
Minyak tumpah atas karpet kalau tak dibersihkan dengan cara yang betul memang akan meninggalkan kesan yang nyata serta melekit bila dipijak. Ia juga akan meninggalkan bau apatah lagi minyak yang tumpah itu adalah bekas gorengan ikan atau ayam.
Ramai yang akan menggunakan untuk membersihkan karpet dengan kotoran sebegini tapi sebenarnya ada satu lagi kaedah lebih berkesan yang boleh kita gunakan. Caranya adalah dengan menggunakan tepung.
Langkah bersihkan minyak tumpah pada karpet
1. Mula-mula, taburkan tepung pada permukaan karpet yang terkena tumpahan minyak (boleh guna apa-apa jenis tepung).
2. Selepas itu, biarkan saja, tunggu sampai tepung menyerap minyak.
3. Kemudian, kais tepung yang yang sudah terserap minyak dengan menggunakan senduk atau sudip dan terus buang.
4. Akhir sekali, bersihkan lebihan tepung yang tak terserap minyak dengan menggunakan penyapu atau lebih mudah, sedut dengan pembersih vakum. Siap.
Inilah hasilnya
INFO
Selain minyak, tepung juga berkesan untuk membersihkan cecair seperti minyak dan kicap pada lantai. Kaedahnya sama cuma taburkan tepung pada cecair yang tumpah dan biarkan ia meresap pada tepung.
Kemudian boleh bersihkan gumpalan tepung dengan cara mengelap menggunakan kain. Cara ini lebih bersih dan mudah berbanding menggunakan mop.
Sumber: Ruri_Ferori via Lemon8
Mesti Baca: Karpet Baru Tumpah Kuah Kacang, Rendang, Mee Kari, Apa Nak Buat? Cuba Cara Ini!
Baca lagi: Hilangkan Kesan Dakwat ‘Permenant Marker’ Pada Perabot, Dinding & Karpet
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI