Sebut sahaja cat dinding pasti ramai dah tahu cat jenama apa yang sesalu dibibir kalau nak cat kan, apa lagi kalau bukanAkzoNobel, Dulux. Kali ini IMPIANA hendak bawa pembaca semua lihat rangkaian cat Dulux yang cukup sesuai dengan rumah anda kini.

Apabila kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan penduduk di seluruh dunia sekarang, AkzoNobel telah menjalankan peranannya untuk melindungi rumah anda, dalam dan luar, dengan memperkenalkan tiga produk yang dipertingkatkan di bawah Dulux, jenama cat hiasan terkemukanya. Produk-produk ini ialah Dulux EasyCleanTM, Dulux EasyCleanTM Plus dan Dulux Weathershield yang ditingkatkan dan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Secure Home, Inside Out’

Kempen ini bertujuan menunjukkan betapa pentingnya rumah sebagai tempat perlindungan yang selamat dan bagaimana pemilik rumah boleh melindunginya dari dalam melalui penggunaan rangkaian Dulux EasyCleanTM dengan ciri antibakteria dan antivirusnya. Di samping itu, bahagian luaran rumah juga tidak sepatutnya diabaikan – ia boleh dilindungi daripada unsur-unsur berkenaan dengan Dulux Weathershield dan kemampuannya untuk melawan kerosakan yang disebabkan oleh cuaca. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, tiga rumah untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan di bawah Persatuan Rumah KIDS akan dilindungi dengan menggunakan produk ini. Inisiatif ini, yang dijalankan di bawah sepanduk AkzoNobel Cares, bertujuan membantu komuniti dan meningkatkan kehidupan manusia dengan produk dan kepakaran kami.

Produk-produk ini diperkenalkan dalam pelancaran maya pertama AkzoNobel di Malaysia, di mana Oscar Wezenbeek, Pengarah Urusan Cat Dekoratif AkzoNobel, Asia Tenggara dan Selatan berkata: “Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami komited untuk menyumbang balik kepada masyarakat. Atas tujuan itu, kami telah menjalankan banyak inisiatif di bawah sepanduk AkzoNobel Cares, di mana kami berusaha untuk mengubah komuniti dan memberi impak positif kepada masyarakat. Kempen ‘Secure Home, Inside Out’ memang sesuai berada di bawah sepanduk ini kerana setiap komuniti bermula dari peringkat isi rumah.

Ads

David Teng, Pengarah Komersial Cat Dekoratif AkzoNobel Pasifik Asia Tenggara, berkata: “Kami di AkzoNobel mempunyai minat mendalam terhadap cat, dan kerana itu, kami terus meningkatkan tawaran kami. Kedua-dua rangkaian Dulux EasyCleanTM dan produk Dulux Weathershield telah berada di pasaran selama bertahun-tahun, tetapi kami sentiasa mengemaskini formulasi kami, dan ia membawa kami kepada pelancaran produk ini, di sini hari ini.

“Formula baharu Dulux EasyCleanTM ini, selain memberikan perlindungan terhadap kesan cemar isi rumah yang biasa, ia kini membantu untuk menyekat pertumbuhan bakteria. Bahkan EasyCleanTM Plus turut menambah perlindungan terhadap virus. Manakala Dulux Weathershield pula menawarkan dua kali ganda perlindungan terhadap alga dan kulat, kepudaran warna, alkali, kekotoran dan debu, apabila dibandingkan dengan cat luaran biasa. Bersama-sama, kedua-dua cat ini memberikan perlindungan yang sangat baik untuk bahagian dalam dan luar rumah anda.”

Ruangan dalam yang lebih selamat dan bersih
Apabila diaplikasikan dengan betul, cat Dulux EasyCleanTM menghasilkan lapisan perlindungan yang berkesan menahan dan menangkis kebanyakan kesan cemar cecair, seperti soda, jus buah, kicap, sos cili dan tomato, selain kesan kotor yang dihasilkan oleh kapur, debu dan lumpur. Selain itu, lapisan pelindung ini turut mencegah pertumbuhan bakteria, menjadikan mana-mana bahagian dalaman rumah sebagai persekitaran yang selamat untuk seisi keluarga.

Ads

Rangkaian Dulux EasyCleanTM didatangkan bersama Teknologi ColourguardTM, yang membantu dinding kekal berseri lebih lama. Terdapat lebih 2,000 pilihan warna untuk dipilih. Rangkaian cat ini akan disusuli oleh seleksi lain yang dikenali sebagai Dulux EasyCleanTM Plus, yang turut menawarkan ciri antivirus. Ia dilengkapi dengan Teknologi KidProof+, yang menawarkan tahap perlindungan lebih tinggi terhadap kesan cemar degil dan juga menghalang pertumbuhan bakteria. Lebih penting, ia didatangkan dengan Terknologi Silver Ion, yang memberi perlindungan terhadap virus tertentu.

Cat untuk menangani unsur alam
Dulux Weathershield hadir untuk membantu pemilik rumah melindungi bahagian luaran kediaman mereka. Rahsianya tersimpan dalam Teknologi DualshieldTM, iaitu kombinasi empat ciri unik yang membantu melawan kerosakan biasa yang melanda dinding luar.

Ads

Ciri unik pertama ialah Teknologi Smart ReleaseTM, yang menawarkan perlindungan dua kali lebih lama terhadap alga dan kulat dengan melepaskan partikel mikro secara berterusan pada permukaan cat untuk mencegah pertumbuhan alga dan kulat. Lapisan perlindungan tambahan dengan Teknologi Damp ResistTM, iaitu formulasi polimer kuat yang unik membantu menangkis serangan alkali dengan mudah – serangan alkali biasanya disebabkan oleh kelembapan dan garam alkali yang terperangkap dalam lapisan dinding itu sendiri. Apabila unsur-unsur ini tiba ke permukaan, kerosakan boleh berlaku pada cat, yang biasanya menyebabkan tompokan putih dan permukaan cat yang tidak sekata.

Dua ciri lagi adalah Teknologi Stay CleanTM, iaitu lapisan perlindungan yang tidak membenarkan kekotoran dan debu terkumpul pada permukaan dinding; dan Teknologi ColourLockTM, yang membantu menghalang warna daripada menjadi pudar dengan adanya ikatan kuat antara molekul cat.

Kedua-dua Dulux EasyCleanTM dan Dulux Weathershield kini boleh dbeli dari kedai runcit Dulux yang terpilih. Penjualan produk ini kemudiannya akan disusuli oleh Dulux EasyCleanTM Plus baharu pada 2021. Kunjungi www.dulux.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan inspirasi warna.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI