengenali bintang tenis ternama dunia, Maria Sharapova.
Figura ini bukan sahaja popular kerana kehebatannya di gelangang tenis bahkan personalitinya juga menjadi bualan ramai.
Menyifatkan rumah agam tiga tingkat yang dibina di cerun bukit Los Angeles ini sebagai refleksi semangat dan kejayaannya selaku pemain tenis bertaraf antarabangsa, atlet kelahiran Rusia ini sangat menitikberatkan soal hiasan dan seni bina setiap ceruk kediaman. Pendek kata, segala apa yang terdapat di dalam rumah berkenaan adalah ilham darinya sendiri.
Malah, rumah mewah ini juga lengkap dengan ruang boling bawah tanah tempat istirehat menggambarkan pemilik kediaman berkenaan seorang yang aktif, berjiwa muda dan bercita-cita tinggi.
Menurut pereka hiasan dalaman yang terlibat dengan susun atur rumah Maria Sharapova, model dan usahawan cantik ini seorang yang teliti dan tegas dalam mengurus ruang privasi. Bahkan dia juga akan berunding dengan mereka yang terlibat dalam menghias setiap inci rumah.
“Saya sangat terinspirasi dengan seni bina dan nilai estetika Jepun yang serba minimalis. Tambahan pula, saya dibesarkan dengan persekitaran yang tidak terlalu banyak hiasan.
Bagi saya, minimalis adalah sesuatu yang sihat. Apa gunanya memiliki banyak barang di dalam rumah sedangkan tidak menggunakannya.”
Nama Maria Sharapova mula bersinar sebagai selebriti sukan antarabangsa ketika dia masih kecil. Berusia 34 tahun, Maria pernah memegang ranking nombor satu pemain
tenis wanita dunia sewaktu dia baru mencecah umur 18 tahun.
Selain aktif mengembangkan bakat dalam sukan tenis, Maria juga terlibat dalam kempen promosi jenama sukan dan kosmetik dunia termasuk Nike. Di samping itu, Maria turut
meluaskan empayar dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat coklat dan manisan premium Sugarpova.
Mengintai ruang mewah kediaman Maria Sharapova seperti yang dikongsikan menerusi channel Architectural Digest, Open Door… pemandangan dari kamar tidur Maria cukup mengagumkan kerana menghadap terus ke Pantai Malibu.
Uniknya, kediaman ini menggabungkan rona kelabu, coklat dan warna-warna natural yang menonjolkan sisi mewah konkrit dan kaca. Malah, ada di kalangan penonton yang melabelkan rumah Maria tidak ubah seperti sebuah galeri.
Dilengkapi dengan kolam renang yang luas, Maria turut membawa masuk perhiasan antik dari pelusuk dunia seperti Asia, Afrika dan Eropah untuk menghidupkan suasana klasik
di ruang kediaman. Pada waktu senggang pula, atlet tinggi lampai ini akan menjemput rakan-rakan datang ke rumahnya dan menikmati masa terluang sambil bermain boling di
tingkat bawah rumah.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps
Sumber: Architectural Digest
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.