Microwave Berasap Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!

Share

Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.

Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.

Baca perkongsian daripada Amirul Shafik Yusri ini.

Kali ni saya bukan nak share pasal masak tapi nak share tips pasal repair MICROWAVE OVEN.

Pernah tak jadi oven anda berasap dan meletup serta keluarkan “spark” ? Cuba tengok dulu dalam oven anda keadaan semasa “MICA SHEET” ni.

Elok lagi ke atau dah rosak?

Kalau rosak , cuba tukar ni je dulu. Modal tak sampai RM10 pun. Isteri-isteri boleh minta tolong suami cekkan.

Buat sendiri pun boleh.Mudah sangat. Cuma cabut keluar dan pasang yang baru.Siap. Boleh guna semula.

Tak payah susah-susah keluar modal nak beli oven baru.
Jimat.

Mana nak beli? Shopee @ Lazada ada.

Mesti Baca:10 Tip Keselamatan Guna “Microwave” Yang Anda WAJIB Tahu
Baca Lagi Di Sini:Ramai Tak Tahu, Penyambung Wayar Dan Soket Tak Sesuai Untuk Banyak Kegunaan
Artikel Menarik:Mudah Saja DIY Penyerap Kelembapan Untuk Pastikan Almari Tidak Berkulat!

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau rasa microwave tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!

Sumber: Amirul Shafik Yusri

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab