Adakala kita sendiri menggaru kepala. Apalah agaknya yang tuan rumah nampak pada ruang yang kita sendiri tidak perasan?Minimalsim sebenarnya memerlukan perabot yang agak mahal kerana selalunya pereka akan menempatkan rekaan yang sangat bermutu tinggi. Rekaan dari pereka ternama dengan bentuk yang menjadi ikon atau perabot yang menjadi buah mulut ramai. Paling tidak pun yang menawan hati tuan rumah.
Lantaran itu perabot seumpama ini, tidak memerlukan sokongan daripada aksesori lain yang hanya menenggelamkan seri perabot tersebut. Perincian yang bagaikan menjerit meminta kita menikmati pembuatannya tanpa gangguan yang lain. Ruang berdiri cantik dengan perabot pilihan atau mungkin sebuah dua aksesori bersama kemasan lembut terpilih. Lantaran itu selalunya mereka yang sukakan minimalis ini, merupakan seorang pemikir dan kreatif orangnya kerana mereka boleh menikmati nilai estetika tanpa ada banyak objek di sesebuah ruang.
Biarkan bangunan dan struktur berbicara. Benar, adakala kita mendiami di kediaman lama seperti rumah kuaters, binaan semasa zaman Inggeris atau dibentangkan panorama alam yang cantik tanpa dilangsiri. Cukup dinding separa pandang atau telus pandang. Jadi seni bina yang hebat seumpama ini tidak sesuai dilitupi dengan pelbagai barangan yang dirasakan tidak perlu. Kuasa ruang sudah memadai memberi kepuasan pandang kepada tuan rumah.
Umpama sebuah arca atau set drama, minimalism juga selalunya tidak perlu pelbagai warna. Cukup warna asas yang melambangkan polos. Material mewah dan mahal seperti potongan kayu balak untuk permukaan meja, lampu lantai koleksi pereka lampu eksklusif, televisyen dan pelbagai lagi material yang unik serta tidak perlu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI