plants-indoor-house

Sudut di dalam ruang yang mungkin agak sempit tetapi jika bijak mengayakan atau mengubah suai ruang tersebut pastinya ia akan menjadi ruang yang lebih berfungsi namun tetap estetik. Jadikan sebahagian dari aktiviti hujung minggu yang mampu mendamaikan anda seisi keluarga.

Memiliki ruang yang sempit bukan menjadi satu penghalang untuk mendapatkan keselesaan. Jika anda memiliki ruang yang agak luas juga harus mempelajari bagaimana untuk menghias ruang yang terhad agar anda tidak akan membazirkan ruang yang ada di dalam kediaman. Bahagian sudut ruang yang merupakan ruang ekstra yang boleh dihias lebih menarik secara fungsional mahupun estetika, menjadikan sudut ruang ini bukan lagi masalah pada pemilik rumah.

1. Hasilkan Ruang Green pada sudut
Pelbagai jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di dalam kediaman sebernya, jika kurang masa untuk melihat dan menjaga tumbuhan tidak salah untuk mengayakan ruang tersebut dengan pemilihan pokok artificial. Banyak pokok artificial yang boleh dibeli dipasaran pada masa kini dengan harga yang berpatutan. Kena lah rajin sikit berjalan untuk dapatkan hiasan yang cantik dengan harga yang berbaloi. Hiasan pokok ini sesuai dihias pada ruang bawah tangga mahupun sudut yang terbiar kosong.

Miliki ruang lebih COZY
plants-indoor-house

2. Rak Buku atau Rak Hiasan
Acap kali dinding rumah yang polos akan disimbahi dengan hiasan potret mahupun gambar hiasan. Apa kata kali ini lain pula sentuhan untuk sudut dinding kediaman anda. Bina atau pasang rak dalam pelbagai rupa bentuk yang boleh dijadikan sebagai rak buku mahupun rak untuk meletak hiasan atau koleksi peribadi pemilik rumah.
Cari dinding yang benar-benar sesuai untuk mengayakan rak gantung ini.

Miliki ruang lebih COZY

3. Wastafel atau tempat penyimpanan pinggan mangkuk
Binaan kabinet pada dapur yang sempit atau ruang yang agak terhad, sebenarnya akan memberi satu perkara yang rumit untuk membina kabinet dapur yang lengkap. Tetapi segala masa dan kesulitan pastinya dapat di atasi dengan baik. Binaan tempat susun pinggan yang teratur akan memberikan keluasan maksima serta keselesaan untuk runag dapur yang agak sempit mahupun terhad.

Miliki ruang lebih COZY

4. Pilih warna dinding
Warna dinding adalah perkara paling penting untuk mencipta ruang rumah anda untuk tampil lebih segar dan nyaman dengan secara tidak langsung. Tidak perlu mengecat keseluruhan ruang dalam kediaman untuk menghasilkan impak. Cukup sekadar dengan satu dinding sahaja agar ia memberi cita rasa yang lain dalam sentuhan dekorasi kediaman anda. Beri tumpuan pada feature wall yang ada dalam kediaman.

Miliki ruang lebih COZY
Warna pilihan IMPIANA 2020- Neo Mist

5. Guna perabot pelbagai fungsi

Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak. Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.

Miliki ruang lebih COZY

6. Letak cermin

Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya. Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?

IKLAN

Miliki ruang lebih COZY

7. Guna perabot yang tidak mengambil banyak ruang

Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang. Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.

Miliki ruang lebih COZY

 

8. Atau, letak satu perabot besar sahaja

Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu. Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil.

9. Pilih langsir sesuai & posisikan dengan betul

IKLAN

Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas. Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil. Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau full height untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

Miliki ruang lebih COZY

10. Tambah rona gelap pada siling

Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi. Jangan ghairah mengenakan warna dalam ruang, sehingga anda memilih warna yang mungkin membuatkan ruang tersebut kelihatan suram malah malap. Ingat ya!

11. Kertas dinding hiasan grafik
Penggunaan kertas dinding hiasan bercorak grafik amat digalakkan. Ia bagi mengelak anda menjadikan dinding kelihatan bosan dengan penggunaan satu rona cat sahaja. Di samping itu juga, ia menyerlahkan lagi identiti tema monokrom yang dibawa. Penggunaan wallpaper grafik juga sesuai untuk ruang sempit atau kecil.

12. High Contrast
Kontra kan tona, bentuk dan tekstur perlu di ambil kira dalam dekorasi monokrom. Seperti contoh, perincian pada karpet atau rug, langsir, ottoman dan sbeagainya. Jika mengunkan kerusi berona putih polos, pastikan ia mempunyai tekstur bagi mengelak dekorasi kediaman anda kelihatan bosan.

13. Perincian keemasan
Terapkan penggunaan rona emas sebagai kemasan atau perincian akesori. Namun pastikan ia tidak keterlaluan. Pemilihan perincian emas dapat membangkit suasana mewah dalam tidak langsung.

IKLAN

Miliki ruang lebih COZY

14. Gunakan perabot yang bersaiz kecil
Sebaiknya gunakan perabot berukuran kecil yang sesuai dengan keluasan ruang. Kunci utama pada saat memilih perabot ini adalah memastikan jika sofa, kerusi, dan meja kopi ini diletakkan di satu ruang, masih ada ruang yang tersisa pada bagian tengah.

15. Pilih rak buku yang tinggi
Rak buku terbuka sebagai dekorasi rumah sederhana akan menciptakan kesan ruang yang lebih lapang. Ukurannya yang tinggi akan lebih sempurna dibandingkan dengan rak yang lebar. Dengan rak terbuka ini anda akan lebih mudah mencari koleksi buku yang ingin dibaca.

16. Gantung langsir pada paras tinggi
Saat memilih langsir untuk dekorasi rumah sederhana, anda tidak hanya perlu mempertimbangkan warna dan material sahaja. Agar rumah kelihatan mewah dan gah, gantunglah langsir setinggi mungkin sehingga tercipta ilusi. Jangan khuawatir jika jendela kecil, kerana dekorasi langsir ini akan menyembunyikan ukuran jendela tersebut.

17. Pilih permaidani yang bercorak sederhana
Elakkan memilih karpet yang bercorak sarat untuk ruang yang mungkin terlalu banyak dengan perabot hiasan disekeliling. Ini dapat minimalkan rasa sarat dalam ruang yang inginkan rasa lega tat kala berada anda berada di situ.

Miliki ruang lebih COZY

18. Lampu hiasan
Lampu hiasan mampu menaikkan aura tenang dengan tidak sengaja dalam ruang kediaman dengan pemilihan lampu kuning atau warm white menjadi biasan di setiap sudut rumah anda.

Miliki ruang lebih COZY

19. Susun atur perabot
Bosan dengan susun atur lama, apa kata ubah susun atur perabot anda agar tampil perubahan yang mungkin memberi impak yang besar dalam kediaman anda.

20. Tambahan cermin hiasan
Hias ruang dengan cermin yang besar dalam keadaan melimtang atau memanjang agar ruang pilihan tersebut tampil segar dan luas dalam ilusi yang lebih luas. Cara meletakkan cermin dalam ruang kecil yang mudah. pada kebiasaannya anada kan mengantung cermin tersebut, tetapi kali ini lain sedikit tip yang ingin IMPIANA kongsikan. Gayakan cermin di atas meja konsol mahupun kabinet hiasan.

Miliki ruang lebih COZY

Hanya dengan sedikit perubahan, Ruang yang kecil pun boleh tampil menjadi ruang yang luas dan selesa tanpa berbelanja besar. Cuba praktikkan tips menghias rumah sempit ini agar setiap ruang dalaman anda kelihatan besar dan lapang.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI